BAB 3
Aku menolak Zafri agar jauh daripada aku tapi lengannya kuat memaut pinggangku.Mata pula tidak lepas memandang antara satu sama lain.Sebelum bibirnya hinggap di bibirku cepat cepat aku elak.
"Kenapa?"
Soalan yang mudah tapi susah nak jawab.Aku menggigit bibir.Macam mana lah aku nak terangkan.Bahawa rasa bersalah menggunung di hati tatkala merasakan aku curang dengan Zafril.
Zafri menguatkan lagi pelukan.Terasa nafasnya menampar lembut wajahku.Matanya menjadi sangat lunak hingga aku seperti terpaku.Tanpa sedar bibirku menjadi mangsa lagi.
Rasanya sudah 15 minit aku perhatikan handphone kepunyaan Zafri yang terletak di atas meja kopi di ruang tamu.Fikiran memberi dorongan tapi hati menegah.
Macam mana ni? Haih
Aku benci rasa ini.Patut atau tak?
Yes or no?
Apabila memikirkan bayi yang berada dalam kandungan terus aku membatalkan niat.Aku tak nak ambil risiko buat masa ini.Aku akan fikirkan rancangan lain.
Lagipun aku nampak Zafri melalui pantulan cermin.Dia sedang perhatikan aku.Sesungguhnya dia seperti CCTV.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro