| dua |
{ Guy }
°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°
" Ini kelas kau, ingat jangan merayap kemana-mana bahaya "
Vien mendongak membaca nama kelasnya. Pandangannya jatuh melihat persekitaran dalam kelas tersebut. Luas.
Kakinya melangkah masuk tak henti matanya meliar seperti baru keluar melihat dunia realiti. Dahinya berkerut sedikit apabila tiada seorang pun yang berada di situ.
Anak matanya dapat tangkap satu figura yang berada di kedudukan paling belakang sedang tidur sambil menggalas tangan. Vien jalan menghampiri dan mengambil tempat di sebelah nya.
Jari telunjuknya dikeluarkan mencucuk-cucuk bahu figura di sebelahnya untuk kejutkan ia tapi perbuatannya hanya sia-sia.
" Bangunlah inikan sekolah bukan tempat untuk tidur woi...Ish mana budak yang lain ek pahal tak sampai lagi ? " rungut Vien seorang.
" Siapa yang cipta sekolah ni asal diorang tak buat waktu siang bukan malam tak tahu ke waktu malam untuk orang beradu "
" Bising lah "
Membulat mata Vien melihat lelaki sebelahnya bangun lalu menatap tajam seperti mahu makannya. Vien perlahan menaikkan tangannya lalu mengeluarkan jari telunjuk dan jari hantu sign peace.
Apabila tiada respon lelaki tersebut dia kembali menjatuhkan tangannya kembali dan menunduk meminta maaf.
" Kau manusia baru ? "
Vien pada mulanya kelihatan agak bingung perlahan dia mengangguk kepala bersama wajah keliru. Kenapa 'manusia' tu macam seram bunyinya.
" Kenapa kau masuk sini, tak takut ke ? " Katanya senada.
Vien mengetap bibirnya tak tahu nak buat apa kemudian menggeleng kepala was-was. Badannya rasa kurang selesa apabila berasa aura yang tidak menyenangkan.
" Sebab ni sekolah jugak, so buat apa nak takut...kan " Vien mengangkat kening untuk mengurangkan ketidakselesaan nya.
Lelaki tersebut mengalihkan pandangannya sambil tersenyum senget lalu menghembuskan nafas panjang. Dia bangkit dari duduk berura-ura ingin pergi.
Vien menahan lengan lelaki itu kemudian berdiri pantas tanpa menghiraukan pandangan lelaki tersebut.
"Kau nak pergi mana ? " tanya dia polos.
Lelaki itu melepaskan lengannya dari genggaman Vien dan menjauhkan dirinya dari gadis tersebut.
" Aku nak ke tandas, kau duduk sini "
"Nak ikut "
Sekali lagi pandangan ' judge ' dilemparkan ke arah Vien. Perempuan ni dah kenapa buang tabiat ke hapa, dia tak tahu ke dia dengan lelaki tu lain jantina. Kang apa-apa jadi salahkan laki.
Yeah you know, all men do always wrong.
" Kau tak belajar eh kat sekolah lama kau dulu yang tak boleh pergi tandas dengan laki, kau nak apa-apa jadi kat kau ke ? "
" Belajar tapi aku terpaksa, aku takut ah sorang-sorang so jom " Vien jalan mendahului lelaki tersebut.
" Jamban kat mana ? "
°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°
Sepanjang perjalanan, keadaan menjadi sunyi dan janggal. Aku hanya melemparkan pandangan ke arah jendela koridor. Aku dah kata sekolah dia mewah, kau tengok koridor pun ada tingkap.
" Tunggu sini "
Aku melihatnya yang jalan memasuki tandas. Tangan tu memang kena sentiasa dalam poket ke, nak masuk jamban pun nak macho kenapa.
Dinding menjadi tempat ku bersandar sementara menunggunya membuang hadas sederhana. Dalam otak ligat berfikir tentang situasi yang ku alami sekarang.
Seperti terdapat sesuatu yang aneh bermain di fikiranku. Apa yang dimaksudkan dengan 'manusia baru' ?
Memang kat sekolah ni tulis ' only setan ' je kan. Sama saja semua manusia, ada mata ada hidung ada mulut boleh jalan...
Sedangku mengelamun, seseorang datang menegurku. Kepala ku dongakan melihat gerangan yang menyapaku tanpa adab itu.
" Memang tak reti masuk kelas ke ? "
Kau nampak tak adab dia kat mana ?
" Pardon ? " Weh kau tengok dia pergi macam tu je, ewah biadap langsung coki punya fan ni.
Dalam hati aku menyumpah seranah dirinya sambil memerhatikan nya yang berlalu pergi begitu saja. Bibirku ketap geram menahan amarah.
" Dah jom "
Eh ya Tuhan, hampir tak berfungsi jantung aku dibuatnya. Aku menatapnya tak puas hati tapi pandangan nesen yang ku dapat. Aku berdecit perlahan kerana perangainya yang menjengkelkan.
" Apa nama kau eh ? " tanya ku ingin tahu.
" Eden Thye "
" Ouh, aku Vivian Lee. You can call me baby " kataku riang.
" Sumpah tak tanya "
Senyuman ku perlahan menghilang dari wajah plolesku. Pandai eh sekarang sakitkan hati orang.
°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°
" Lovell ? Mana dia ni, penat aku duk pusing satu rumah ni cari dia tau " Vien bangun dari membongkok.
Bawah meja tak ada, belakang pintu tak ada, atas chandelier pun tak ada dia pergi mana pagi-pagi macam ni ?
Kepala yang tak gatal digaru serabut. Aku jalan pusing satu rumah besar ini dari dalam ke luar, dari atas hingga bawah.
Tapi tetap tak jumpa.
"Kena sorok bunian ke hapa dia ni, semua tempat yang aku pergi dia tak ada. ARGHHHH LOVELLLL ANAK LEEE !?!"
"Eish bising lah, tenuk. Kau pahal jerit-jerit macam orang gila ni ha ?" Muncul Lovell tiba-tiba.
Aku menoleh ke belakang laju dada berombak menahan geram yang terbuku dalam hati. Nak bom je perempuan ni tau, sekejap muncul sekejap hilang.
"Pikir gempak ah main hilang-hilang pastu muncul secara terkejut haa gampang ?! Kau pikir kau Harry Potter mana tongkat kau"
"Kau bising apa ni ? Aku pergi amik surat ni kat luar tadi. Tak rilek lah kau ni Vien, sepak kau apa pun tak dapat tau" Lovell menjeling melihat perangai Haron adiknya.
Mataku jatuh menatap surat di tangannya lalu mengukir kerutan yang paling comel aku ada.
"Siapa nak kahwin ?" Tanyaku spontan.
"Abah kau"
Aik, abah aku jugak. Aku menampar perlahan kepalanya agar otaknya berada di tempat yang sepatutnya. Dapat ku dengar bunyi hentakan di dalam tempurung kepalanya.
"Sakit nyah ! Ini kad jemputan..."
Haa jangan-jangan pengetua baru nak kahwin lagi. Bukan dia dah ada lima bini ke, sibuk nak kahwin lagi kenapa. Dasar orang tua miang, kahwin je lah ngan Lovell ni.
"Majlis tari menari. Omaigawt ! Eksaitednya aque" katanya teruja sehingga melompat katak dibawah sinaran lampu.
"Lovell behave ! Kau ni kenapa macam first time baru nak keluar rumah tengok dunia, aku tahulah pergerakan kawalan perintah"
"Aku tak pernah tau dapat kad jemputan ni tiber hari ni dapat, ada gila tak eksaited nyah" Lovell menampar lembut dalam kasar bahuku.
Eh hehe, kau cari nahas ni rokiah. Dengan kesabaran yang aku kumpul aku melemparkan ketawa janggal.
"SUDAH ! ketepi kau, aku nak cari baju perinses Lovell untuk majlis akad nikah aku ngan laki baru aku"
Aku berganjak ke belakang apabila bahuku dirempuh kuat olehnya, sungguh biadap ini wanita. Mataku jatuh memandang surat yang jatuh dilantai lalu mencapainya.
"Prom Party"
-tbc-
°•°•°•°•°•°•°•°•°
Jung Hoseok as Eden Thye
Halo geng !
masyehh baca fanfic yang tak seberapa ni, kite terharu even hambar teruk Ya Allah. Oh yeah kemungkinan bakal munculnya abah pada chap akan datang.
BORAHAE 💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro