Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

9

" Sorry,hyung. Tae lambat. " katanya sebelum duduk di hadapan aku. Jam aku tilik, baru lambat 5 minit.

" Tak apa, Tae. Kau lambat 5 minit je bukan 5 jam . Hahaha " jawab aku pula berselang dengan ketawa kecil. Tersipu si Taehyung bila aku gelakkan dia.

Cappuccino yang terhidang di hadapan aku disisip perlahan-lahan. Aku menolak piring yang berisi 3 ketul bomboloni  ke hadapan Taehyung.

" Makanlah. Hyung kenyang. " kataku. Taehyung hanya mengangguk dan mengambil satu bomboloni tersebut dan dimasukkan ke dalam mulutnya. Penuh mulutnya tak mampu nak berkata.

" Makan elok elok lah, budak. " aku berkata setelah melihat gelagat Taehyung tadi. Tisu sekeping aku hulurkan supaya dia dapat mengelap kotoran di sekitar bibirnya.

Taehyung menepuk-nepuk bajunya yang berkesan gula halus dari bomboloni  tadi. Tisu tadi dicapai lalu dilapnya mulut yang comot.

Kini, Taehyung membetulkan kedudukannya. Matanya memandang aku. Seperti ada soalan yang ingin ditanya.

"So? Apa yang nak dibincangkan tu?" soalnya.

Aku menarik nafas panjang lalu menghembuskannya dengan perlahan.

" Adik kau, Jaena. Dia nak buat family gathering. Kalau boleh, kau settlekan lah. Dalam minggu ni juga." kataku.

Taehyung tersenyum kecil lalu mengangguk.

"Boleh, hyung. No hal. " balasnya. Aku tersenyum mendengar jawapannya itu. Kopi yang terhidang di hadapan aku hirup.

--

" Sayang, malam ni kita keluar ya. Kita pergi dating macam yang awak nak. " kata aku kepada si isteri kesayangan, Jaena.

Jaena tersenyum gembira.

" Nak pergi mana? " soalnya dengan ceria membuatkan aku tersenyum melihatnya.

" Kita pergi dinner. " jawabku.

Jawapan aku membuatkan senyumannya bertambah lebar lalu Jaena terus memeluk aku seerat yang mungkin.

" Terima kasih. Saya siap dulu ya. " kata Jaena sebelum melepaskan pelukan lalu bergerak ke bilik untuk bersiap.

Wajahnya begitu ceria. Mampukah aku untuk teruskan hidup tanpa dia selepas ini?

--

" Makanlah sayang. " kata Yoongi si suamiku.

Di hadapan aku, bersaksikan lilin yang menerangi makan malam kami berdua terhidang makanan kegemaran aku.

Semuanya dia tahu.

Nama pun suami kan?

" Sayang cantik sangat malam ni. " kata Yoongi membuatkan pipi aku membahang. Sudah lama rasanya tidak mesra begini.

" Eh abang ni. Mana ada lah. " kata aku perlahan sambil tertunduk malu.

Dah lama tak keluar berdua sejak berkahwin. Maklumlah masing masing sibuk kerja.

Sampailah ke hari ini, apa yang terjadi ada aku.

Sanggup dia mengambil cuti untuk aku. Hanya untuk aku, meluangkan sisa masa yang masih berbaki untuk bersama si suami.

Terima kasih, abang.

--

tbc

will be back with more update soon!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro