Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

| enam |


{ Crazy Of You }


°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°





Dalam separuh sedar ku tersentak dari tidurku akibat wangian bunga ros yang menodai rongga hidungku. Tatapan kuyup ku lemparkan ke luar balkoni.








Kaki perlahan menyentuh permukaan lantai lalu berjalan mendekati balkoni yang terbuka secara tiba-tiba. Angin malam kuat menampar tirai serta tubuhku.









Lengan yang terdedah ku usap perlahan akibat kesejukkan angin malam. Perlahan tanganku naik menarik tirai jendela, akan tetapi perbuatanku terhenti seolah-olah ada sesuatu yang sedang menahan pergelangan tanganku.






Penglihatan kaburku kini perlahan menjadi jelas, telapak  kaki mula menatap setapak demi setapak ke balkoni tanpa menghiraukan kedinginan yang menyelubungi tubuhku.





" Rhyuu.... "





Bisikkan halus yang tiada usulnya mula menghantui diriku, seakan-akan memanggilku bersemuka dengannya. Mata kuyupku meliar mencari keberadaan pemilik suara tersebut dari balkoni  akan tetapi yang terlihat hanya kediaman yang dipenuhi bunga rose.





Perasaan ingin tahu mula menguasai diriku, memaksa untuk mencari siapa yang memanggil dengan panggilan yang tidak pernah kutahui maksudnya. Jantung berdegup kencang apabila  mata bertentangan dengan iris hijau milik bayangan yang berada di hadapannya.




  

Langkah longlai diheret ke hadapan demi melihat dengan lebih jelas lagi wajahnya. Setapak lagi aku mara, lenganku direntap kasar dari belakang menyedarkan aku.





" Kau nak mati ke hah ?! Setapak je lagi melayang nyawa kau, tahu tak ? Kalau ye pun nak bunuh diri jangan kat sini...tch " marahnya apabila melihat perbuatan yang tidak ku kawal tadi.





" A..aku nampak orang kat s-sana tadi.... tengok ! " jari telunjuk menuding ke tempat bayang tersebut berdiri.






Perlahan tanganku jatuh, seakan tak percaya dengan apa yang dilihat. Baru sahaja sebentar tadi dia berdiri di situ kini sudah tiada....atau ia hanya khalayanku saja ? kepala ditoleh ke kiri dan kanan mencari keberadaan dia untuk meyakinkan Lovell.






" Vien, dah lah tu... mimpi kau je lah. Tak ada apa pun kat situ....see ? Dah-dah tak perlu cari lagi, pergi sambung tidur okay " Lovell menolak lembut bahuku agar kembali ke katil.





Dia menggeleng kepala perlahan melihat karenah yang ku lakukan sebentar tadi pada waktu sebegini sambil menutup tirai jendela yang terbuka luas lalu mengambil langkah keluar dari bilik tidurku.





" Siapa dia and why he always called me ' Rhyu ' ? "





°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°





Pandangan kosong dilemparkan keluar tingkap yang dihiasi sinaran bulan penuh. Entah kenapa dia berasa berdebar apabila melihat gadis yang ditemuinya tadi.





Iris hijau miliknya kini jatuh menatap pisau perak di dalam genggaman, tanpa sedar dia mengeluarkan keluhan berat seolah memikul suatu bebanan yang payah dilaksanakan. 





Tangan kiri perlahan naik memegang dadanya yang sesak menahan debaran, seperti layar filem rosak yang sering memutar kembali wajah gadis itu di dalam kepala.





" T-tak... ada cara lain u-untuk leraikan sumpahan ini... " 





Pisau perak yang berada di dalam genggaman digenggam erat sehingga menyebabkan darah mengalir keluar dari telapak tangannya namun tidak dipeduli.





Butir permata mula pecah dari hujung sudut mata, kelemahannya mula kelihatan apabila dikaitkan dengan orang dia cintai.





" Kenapa perlu cari jalan lain sedangkan jelas ada depan mata untuk kau bebas dari sumpahan ini " paksanya.





Dia menggeleng kepala membantah perkara itu daripada terjadi, rambut diramas kuat lalu dia menjerit sekuat hatinya mengeluarkan segala kegelishan yang terbuku dalam hati.





Sungguh dia tidak mahu kehilangan orang pertama yang dia cintai dan sayangi seikhlas hatinya. Satu persoalan yang sering berlegar-legar di dalam fikirannya sekarang ialah mengapa harus dia yang menanggung bala ini ?





" D-diam !!... jangan campur hal aku, b-biar aku uruskan sendiri semua ini... " 





Bilik kosong itu bergema dengan jeritannya seorang diri. Sungguh dia tidak mahu kalau sisi keduanya muncul apabila berdekatan dengan gadisnya kerana dia tahu akan terjadinya sesuatu luar jangkaan.





Kerusi kayu yang didudukinya dicampak geram ke dinding sehingga pecah lalu menumbuk dinding kuat tanpa menghiraukan kesakitan ditangannya. Dia menangis sepuas hatinya malam itu, mengenangkan peristiwa yang tidak dia inginkan akan berlaku.





Suasana bertukar menjadi sunyi sepi tanpa sebarang suara, tidak lama kemudian suara gelak tawa yang menggerunkan itu mula memecahkan suasana kelam tersebut apabila segala yang dia lakonkan sebentar tadi seolah betul-betul terjadi padanya. 





" Siapa kisah pasal cinta ? Ia takkan pernah wujud "






°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°


Hey guys ! Bertemu kembali dalam book ini. Nazz akan sambung update this book after hiatus.

Happy reading and enjoy yourself !












Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro