CHAPTER - 5
"Darrel, awak masih lagi cemburukan Blake ke?" Soal Jessica.
Waktu siang telah melabuhkan tirai, dan sekarang malam pula telah membuka tirainya.
Darrel sedang duduk bersantai di atas rumput halaman rumah sambil melihat bintang di langit.
"Tak adalah, saya tak cemburu pun."
"Habis kalau bukan cemburu, benda apa? Saya nampaklah pandangan mata awak siang tadi."
"Hehehe, sebenarnya saya cemburu sebab dia nampak rapat dengan awak je. Lagipun tak ada sebab saya nak terus merajuk dengan lama-lama, dialah kawan terbaik saya..."
"Sepanjang saya mengembara bersama, tak pernah saya rasa saya dalam kesusahan. Kami saling membantu antara satu sama lain."
"Jadi...lamalah awak mengembara dengan Blake?" Soal Jessica lagi.
"Ye, sebenarnya dia memang banyak mengajar saya tentang menjadi pengembara. Saya-" menyedari seperti dia hampir bercakap sesuatu yang tak sepatutnya, Darrel cepat-cepat dia memotong ayatnya tadi.
"Jadi kami memang tak pernah cemburu. Kalau ada sekalipun, memang sekejap je." Sambung Darrel seperti tidak menyembunyikan apa-apa.
Jessica pula memang tak perasan, mungkin dia rasa yang Darrel tersalah ayat kot. Sebab tu dia tukar.
"Oh patutlah pun, eh tapi kenapa awak buat dia macam tu? Kesian dia awak tinggal dia sorang-sorang."
"Manalah saya tahu! Saya cakap nak belanja, tiba-tiba saya periksa beg duit saya tengok-tengok tak cukup. Saya cuma...tinggalkan dia je hehe." Ujar Darrel dengan sengihan bodoh di akhir ayat.
Jessica menggelengkan kepala, tak patut..tak patut...
"Memang sepatutnya dia marah dekat awak pun! Kalau tahu tadi, tak nak saya tolong. Biar je awak kena cekik dengan Blake sampai muka berubah jadi warna pelangi. Tak jujur! Werk!" Sembur Jessica sebelum menjelirkan lidah dan terus masuk ke dalam rumah.
"Aduh...sejak kebelakangan ni memang aku selalu kena tembak dengan semua orang ke? Ingat nak raih simpati, balik-balik kita pula yang kena...penatlah macam ni! Slebew betul..." Darrel mengerutkan keningnya.
Payah sungguh nak menang dengan perempuan.
Kan para lelaki?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Alan...aku rasa ramalan yang kau pernah buat dulu akan berlaku tak lama lagi." Panglima James memandang Alan yang sedang menulis preskripsi ubat untuk diberikan kepada pesakit.
Hampir semalaman Panglima James pergi ke Kota Mellownia. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk berjumpa dengan Alan Graham, seorang perawat, peramal dan juga sahabat baik Panglima James.
"Ramalan tak semestinya akan berlaku James...kau sepatutnya tahu semua tu." Balas Alan tanpa ada niat nak senyum.
Orangnya serius, walaupun seorang perawat perlu murah dengan senyuman, tetapi sebaliknya pula pada Alan. Dia sangat dingin, tetapi kalau pasal merawat orang, memang dia terbaik!
Dia berkhidmat hampir seluruh hidupnya hanyalah untuk merawat orang ramai yang memerlukan pertolongan malahan askar diraja juga turut dirawatnya.
"Aku cakap bukan sekadar suka-suka, tapi aku nampak dengan mata aku sendiri. Dalam ramalan kau ada cakap yang, pemerintahan sebuah kota akan menjadi huru-hara kerana perasaan tamak...benda tu dah berlaku Alan." Kata Panglima James tanpa menatap ke arah Alan.
Alan mengangkat wajahnya semula, "Apa yang kau cakap?"
"Ye Alan...dah berlaku, di kota aku... Permaisuri Ariana dah mula pentingkan diri sendiri. Dia keluarkan undang-undang baru tidak membenarkan pengemis-pengemis mendapatkan walau satu pekerjaan di bandar. Alasannya adalah, takut orang luar yang datang berdagang jijik melihat pengemis tu..." Terang Panglima James dengan perasan risau.
"Tak mungkin...jadi kau cuba nak cakap yang..."
"Ya...akan ada pihak yang mahu menakluk Alam Mystical...dia nak kuasai kesemua tanah jajahan dan juga kota yang ada. Ini buktinya.." Panglima James membuat lukisan bulatan menggunakan jarinya di udara.
Serta merta muncul visual seperti bayangan menunjukkan sebuah Kota yang sedang membuat persediaan sesuatu.
"Alam Mystical dalam bahaya Alan,"
Alan semakin bertambah risau.
"Aku ingat, dengan membuat perjanjian perdamaian dengan semua kota di alam ni akan membuatkan kita hidup aman dan tiada peperangan lagi...tapi, apa yang berlaku dalam bayangan ni...tak seperti yang diharapkan."
"Alan, kita kena buat sesuatu. Tolong aturkan persediaan dari segi herba perawatan. Aku takut perang akan meletus pula..." Kata Panglima James dengan serius tanpa sebarang gurauan.
"Baiklah...aku akan cuba usahakan, tapi aku harap, benda ni takkan terjadi." Kata Alan sambil tapak tangannya mengusap wajahnya sendiri.
Panglima James mengangguk perlahan, "Aku pun harapkan benda yang sama."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Malam itu, Panglima James dalam perjalanan untuk pulang ke Kota Ambrose selepas berjumpa dengan Alan.
Untuk ketika ini, dia lebih memilih untuk berjalan kaki seorang diri tanpa ada pengawal iringan. Niat dia mahu melihat pemandangan malam yang indah.
Cuma kadang-kadang dia malas tunggu, dia akan terus teleportkan diri dia saja ke tempat yang dia mahu.
"James...lama kita tidak berjumpa kawan."
Panglima James terdengar suara seseorang datang dari sebalik rimbunan pokok hutan yang tebal.
"Huh...tak payah kau nak bersembunyi belakang pokok-pokok tu 'Panglima Syaitan'...aku kenal kau." Panglima James menghela nafas kasar.
Setelah itu, munculnya seorang berpakaian seperti seorang panglima sama seperti Panglima James tetapi lebih ganas daripada dia.
Itulah dia Thomas Austin, 'Panglima Syaitan' yang boleh membuatkan seseorang gerun hanya dengan memerhati rupanya sahaja.
"Ingatan kau cukup baik untuk cam aku ye James..."
"Apa lagi yang kau nak?" Tanya Panglima James tidak mahu berlama-lama dengan Thomas.
Mereka memang bermusuh sejak sekian lama...
Panglima James tak lah berdendam apa pun. Cuma Thomas saja yang menyimpan dendam...disebabkan peristiwa lama..
"Macam apa yang aku cakap dulu, aku nak hancurkan seluruh Alam Mystical..." Ujar Thomas dengan nada yang sangat dalam.
"Kau nak hancurkan? Kau lupa ke siapa yang berdiri di depan kau sekarang ni? Aku takkan benarkan sesiapa pun...hancurkan alam ini..." Kata Panglima James yang juga turut sama dalam nadanya.
"Kau jangan lupa Thomas...bapa kau lah punca dendam yang ada dalam diri kau sekarang...jangan salahkan orang lain." Tambah Panglima James dengan nasihat di akhir kata.
"Ah! Aku tak peduli...sebabkan kau dengan raja-raja Mystical, aku takkan sengsara macam ni! Hidup aku takkan menderita tanpa merasa kasih sayang seorang ayah!"
"Mystical hampir hancur disebabkan bapa kau Thomas...kalau kami tidak menghentikan dia, apa yang akan jadi pada Mystical...kau pun mungkin akan terbunuh sama Thomas..."
"Heh...alasan keji! Kau dengar sini James...suatu hari nanti, aku akan bunuh kau dengan tangan kau sendiri! Dan seluruh Alam Mystical aku akan hancurkan...itu sumpahan aku pada kau! HAHAHAH!"
Thomas ketawa dengan nada yang menyeramkan sebelum seluruh tubuh badannya bertukar menjadi segerombolan kelawar yang terbang membelah kegelapan malam.
Panglima James kelihatan tenang, namun dia masih tidak dapat menyembunyikan rasa gelisah yang ada di dalam jiwanya.
"Hari itu akan tiba Thomas..." Gumam Panglima James, sebelum dia berangkat pergi dari situ
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro