Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 5

"Jadi kau nak beli kesemua barang bayi ni?"

Zafri menyoal sambil melihat timbunan barangan bayi yang berada di dalam troli.Antaranya, botol susu,baju bayi,kain napkin,tilam bayi, mainan bayi dan bermacam lagi lah.

"Ha'ah lagipun mana cukup beli sikit nanti nak beli lagi pulak jadi aku ambik kesemua yang ada."

Ujarku sambil tersenyum lebar.Maklumlah berbaki 3 bulan lagi bayi ini bakal lahir ke dunia ini.Agaknya baby ikut muka siapa erk? Perangai dia macam sapa erk? Aduh aduh aduh macam macam soalan bermain difikiran aku.

"!!!"

Aku terkulat-kulat memandang Zafri yang mengenyih sakan selepas bibir merah jambunya mendarat di pipi kiriku.

"Kau fikir apa? Aku panggil kau tetap tak dengar jadi aku cium lah 😘"

Terasa pipi membahang malu.Ditambah pula 3 orang makcik diva sedang memandang kami sambil berkata sesuatu.Mesti diorang nampak Zafri cium aku.Huwaaaa nasib lah di pipi kalau bibir fuh.Aku tak dapat bayangkan apa yang akan terjadi.Entah entah video kami tersebar lepastu jadi viral.Dapat ranking no.1 pulak tu.

"!!!"

Kali ini pula bibir aku yang kecil comel ni menjadi mangsa pula.Seperti biasa aku terkulat-kulat manakala Zafri mengenyih macam kerang busuk malah kalah senyuman kerang.

"Sekali lagi kau termenung gerenti kali ni aku rogol kau di sini."

Aku terlopong mendengar zafri selamba badak berkata begitu.Mataku meliar melihat sekeliling.Sah orang yang lalu-lalang memandang pelik.Ada yang tersenyum suka,ada yang jeling sampai nak juling mata,ada yang 'terbaik lah' dan bermacam lagi lah reaksi orang ramai.Akibat malu yang teramat aku melarikan diri masuk ke dalam tandas yang berhampiran.

"Malunya aku.Malunya"

Aku menekup muka menggunakan kedua tanganku.Masih terasa panas di pipi.Aku tak tahu lah nak letak muka kat mana sebab kejadian tadi memalukan.zafri pun satu suka hati dia cium aku.Malu lah sikit.Lepastu dia nak rogol aku pulak.Eyyyyyyyyyyy.

Sedang asyik aku mengomel, seseorang menyentuh bahuku.Terus aku jadi kejung.Melalui pantulan cermin aku melihat wajah seseorang yang aku pernah nampak sebelum ini.Dia seorang lelaki yang berkeadaan tidak terurus seperti rambut yang tidak disikat, berjambang tidak kemas,pakaian yang agak buruk seperti sudah lama tidak basuh malah badannya berbau kurang enak.

"Ka...ka...kau sapa?"

Soalan aku terbiar sepi.Hanya renungan maut yang menjadi balasan.Aku menahan perasaan takut yang mula menguasai diri.Aura sekeliling tiba tiba saja berubah malah aku dapat merasakan kemarahan dalam diri lelaki misteri itu.

GLUP.Dah kenapa dia ni? Mau terkucil aku dibuatnya melihat renungan maut dia tu.Baru saja lelaki misteri itu ingin bersuara datang 2 orang lelaki muda masuk ke dalam tandas.

"Maaf ya cik.Abang kami ni kurang sihat sebab tu perangai dia pelik tu."

Aku menarik nafas lega mendengar penjelasan pemuda itu.Patutlah pelik perangai dia.

"Tak pa tak pa.Lain kali hati-hati jangan cuai"

"Baiklah.Kami minta maaf ya cik.Abang jom kita balik."

2 orang pemuda itu memimpin lelaki yang dikatakan kurang sihat itu keluar dari tandas.Sempat lagi dia merenung aku sedalam mungkin.Entah kenapa aku rasa lain macam.Seolah-olah ada sesuatu yang akan berlaku.

"Mungkin aku letih sebab tu fikir yang bukan-bukan."

Aku terangguk-angguk sendiri.Lepas aku perbetulkan rambut dan baju terus aku keluar dari tandas.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro