BAB 1
Aku pandang Zafri yang tidak putus-putus merenung aku dari tadi.Sikit pun tiada riak di wajahnya yang aku nampak hanya kekosongan.Walaupun aku diikat di tangan dan kaki tapi aku tidak berani bergerak walau seinci sekalipun.
Kebenaranian yang ada dalam diri aku hilang begitu saja.Hanya ketakutan yang tinggal.Ketakutan yang makin merebak.Jantung berdegup kencang seolah-olah aku boleh dengar dengupan jantung aku sendiri.
Aku terpana melihat Zafri yang tiba-tiba saja tersenyum.Nampak manis tapi dengan jelas aku boleh nampak kesinisan yang terselit.Zafri berdiri dari tempat duduk.Matanya tak lepas memandang mata aku.
Nafas aku sesak apabila Zafri mencangkung di hadapan aku.Tangannya lembut mengusap pipi aku.Sangat berhati-hati.Bibir aku menjadi mangsa sentuhan Zafri.
"Shhhh jangan nangis"
Sekali lagi aku tersentak,entah sejak bila aku menangis tanpa aku sedar.Zafri menyeka air jernih di pipiku penuh kelembutan.Aku tak rasa tenang malah aku rasa makin takut.Ditambah pula rasa sesak akibat peredaran udara di dalam bilik ini.Aku rasa tersesak.
Zafril mana kau? Tolong aku.Tolong aku Zafril.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro