11 / Red Flag
•
1 week later.
Tessa's POV
Aku melihat ke arah skrin telefon aku. Melihat ke arah ruangan chat aku dan Jungkook dengan pandangan hampa. Tiada sebarang pesanan baru. Sudah masuk seminggu, Jungkook langsung tidak memberi khabar atau menegur aku.
Apabila di kelas, lelaki itu lebih memilih untuk tidur dan juga keluar awal seakan mahu mengelak darinya. Dari raub wajah lelaki muda itu, aku boleh katakan bahawa dia kelihatan cukup stress dan tidak cukup tidur.
Aku cuba untuk berfikiran positif dan beranggap bahawa dia mengelak dari aku disebabkan assignment dan mahu fokus kepada pembelajaran disebabkan lagi beberapa bulan sahaja lagi dia akan graduasi.
Aku masuk ke dalam dewan kuliah lebih awal dari biasa. Aku duduk ditempat aku dan menunggu kehadiran pelajar-pelajar aku. Aku menjilat bawah bibir aku yang terasa kering dan mula memikirkan status hubungan aku dan Jungkook.
Secara jujurnya, selama beberapa minggu bersamping dengan lelaki muda itu membuatkan diri aku cukup selesa. Dia tidak adalah terlalu romantik seperti Taehyung, tapi aku boleh nampak usahanya untuk buat aku tersenyum dan terpikat dengannya. Dia pandai bermain dengan kata jikalau nak dibandingkan dengan Taehyung dan kata-katanya membuatkan aku rasa selamat disampingnya.
Perlakuannya hampir setiap masa membuatkan dia kelihatan seperti bayi. Terlalu comel sehingga aku mahu memicit wajahnya itu sehingga lumat. Lelaki itu amat menyukai apabila aku bermain dengan rambutnya yang agak fluffy itu. Haruman rambutnya masih lagi dapat aku bau di rongga hidungku. Haruman, mango. Wangi dan manis!
Pintu dewan kuliah tiba-tiba sahaja dibuka. Bauan cologne seseorang yang aku kenal mula menusuk ke rongga hidung aku. Aku melihat ke arahnya.
Jeon Jungkook.
Aku melemparkan senyuman kepadanya namun dia hanya membalas dengan tatapan kosong sebelum duduk ditempatnya.
Dan seperti biasa, dia menjatuhkan kepalanya dan bersiap sedia untuk tidur. Aku mendengus geram.
Tak boleh jadi!
Aku mula bangun dan melangkah ke arahnya. Apabila tiba di mejanya, aku menampar dengan kuat mejanya sehingga lelaki itu mengangkat wajahnya. Dia memandang ke arah aku dengan matanya yang mengantuk.
"What do you want?" Soalnya dengan nada suara yang agak serak. Aku menggigit bawah bibir aku.
"You ignored me." Jungkook hanya diam. Dia menatap ke arah aku dengan pandangan kosong. Aku cuba mengawal emosi aku ketika ini.
"I faham you busy tapi—" Belum sempat aku menghabiskan ayat aku, Jungkook tiba-tiba sahaja memotong.
"I told you, Tess. I'm busy with my works. Can you understand me?" Aku menolak inner cheek aku dengan menggunakan lidah.
"I cuba faham you, Kook. I faham you banyak kerja kena buat. But I perasan, you macam nak mengelak dari I. Dalam kelas I pun, you tidur. Macam mana I nak faham you?"
Aku menggigit bawah bibir aku sambil memeluk tubuh, menunggu jawapan dari mulut Jungkook. Lelaki itu berdecit kecil. Dia mula merebahkan semula kepalanya di atas meja dan membelakangi aku.
Perbuatannya membuatkan perasaan marah aku membuak.
"You dah dapat apa yang you nak dari I, so you ambil keputusan untuk drop me off? You sengaja buat I macam nak gila rindu dan risaukan you but you? You ignored me." Jungkook masih lagi mengedahkan aku. Dia buat seperti aku tiada disisinya. Hati aku sakit dan aku cuba untuk bersikap rasional.
Mata aku sedaya upaya ditahan agak tidak mengalirkan air mata. Aku sensitif. Terlalu sensitif ketika itu.
"I hate you, Kook. I hate you for making me deeply addicted to you. I hate when I wanted your scent on me. I hate when I wanted your body on top of mine. That was all your fault. You were the cause of this addiction."
Tanpa menunggu jawapan darinya, aku mula bergegas keluar dari dewan kuliah dengan mata yang sudah tidak di tahan lagi. Aku menekup wajah aku dan cuba untuk tidak menangis.
Dari awal lagi, aku sudah boleh agak lelaki bernama Jeon Jungkook itu bagaimana. Tapi aku masih lagi terjerat dalam perangkapnya. Setiap kata manis, setiap belaian semuanya hanyalah dusta.
Kalau dah fuckboy, selamanya fuckboy.
Aku cuba untuk menenangkan diri. Aku mengelap air mata aku dan cuba untuk senyum.
Telinga aku menangkap gelak tawa beberapa orang pelajar aku yang sedang menghampiri dewan kuliah.
Aku tidak boleh menangis dihadapan merekaz Jadi, aku sedaya upaya untuk tersenyum dan melangkah semula ke dalam dewan kuliah.
Aku cuba untuk melupakan segalanya. Mungkin semuanya sudah berakhir. Kalau itu yang dimahukan oleh lelaki itu, aku akan turuti.
———
Jimin melihat ke arah Jungkook yang sedang tidur di sampingnya. Kemudian, dia melihat ke arah Tessa yang sedang menerangkan sesuatu di hadapan. Dia langsung tidak memandang ke arah Jungkook seperti sebelum ini.
Melihat dari mata milik Tessa yang agak membengkak, Jimin tahu. Pasti ada sesuatu yang terjadi.
Adakah lelaki disebelahnya ini sudah berjaya buatkan Tessa jatuh cinta dengannya sekaligus masuk perangkap durjana milik Jeon Jungkook?
Tak ke terlalu awal?
Selama seminggu ini, dia selalu nampak Jungkook hanya meluangkan masa di dalam biliknya sahaja. Katanya, dia mahu menyiapkan lukisan untuk pertandingan seni yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan tidak mahu diganggu. Dia kelihatan begitu marah ketika memberitahu bahawa Taehyung sengaja memberinya tugasan yang banyak. Katanya, Taehyung sengaja berbuat sebegitu kerana cemburu dengan dirinya yang menjadi pilihan Tessa.
Pernah juga 3 hari lepas, dia mendengar Jungkook mencarut dan membebel sendirian kerana cemburu melihat Tessa keluar bersama dengan Taehyung.
Jadi dia tidak rasa semuanya sudah berakhir.
———
"Jom dinner dengan I malam ni," Kata Taehyung sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya dihadapan Tessa.
Tessa berhenti menaip dan menatap ke arah Taehyung.
"Alright. Kita dinner dekat Texas Chicken boleh tak? I tiba-tiba craving nak makan Texas Chicken."
"Sure, Princess." Taehyung tersenyum lebar dan manis ke arah Tessa.
Dia sudah berjanji di dalam hatinya, setiap kemahuan Tessa dia akan turuti walaupun dia tidak suka apa yang Tessa lakukan tapi melihat kebahagian Tessa merupakan perkara paling penting dalam hidupnya.
———
Malam.
Jimin melihat keadaan Jungkook yang agak serabut sedang melangkah menghampiri peti sejuk. Lelaki itu mengeluarkan setin beer dan mula meneguknya. Wajah lelaki itu kelihatan begitu kusut dan stress.
"Kau tak makan?" Jungkook hanya menggelengkan kepala sebelum kakinya melangkah semula ke dalam biliknya.
Jimin hanya memerhati sambil menikmati ramen. Dia hanya mengeluh berat.
Itulah Jungkook. Terlalu utamakan perkara lain sehingga kesihatan lelaki itu terjejas. Sudah dipaksa untuk makan, tetapi lelaki itu tetap berdegil.
"Arghh!!" Mendengar jeritan Jungkook dari biliknya, Jimin terus bergegas menghampiri.
"Yah?? What's the fuck is wrong with you?!" Jimin mengetuk pintu dan cuba memulas tombol pintu bilik Jungkook yang berkunci.
Di sebalik dedaun pintu tersebut, dia dapat dengar sesuatu yang pecah. Dan itu membuatkan Jimin makin risau dan panik.
"Yah!! Bukan pintu ni sial! Jangan buat aku risau!!"
Tiada sahutan.
"Y-yah!! Kau— Kau dah mati ke??? WOI JANGAN MATI!! KEJAP!" Jimin mula gelabah. Dia cuba mencari telefonnya dan tanpa berfikir panjang, nombor Tessa terus didailnya.
Dia mengetap bibir dan menanti panggilannya diangkat dengan tidak sabar.
"H-hello Tessa— J-Jungkook—"
———
Tessa terus meletakkan panggilan. Dia dengan tergesa-gesa mengemas barangnya. Taehyung mengerutkan dahi dan memandang ke arah Tessa dengan hairan.
"What's wrong, Tessy?"
"I got to go. I'm sorry, Tae. See you tomorrow." Tanpa menunggu kata-kata dari Taehyung, wanita itu bergegas keluar dari Texas Chicken.
Taehyung mengunyah dengan perlahan ayam tersebut sambil memerhati tubuh genit milik Tessa dengan risau.
Harap-harap tiada perkara buruk yang berlaku.
———
Berkali-kali wanita itu menekan loceng. Dalam hatinya berdoa agar Jungkook tidak apa-apa.
Selepas mendapat panggilan dari Jimin yang mengatakan Jungkook seakan ada masalah dan mungkin sedang menyakitkan diri sendiri, dia terus bergegas ke apartment Jungkook dan Jimin.
Jimin membuka pintu dengan raup wajah yang cemas. Dia terus membawa Tessa di hadapan pintu bilik Jungkook.
Tessa cuba memulas tombol pintu namun tidak bisa dibuka kerana berkunci dari dalam.
"Ada kunci lebih?" Soal Tessa. Jimin menepuk dahi. Dia terlupa bahawa mereka memiliki kunci pendua setiap bilik.
"Wait here.." Jimin bergegas ke arah laci yang menyimpan semua kunci pendua. Apabila jumpa kunci pendua bilik Jungkook, dia terus berlari menghampiri Tessa.
"Here." Kunci bertukar tangan. Tessa terus membuka pintu bilik Jungkook. Apabila Jimin mahu sahaja melangkah masuk ke dalam, Tessa menahannya.
Dia menggeleng perlahan dan memberi isyarat bahawa biar dia sahaja yang berbicara dengan Jungkook. Jimin yang mengerti terus memberi ruang kepadanya.
Tessa melangkah masuk ke dalam bilik Jungkook yang agak malap akibat bilik lelaki itu hanya diterangai dengan dim lights sahaja.
Tessa menutup pintu bilik Jungkook dan mula membuka lampu. Sebaik sahaja lampu menerangi setiap penjuru bilik tidur lelaki itu, matanya dihidang dengan keadaan bilik yang agak tidak terurus.
Kertas lukisan berlemparan di atas lantai bersama dengan cat-cat yang tertumpah di atas lantai. Terdapat juga serpihan kaca berhampiran dengan katil lelaki itu.
Dia menoleh ke arah Jungkook yang sedang duduk mendiamkan diri di meja lukisannya. Lelaki itu hanya memakai short pants tanpa baju.
Tessa mula membuka langkah menghampiri Jungkook dengan perlahan-lahan.
"Jungkook.." Nama Jungkook dipanggil dengan lembut. Tessa menyentuh perlahan bahu lelaki itu membuatkan lelaki itu mengangkat wajah dan menoleh ke arahnya.
Raup wajah Jungkook kelihatan kemerahan. Mata, hidung dan pipinya semua kemerahan. Sah, lelaki itu baru sahaja menangis.
"I'm sorry, cupcake..." Lelaki itu dengan tiba-tiba sahaja menangis teresak-esak. Tessa tersenyum kecil. Dia menarik Jungkook dalam pelukannya. Lelaki itu membalas pelukan Tessa dan mula menangis dalam pelukan wanita itu.
Tessa mengusap perlahan rambut milik Jungkook yang masih lembut walaupun kelihatan kusut.
"I'm sorry..."
He's definitely a red flag.
But red is my favorite color ,)
—TBC—
okay guys maybe ni last update untuk harini huhu ingat nak update satu lagi chapter tapi tiba-tiba gue busyyy😔👍🏼 hope korang enjoy baca fanfic ni even ff ni hambarrr dkskdksk
bye byeee 💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro