Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

PROLOGUE

900 Tahun Silam...

"Panglima James, betul ke ini lokasi dia berada?"

"Yang mulia Tuanku, inilah dia lokasi Michael Austin berada..." Balas Panglima James sambil menunduk di hadapan Raja Charles.

Raja Charles Anderson, pemerintah Kota Ambrose bersama dengan angkatan tentera dan juga ketua angkatan tentera, Panglima James Noah kini sedang berada di sebuah gunung.

Dipercayai tempat bersembunyi seorang penjahat yang amat dikehendaki, Michael Austin.

Perjalanan mereka juga ditemani oleh beberapa orang Raja daripada kota lain...seperti Raja Nicholas dari Kota Leronze, Raja Francis dari Kota Mellownia dan Raja Marcus dari Kota Harland.

"Terima kasih kepada kalian semua kerana sudi bersama dengan saya menentang penjahat yang dikehendaki ini para sahabat semua..." Kata Raja Charles kepada semua raja yang mewakili kota masing-masing.

"Tak ada masalah sahabatku, mana boleh kami berdiam diri jika hal ini melibatkan keselamatan seluruh alam Mystical." Ujar Raja Nicholas mesra. Apa salahnya kan menolong kawan sendiri?

"Aku datang sini pun sebab terpaksa! Kalau tak fikirkan keselamatan kota aku, takkan aku datang ke sini..." Sampuk Raja Marcus bernada dingin dan tidak mesra.

Tahu sudah mereka yang raja itu memang seorang yang kasar sejak dari dahulu lagi. Sebab itulah Kota Harland sentiasa gelap je...

Kesemua pemerintah tertawa mendengar kata-kata Raja Marcus.

"Macamlah kami tak biasa dengan kau, risau tapi tak nak mengaku." Sahut Raja Francis dengan nada mengejek.

BOOM!

Tiba-tiba kawasan tanah sekitar gunung tempat mereka berdiri bergegar hebat kerana letupan yang kuat.

Dan tiba-tiba muncul Michael, dari api yang muncul dek kerana letupan yang besar itu.

"HAHAHA! Baguslah kesemua pemerintah kota ada di sini! Dapatlah aku musnahkan kalian semua HAHAHAH!" Ditangan Michael ada dua bebola api yang terapung menanti masa untuk dilepaskan.

"Michael! Baik kau menyerah diri! Jangan cetuskan huru-hara lagi di alam ni!" Jerkah Raja Charles bersertakan amaran keras.

"Aku takkan menyerah! Menyerah tak ada dalam kamus hidup aku, lebih baik korang semua yang menyerahkan diri kalian sebelum nyawa bercerai dari badan..."

"JAMES, MASUK!" Jerit Raja Charles memberikan arahan terus kepada Panglima James.

"INVOCIUM!" Tongkat besi milik Panglima James bertukar menjadi seutas rantai besi yang besar melilit batang tubuh Michael.

"AHH! Apa yang kau cuba buat ni!! Lepaskan aku!"

"Kau telah membuat banyak kesalahan ke atas Alam Mystical!" Dengan kekuatan gagah perkasa, Panglima James menghayunkan rantai besi yang melilit Michael terus ke atas tanah teras bukit itu.

"Aku James Noah, telah diberikan amanah oleh Maharaja Agung Felix dan juga semua pemerintah kota-kota yang wujud di Alam Mystical ini....untuk menghukum kau!"

Panglima James mengangkat tapak tangannya lalu menghalakan ke arah teras gunung tempat Michael terikat di situ..

"Wahai penjaga sakti Gunung Miroculus! Tutupkan teras tanah ini! Hapuskan pengkhianat negara ini! Jangan kau berikan walau sedikit pun ruang untuk pengkhianat ini keluar!! Dengan perintah aku....TUTUP!"

Panglima James menepuk tangannya sekali...dan tanah yang berada di sekeliling teras besar seperti lubang di tengah gunung itu runtuh lalu menimbus Michael yang masih terikat dengan rantai di dalamnya.

"TIDAK! TIDAKK!! Aku...akan...KEMBALI LAGI!" itulah suara terakhir yang terdengar sebelum tanah itu menutupi teras lalu gunung kembali rata semula seperti tiada apa yang berlaku...

Panglima James mendarat di atas tanah lalu dia menyeru nama tongkatnya.

"Colt, munculkan diri kau." Hanya sekali seru, lalu tongkat besi itu menjelmakan diri dan berada tepat di tangan Panglima James.

"Tuanku...pesalah telah dihapuskan..." Panglima James duduk melutut dihadapan Raja Charles dan juga para pemerintah lain.

"Kalian semua...marilah kita bersama-sama membuat benteng pertahanan untuk gunung ini..biar tiada sesiapa pun yang akan datang kesini...membebaskan pengkhianat tu..." Raja Charles berucap dengan serius dihadapan para raja-raja.

Setelah mendapatkan sokongan, mereka semua membentuk satu bulatan...kemudian mereka membawa satu ayat yang tidak diceritakan dan akhirnya gunung itu ghaib dengan sendirinya...

"Semoga pesalah yang telah dihukum di dalam gunung itu tidak akan keluar semula.." ujar Raja Charles sebelum mereka semua mengundur diri untuk pulang ke tempat tinggal masing-masing termasuk Panglima James.

Tanpa disedari, ada seseorang yang sedang memerhati di sebalik hutan dan gunung...dia menyaksikan kejadian penuh bagaimana Michael dihukum dan ditimbus ke dalam tanah gunung.

"Ayah..."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro