15 / teacher's pet
Tessa's POV
Sudah seminggu. 1 minggu. 14 hari. 168 jam. Lelaki itu memalau aku. Aku tidak faham. Sejak malam dimana aku luahkan apa yang aku rasa, Jungkook terus mengemas pakaiannya dan keluar dari apartment aku tanpa berkata apa-apa.
Aku cuba untuk call, tapi dia block nombor aku. Aku cuba untuk menghantar pesanan di Kakaotalk, namun hasilnya tetap sama. Lelaki itu block semua nombor, akaun milik aku.
Apabila di kolej, aku cuba untuk menegurnya tapi dia seakan cuba mengelak dari aku. Apabila ditanya pada Jimin di mana Jungkook berada ketika waktu lunch, lelaki itu hanya berkata dia tidak tahu.
I don't get it.
Apa yang aku dah buat?
Apa yang aku sudah buat sehingga dia berubah dramatis sebegini gaya.
Aku mengetuk pen pada dahi aku, cuba memikirkan kesalahan aku.
Apabila mendengar telefon aku berbunyi tanda mesej masuk, aku dengan cepat mengambil ia lalu melihat nama si pengirim
Aku mengharapkan Jungkook, namun si pengirim bukanlah lelaki yang aku cari.
Taetae : Are you busy?
Taetae : Let's dinner with me.
Aku mengeluh berat. Tangan aku mula laju menaip, membalas pesanan tersebut.
Taetae : At my house. Are you okay? I'm cooking you dinner.
Aku memandang lama ke arah telefon pintar aku. Setelah membuat keputusan, aku menghembus nafas panjang dan membalas pesanan tersebut sebelum menutup kembali telefon aku.
Aku menyandarkan tubuh aku pada kerusi kerja aku dan mula memejamkan mata. Penat. Penat dengan semua masalah yang aku sendiri tidak tahu berpunca dari siapa.
------
Aku menikmati makanan yang terhidang dengan diam. Taehyung hanya memandang ke arah aku sambil menikmati makanannya.
Taehyung meletakkan sekeping daging perut ke dalam mangkuk aku. Aku hanya tersenyum nipis ke arahnya dan menikmati daging perut yang dimasak olehnya.
"Tess.."
"Hmm?" aku memandang ke arahnya. Wajahnya mula berkerut risau.
"Are you okay?"
"I'm good."
"I masak tak sedap ke?" Laju aku menggelengkan kepala.
"Apa yang you masak, semuanya sedap!"
Taehyung meletakkan chopstik miliknya sebelum dia menyandarkan tubuh pada kepala kerusi.
"Dari tadi you diam je. Selalunya you ada je cerita yang nak dikongsikan dengan I. Kalau you rasa tak sihat, I boleh hantar you balik."
Aku mengeluh perlahan.
"I okay, Taehyung. I cuma penat sikit sebab finale exam budak-budak ni kan makin dekat. Jadi I kena luangkan masa lebih sikit untuk mereka." Luah Tessa. Taehyung hanya menatap ke arah aku dengan pandangan yang memberi pelbagai maksud.
Taehyung memeluk tubuhnya. Dia seakan ingin mengatakan sesuatu namun lelaki itu memilih untuk hanya mendiamkan diri sahaja.
"You ada apa-apa nak cakap dekat I ke?"
"You tak rasa ke, student-teacher relationship yang you ada kan dengan budak tu agak.. you know... gross and it doesn't sit right to me."
Aku mengetap bibir.
"Fall in love is not a crime, Kim Taehyung. I manusia biasa--" belum sempat aku habiskan kata-kata aku, Taehyung terlebih dahulu memotongnya sehingga membuatkan lidah aku kelu.
"This is unethical, predatory and a big red flag mindset of you, Tess." Taehyung kelihatan begitu kesal.
"It scares me how people nowadays will romanticize student-teacher love story sebab you rasa it's okay because this is love not a crime."
"I don't care if you rejected me or just anggap I ni kawan you. But you kena fikirkan balik, Tess. Hubungan you dengan Jungkook.. it's not normal and not okay at all."
----
Ke kiri dan ke kanan. Masih sama. Susah untuk aku melelapkan mata. Aku mula merenung ke arah siling. Kata-kata Taehyung masih berlegar di ingatanku.
Apa yang dikatakan oleh Taehyung, semuanya betul. Dia tidak nafikan. Namun apakah daya, hatinya terlalu lemah dan mudah terjerut dengan kata-kata yang dibina oleh lelaki itu, Jeon Jungkook.
Jeon Jungkook...
Aku mengambil telefon pintar aku dan melihat ke arah ruang kakaotalk.
Tiada satu pun pesanan dari lelaki itu. Mungkin lelaki itu sibuk? Memandangkan pertandingan lukisan lelaki itu makin hampir?
Mungkin.
Malam itu. Apa yang dimaksudkan oleh lelaki itu? Kenapa dia menangis? Kenapa dia perlu minta maaf?
Kenapa dan kenapa?
"Jungkook.. say something... please."
Jungkook mengangkat wajahnya kembali. Matanya mula berair dan merah. He's crying.
"I love you, Tess. I fucking love you.." Aku cuba untuk faham situasi sekarang walaupun hakikatnya aku tidak faham kenapa Jungkook tiba-tiba sahaja menangis
"I know..."
"I love you..."
"I love you too, Kook. Always."
"I'm sorry..." Jungkook mula berdiri dan berjalan meninggalkan aku sendirian dengan perasaan keliru.
Tak boleh jadi!
Semakin difikirkan semakin aku mahukan jawapan. Lelaki itu tidak boleh biarkan aku seorang sahaja menangung rasa keliru.
Aku mula bangun dan mengapai cardigan, kunci kereta dan telefon. Kaki dilangkah keluar dari bilik tidur aku.
Aku mula mendail nombor milik lelaki itu.
"Jungkook, we need to talk."
-TBC-
HELLO IM BACKKK DKWKKD ada lagi ke yang baca ff flop ni? idiskdkw🥹 MAAF LAMA MENGHILANG😔 tbh i fikir banyak kali nak unpublish fanfic ni tapi i tak sanggup since i suka storyline kalini jskwkskwis tapi tula :( i tak confident nak update dkwkkd but ramai yang selalu bagi semangat untuk i update especially someone yang dm i tadi and bagi i kata semangat😭😭 THANK YOU SO MUCHHH😭💓😭💓💓💓💓 inshaallah i akan habiskan ff ni secepat mungkin :3
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro