| lima |
{ Dangerous Eyes }
°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°
Tangan ligat bermain permukaan air kolam pancutan di kawasan halaman rumahnya. Fikirannya kembali memutarkan peristiwa kelmarin di mana lelaki yang dilarang berjumpa telah menyelamatkan nyawanya.
Wajah Hans yang samar-samar ketika itu menjadi tanda tanya. Bagaimana rupa sebenarnya ?
Kelopak mata automatik mengecil apabila terkena sinaran matahari yang menyinari paginya. Tangan kanan dinaikkan bagi melindungi matanya dari sinaran.
Vivian mendongakkan kepalanya apabila terasa tangannya dipegang oleh seseorang. Terkebil-kebil matanya dek kerana silau memandang lelaki yang berada dihadapannya.
Lelaki itu tergelak kecil melihat wajah bingung milik Vivian dengan matanya yang kecil.
"Macam mana awak ada kat sini ?" Tanya Vivian.
"Saya datang bila saya rindu, so what ?" Jawabnya.
Dia mengukirkan senyuman lebar apabila gadis itu mengerutkan dahinya lalu menarik pergelangan tangan Vivian dan bawanya pergi.
"Wait, awak ni siapa ?"
Vivian mencuba melepaskan genggaman lelaki itu namun tak berjaya. Perlahan lelaki tersebut memusingkan badannya menatap Vivian.
"Hans Ivander"
Membulat mata Vivian menatap tidak percaya pada lelaki yang mengaku dirinya 'Hans'. Tak mungkin sekacak ini.
"Tak perlu terkejut sangat, awak yang seru saya datang ke sini. Jadi jom saya bawa awak teroka kawasan sini"
Hans kembali menarik pergelangan tangan Vivian agar mengikuti langkahnya. Vivian hanya akur saja tanpa sebarang kata.
Terkena panahan dengan ketampanan milik lelaki disebelahnya sehingga membuatkan mulutnya susah membuka mengeluarkan suara.
Pipinya kian memerah apabila peristiwa di dalam kolam terlintas di kepalanya. First...kissnya sudah dicuri oleh lelaki disebelahnya ini.
Perlahan mulutnya ditutup sebelah tangannya tidak percaya akan realitinya. Hans yang memerhati gelagat gadis itu mula tertanya.
"Muka awak merah"
Automatik senyuman dibibir Vivian mati. Argh dia terlupa tentang kewujudan lelaki ini. Dia mengetap bibir menoleh ke arah Hans yang memerhatinya.
"M-mana ada ! Saya panas lah sebab tu muka saya merah. Awak apa tahu" bentaknya malu.
"Awak malukan sebenarnya ? Terus terang saja lah, saya tahu yang awak masih teringatkan kiss pool tu kan" kekeh Hans apabila lengannya ditampar oleh gadis itu.
Wajah Vivian semakin memerah bak tomato apabila diperkatakan begitu. Ingin saja disiat kulit mukanya yang merah itu dan dibuang jauh. Sungguh dia malu.
"YAH MANA ADA !"
°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°
Tirai langsir ditarik menutupi jendela menggelapi suasana di dalam rumah agam tersebut. Kaki perlahan menapak ke arah meja lalu dicapainya lilin yang sudah dinyalakan.
Langkah dibawa pula ke arah bilik yang berada dihujung pelosok rumah, tiada sesiapa tahu akan kewujudan bilik tersebut kecuali dia.
Tombol ditekan lalu ditolaknya memberi ruang untuk dirinya memasuki ruangan tersebut.
Buku yang tersusun elok di rak ditatap kosong. Tangan naik mengambil buku yang kelihatan agak usang lalu dibawa ke meja bacaan.
Lilin diletakkan di bahagian tengah meja, buku yang tebal itu diselak sehelai demi sehelai. Perlahan bibir terangkat membentuk senyuman.
Sinis.
"Dari dulu tak pernah ubah, segala yang baik bak malaikat terletak pada kau..."
Helaian seterusnya diselak dengan penuh perlahan, seakan sedang mengimbau segala memori yang dilaluinya.
"...syaitan saja pada diriku, heh"
Satu keping gambar yang ditampal kemas di halaman kertas dipisahkannya dan menatap lama gambar tersebut.
Terdapat dua orang kanak-kanak bersama orang tua mereka. Seorang berada di dalam dukungan si ibu manakala seorang lagi berdiri di hadapan bapanya tanpa secalit senyuman.
Tidak bermaksud angkuh tapi seakan dia melakukan gambaran secara keterpaksaan. Tangan kanan menutupi siku kirinya gaya sedang menutupi sesuatu.
Bebola matanya perlahan bertukar warna menjadi kemerahan cerah apabila terbitnya suatu perasaan yang teramat mencengkam hatinya, benci.
"Aku akan ambil balik kebahagiaan aku yang selama ni kau curi. Aku janji"
°•°•°•°•°•°•°•°•°•°
Dia tergesa-gesa menaiki anak tangga sambil membawa buku-buku untuk diletakkan di atas meja Presiden Atasan.
Dada berombak laju tercungap-cungap apabila tiba di tingkat atas, badan dipusing sedikit untuk melihat koridor bagi memastikan tiada sesiapa di situ.
Baru beberapa langkah, badannya terhuyung-hayang akibat tersadung kasutnya sendiri lalu tersembam jatuh.
Habis bertaburan buku-buku yang dibawanya memenuhi laluan tersebut. Dengan pantas dia mengutip satu persatu tanpa mempedulikan lututnya yang tercalar.
"Biar aku tolong, banyak sangat ni kesian pula kau nanti"
Eden menolong gadis tersebut mengangkat buku-buku tersebut sambil menghadiahkan sebuah senyuman paling manis padanya.
"Tapi...ini memang tugas saya, tak apa lah saya boleh angkat sendiri saja. Awak balik lah kelas awak nanti Tuan Hogwards marah pula" katanya serba salah.
Eden menggeleng perlahan sambil senyum tidak lekang dari bibirnya. Dia mengatakan tiada apa-apa yang perlu ditakutkan, lagipun kelasnya hari ini free.
"Nak bawa ke mana semua buku-buku ni ?"
Gadis itu mengetap bibir segan lalu menyuruh Eden mengikuti langkahnya ke bilik Presiden untuk menyerahkan buku-buku tersebut.
Eden terkekeh melihat telatah gadis di hadapannya yang menampar-nampar pipi gebunya yang kian memerah.
Langkah dilajukan sedikit bagi menyamakan langkah mereka berdua agar mudah untuk bertanya.
"Boleh aku tanya ?"
Gadis itu memandang Eden yang berada di sebelahnya tiba-tiba. Dia mengangguk sambil mata tidak lepas memandang wajah lelaki itu.
"Kau Lucy Emrys kan ?"
Serta merta senyuman Lucy hilang, iris mata dialihkan daripada menatap Eden. Kepalanya menunduk memandang jubin koridor.
Eden menyenggol siku gadis itu selepas saja gadis tersebut merespon pertanyaannya tadi. Ada suatu tidak kena ?
"Awak boleh panggil saya Luis, bukan Lucy"
To be contineud—
°•°•°•°•°•°•°•°•°•°
Lucy Emrys as Luis
Halo geng ! Naz nak bagitahu book ni akan update lambat sebab sekul.
Bukan kes banyak hw cuz im seventeen geng spm 2021 :)
Btw thanks for support,
BORAHAE 💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro