Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 2

Aku tak tahu dah berapa hari aku duduk di dalam bilik gelap ini.Tiada cahaya matahari,tiada tingkap yang ada cuma lampu siling,kipas siling,sebuah kerusi untuk Zafri duduk dan sebuah meja kecil untuk meletakkan makanan dan minuman.

Badan terasa berlengas kerana aku dah lama tak mandi.Bau badan memang tok sah cakap lah memang berbau ditambah pula peluh yang sentiasa mengalir.Aku hanya mampu duduk di situ.

Badan pun sudah lenguh sana sini.Punggung aku ni boleh berlubang kalau duduk terlalu lama.Zafri pun satu bagilah aku baring atas katil.Ini tidak dia ikat aku kat kerusi kayu.Eyyyy jantan ni tak guna betul.

"Nak terkucil lah pulak"

Waktu inilah terasa nak terkencing.Tak tahan dah ni 😫.

"Zafri!!! Zafri!!! Zafri!!! aku nak ke tandas"

Aku jerit sekuat hati seolah Zafri mengalami masalah pendengaran.Tak tahan ni cepatlah Zafri oi.Aku dah la lama tak mandi satgi tak pasal aku terkencing dalam seluar.Lagi bertambah bau 'harum' dalam bilik ni.

KLIK

Kunci di buka dari luar.Zafri muncul bersama muka kusut.Mesti dia bangun dari tidur.Zafri meraup muka.Nafas berat dihembus.

"Cepatlah zafri aku tak tahan ni"

Sesungguhnya aku sangat terdesak sekarang ni.Zafri membuka ikatan tangan dan kaki aku.Dia memegang lenganku agar aku tidak melarikan diri.

Nampak sahaja pintu tandas di depan mata aku terus berlari masuk ke dalam.Fuh lega.Nikmat sungguh dapat buang air kecil.
Setelah basuh tangan hingga bersih,aku membasuh muka dan berkumur.

Ketika itulah aku teringatkan sesuatu yang sangat penting.Nafas terasa sesak.Aku kelip mata beberapa kali agar air mata tidak mengalir.Tangan kananku mengusap perut.

"Anak Zafri"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro