Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

4

"Jaga Jaena?" soal Jungkook.

Aku tersenyum kelat. Aku mengangguk.

" Jaena ada tumor dekat otak , Kook. " balasku perlahan. Air muka Jungkook berubah serta merta yang tadinya tersenyum kini menjadi muram.

" Serius? " soalnya seperti tidak percaya. Anggukan daripada aku sebagai jawapan bagi soalannya.

Jungkook memegang bahu aku.

" Jaena macam mana sekarang? " soalnya lagi. Aku menarik nafas panjang lalu menghembuskannya dengan perlahan.

" Tumor  otak yang Jaena hidap ni dah tahap 4. Ketumbuhan berjaya dibuang tapi malangnya dah merebak ke seluruh organ dalaman. " terangku satu persatu kepada Jungkook.

Wajahnya sekali lagi terkejut dengan kenyataan aku.

" Jaena dah tak banyak masa lagi.. " perlahan aku berkata, lalu aku tundukkan kepala aku. Aku tak mahu Jungkook melihat aku menangis.

" Sabar, Taehyung.. Dah takdir. " jawab Jungkook perlahan.

" Yoongi hyung tu suami Jaena. " sambung aku lagi.

"Oh, no wonder lah tadi kau jumpa dia. " jawab Jungkook. Perlahan saja suaranya membalas.

--

" Doktor! Doktor! " suara eomma jelas kedengaran memanggil doktor. Aku mula berlari ke arah bilik Jaena.

" Encik sila tunggu di luar. " kata jururawat kepada aku dan aku hanya akur saja.

Eomma memegang baju aku erat.

" Eomma, kenapa dengan Jaena? " soalku. Eomma tidak berkata apa apa. Cuma air matanya saja yang mengalir.

" Yunmin, kenapa dengan Kak Jaena? " soalku kepada adik bongsuku pula, Kim Yunmin.

" Akak, dia dah bagi respon. Jari dia bergerak. Tu yang eomma panggil doktor. "

Aku menarik nafas lega, seraya itu aku tersenyum mendengar perkembangan positif tentang Jaena.

--

tbc

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro