| tiga |
{ Prom Night }
°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°
"Kau serious lah majlis tu kat sini ?" Terkebil-kebil mataku melihat bangunan di hadapannya.
"Ye lah, biasanya event tu diadakan kat sini. Kau tak tahu diam follow je aku" Lovell jalan meninggalkan diriku dibelakang.
"SeRiouS LAH KAT LIBRARY ?"
Aku berlari anak mengejar langkah kakakku tapi malangnya secara tak sengaja aku terlanggar satu susuk tubuh yang tiba-tiba berada di hadapanku.
Melayang badanku ke belakang sedikit, aku menyeimbangkan badan agar tak terjatuh. Kalau jatuh nanti habis lah dress aku, mahal tau aku beli.
"Yah ! Kenapa berdiri tercegat kat sini. Tak tahu ke orang nak lalu eish" kataku sambil mengurut batang hidung yang sakit.
Dia menoleh menatapku. Perbuatan sesi mengurut terhenti apabila mata kami bertentangan dalam beberapa saat, aku menunduk malu.
Vien sejak bila kau ada kemaluan ni ?
"Maafkan saya, saya tak perasan awak pulak" tangannya naik menyentuh wajahku namun pantas aku menolak.
"A-ah tak mengapa lah, salah saya juga sebab lari tadi ehe..."
Ni lah kelemahan aku, pantang jumpa lelaki hensem macam Aaron Aziz sikit haa mulalah naik miang tak ada tulang. Kalau boleh semua salah yang dia buat, salah aku.
"Awak nak pergi event kat dalam ni ke ? Kalau macam tu jomlah sekali, kebetulan saya baru nak masuk" dia menawarkan aku untuk memegang tangannya.
Ala-ala Romeo and Juliet nak masuk dewan tarian. Omaigawt dapat bayangkan tak ? Hahahaha tak payah, pergi sana Pak Senin dah tunggu korang beraya kat pondok.
"Jap kenapa mesti buat dalam library ?"
°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°
Aku memerhati telatah Lovell yang dari tadi tak reti duduk diam. Sekejap bangun ambil makanan sekejap ambil minuman.
Dia nak banyak mana lagi tho, atas meja ni penuh dengan makanan dia tahu. Siapa nak habiskan semua makanan ni ?
"Weyh kenapa tak makan penat aku pergi amik semua ni untuk kau tahu. Makan lah jangan duk termenung"
"Banyaknya untuk aku. Uish gila ke kau nak aku habiskan semua ni ? Tak nak aku kang nanti tak pasal aku muntah kat sini, kalau kau yang lap tak apa"
"Kira untung lah aku korbankan diri bangun amik makanan daripada kau duk usha jantan yang macam coki coki kat sini"
"Sequeezz me, aku tak usha lelaki kat sini okay. Aku minat girl"
Tersembur makanan di dalam mulut Lovell setelah dengar barisan ayatku. Aku memejam mata apabila semburannya terkena mukaku yang syantik ini.
Lovell kau ni behave boleh tak !
"Ei bodoh habis make up aku anying ! Biadaplah kau ni" aku bangun dari tempatku dan bergegas ke tandas.
"Nasib kat tempat orang kalau tak memang aku dah swing kepala si bebal tu"
Tangan ligat mengeluarkan tisu di dalam beg tangan lalu menghapuskan kotoran yang bercampuran dengan liur basi.
Nasib waterproof kalau tak habis kena touch up lagi, tak pasal-pasal bercapuk macam juon.
Setelah selesai menghapuskan segala kotoran di wajah, aku keluar membawa hajat ingin bertemu Aaron Aziz.
Langkahku terhenti apabila penglihatan ku menangkap figura seseorang yang ku kenali. Dua sudut bibir mula menaik lalu menjerit namanya.
"Eden !"
Aku bergerak laju ke arahnya sambil mengangkat sedikit tinggi kain agar tak terpijak.
Dewan yang besar seakan menjauhkan lagi jarak aku dan Eden untuk bertemu walaupun aku cuba untuk mendekatinya.
"Excuse— Argh !?"
Aku memejam mata terkejut apabila tanganku direntap kuat dari tepi hatiku mula berdebar cemas.
Aku mengetap bibir cemas badan menggeletar hebat akan tetapi telingaku menangkap bunyi tepukan gemuruh seakan berada di sekelilingku.
Keadaan cemas bertukar menjadi hairan lalu perlahan membuka mata melihat keberadaanku.
Hati seolah-olah berhenti dari berdetak apabila pandanganku jatuh melihat susuk tubuh yang melutut di hadapanku.
Dia hanya menguntumkan sebuah senyuman manis yang mampu mencairkan hati para wanita diluar sana.
" Will you dance with me, honey ? "
Bibirku tahan dari tersenyum melihat tangan mungilnya yang comel. Dalam kecomelan tersorok kelelakiannya.
Aku mencapai tangannya sambil mengangguk perlahan sebagai tanda aku terima.
Dewan yang sunyi tadi kini bergema alunan muzik romantis dan pasangan merpati yang sedang asyik menari.
Dia menggenggam kemas tangan kiriku manakala pinggangku diraih lembut merapatkan lagi tubuhku dengannya.
Ku sedar akan matanya yang dari tadi menatap wajahku, bibir bergerak ingin bersuara menanyakan sesuatu yang bermain di kepala.
" Kenapa awak pilih saya ? " Ujarku berani.
"Cause I like you "
Pada mulanya aku berasa sedikit terkejut tapi kelamaan hanya menayangkan wajah tanpa riak. Tanpaku sedari dua sudut bibirku mula mengukirkan senyuman bahagia.
" Tapi kita baru saja bertemu, macam mana perasaan suka tu mula timbul ? " Kataku perlahan.
" Perasaan takkan tanya bilakah aku akan menyukai seseorang, kerana ia akan datang dengan sendirinya. Jadi, waktu bukanlah penghalang untuk mencintai seseorang "
" Tapi— "
" Tiada yang mustahil di dunia ini, Rhyu "
" Dunia Arlond "
°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°
" Dunia ni terlalu bahaya untuk kau, jangan percaya dengan orang sekeliling kau sayang "
" Jangan sangka mawar yang cantik mekar tiada durinya "
" Lovell, boleh aku tanya sesuatu ? " Tangan naik menyentuh kelopak bunga mawar di atas meja.
" Tanya apa ? " Katanya sambil fokus pada buku yang dibaca.
" Siapa Hans Ivander ? "
Buku ditutup kasar mengejutkan Vivian yang bermain dengan bunga mawar di hadapannya. Lovell meletakkan buku di atas meja berhampiran adiknya.
" I think kau tak patut kenal siapa dia, dari mana kau dengar nama tu ? " Ujar Lovell senada.
" Lelaki bertopeng semalam " jawab Vivian keliru.
Lovell memejam mata lalu menghembus nafas berat dia bangun lalu berpindah ke tempat Vien duduki.
Tangannya diangkat dan diletakkan di atas bahu gadis bingung itu. Iris matanya mengunci tatapan mata Vivian.
" Dekat sini kau tak boleh percaya sesiapa walaupun dia baik macam mana sekalipun, jangan sesekali percaya kata-kata mereka. Cuma kau dan aku saja "
"Aku saja yang mampu jaga kau kat sini sampai kau tak ada nanti " dia mengukirkan senyuman paling manis.
" Aku naik dulu, kalau kau lapar kat dapur ada makanan " katanya lalu berlalu pergi meninggalkan Vivian yang terdiam seorang diri.
" Aku takkan biarkan dia rampas lagi satu-satunya kebahagiaanku, aku bersumpah akan gagalkan rancangannya "
-tbc-
°•°•°•°•°•°•°
Okay geng, gini ah memandangkan sekolah kembali dibuka walaupun saya tak rela tapi saya pasrah.
So...book ni akan diupdate bila waktu nenaz free je lah. Insyaallah nenaz akan usaha siapkan book ni.
Btw, korang pronounce Arlond tu acane ?
Arlon ke Erlon
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro