CHAPTER - 26
"Sedapnya! Nampak menyelerakan!" Jessica bersuara dengan teruja sambil melihat makanan-makanan yang terhidang di meja hidangan itu.
"Awak memang suka makan ke Jessica?" Soal Darrel pada Jessica dengan sengihan nipis.
Geli hati dia melihat Jessica begitu menyukai makanan. Dah macam budak-budak yang baru dapat manisan.
"Saya suka! Terutamanya yang pedas dan manis!" Kata Jessica kemudian matanya menjadi bertambah bersinar melihat meja hidangan bersebelahan meja tadi.
"Manis!" Kemudian Jessica hampir nak menjerit kemudian mulutnya ditutup oleh Panglima James.
"Ingat sikit Jessica, kau tu walaupun tak macam bonda tiri kau tu, tapi kau kena ingat...yang kau tu anak Raja Alexander. Jaga tingkah laku kau tu. Ingat sikit." Panglima James melepaskan tangannya dari mulut Jessica sebelum berjalan ke arah Permaisuri Grace.
Nampak macam ada benda penting.
Jessica nampak hilang sikit mood terujanya tadi. Memang ada betulnya juga kata Panglima James.
Dia adalah anak Raja Alexander, merupakan pemerintah yang dikenali ramai, kalau dia buat perangai begitu...sama sajalah seperti dia memburukkan nama ayahandanya di depan semua orang.
"Jangan ambil hati cakap James tu Jessica. Dia sayangkan kau, cumanya kebelakangan dia tengah hadapi masalah sikit. Harapnya kau fahamlah ye." Alan pula muncul menjelaskan pada Jessica.
Jessica mengangguk kemudian dia kembali tersenyum.
"Pergilah makan. Masam muka nanti makin tua pula jadinya." Pesan Alan sebelum dia pergi mengikuti Panglima James menemui Permaisuri Grace.
"Jom makan!" Kata Jessica sebelum dia mengambil makanan dan terus ke meja makan untuk menikmati hidangan tersebut.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Jadi korang nak cakap yang Lucas menangkap Jessica dan Darrel." Soal Permaisuri Grace pada Panglima James dan Alan.
Mereka bertiga sekarang sedang berbincang di meja sudut paling hujung sekali dimana orang tidak akan mendengar apa yang mereka bincangkan.
"Betul, aku dengan Alan sendiri yang datang ke Kota Leronze untuk selamatkan diaorang berdua. Ada juga bantuan dari kawan Darrel yang lain." Balas Panglima James sambil meneguk air anggur yang dituang ke dalam cawan.
"Melampau betul, dia tak sedar ke siapa yang dia tangkap!" Kata Permaisuri Grace dengan sedikit emosi.
Sejak Raja Lucas naik takhta, memang perhubungan Kota Leronze dengan kota Mystical yang lain menjadi dingin. Dek kerana sikapnya yang angkuh.
"Dan aku rasa sekarang ni dia tengah aturkan sesuatu untuk menangkap Darrel. Sebabnya Lucas tu memang berdendam daripada dulu lagi dengan keluarga Darrel, kau pun tahu kan macam mana Evan Clifton dituduh jadi pengkhianat dulu." Jelas Alan pula sebelum dia menyelak halaman tengah buku diari peramalnya.
"Tapi memang aku cakap awal, aku tak percaya Evan jadi pengkhianat, dia tu kawan baik aku. Kitaorang sama-sama bersaing nak menjadi ketua angkatan tentera kota masing-masing. Aku kenal dia macam mana, takkanlah dia sanggup nak khianati raja dan rakyat. Aku rasa, ada orang lain yang terlibat..." Jelas Panglima James sambil mendekatkan wajahnya kepada Permaisuri Grace.
Dia tidak mahu ada orang yang mendengar perbincangan mereka. Ini adalah hal yang amat penting.
"Baiklah, aku akan cuba usahakan untuk siasat semula tentang perkara ni. Aku yakin Evan memang tak bersalah." Alan bangkit untuk ke tempat lain setelah dirasakan perbincangan mereka telah selesai.
"Aku rasa, Lucas mesti ada perancangan lain yang dia dah aturkan. Aku akan cuba untuk cari kalau William terlibat sama." Panglima James pun turut sama bangkit dan meninggalkan Permaisuri Grace.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Setelah menghabiskan hidangan, Jessica duduk di bahagian balkoni istana untuk melihat pemandangan sungai Kota Mellownia yang indah.
"Cantik pemandangan malam." Tanya dia kepada Jessica. Dia juga kebetulan datang ke balkoni itu untuk melihat pemandangan malam yang luas itu.
"Ha'ah, memang cantik-" Jessica terputus kata apabila dia melihat siapa yang berada di hadapannya sekarang. Bukanlah ketakutan tapi lebih kepada terkejut.
Berpakaian jubah hitam seperti orang kehormat. Dengan renungan matanya membawa sedikit aura kegelapan.
(Dylan D'Arthur. Imej gambar telah diubah, boleh rujuk gambar ni sebagai karakter Dylan)
"A-awak ni siapa?" Jessica sedikit terundur ke belakang kerana gementar melihat Dylan.
"Saya? Dylan D'Arthur, pemerintah Kota Valeria. Selamat berkenalan Jessica Georgiana, anak Raja Alexander." Ucap Dylan dengan senyuman sinis.
"Jangan takut, saya tidak suka menganggu perempuan seperti awak, saya cuma nak berkenalan saja." Tambah Dylan lagi.
Jessica berasa tidak begitu selesa apabila bersama dengan Dylan sekarang ini, penuh dengan aura kegelapan.
Sejak dari makan malam tadi lagi dia perasan dengan kelibat Dylan sedang duduk seorang diri di meja. Tiada seorang pun yang nak bercakap dengannya.
"Awak dah tahu nama saya, tak perlu saya terangkan lagi." Jawab Jessica dengan nada tak kalah dingin. Dia tidak mahu Dylan melihat dia sebagai seorang yang penakut.
"Tapi saya nak berkenalan dengan lebih dalam, manalah tahu ada peluang untuk...ruang dalam hati awak untuk saya?"
Muka Jessica dah berubah, sebelum Dylan bercakap lebih lagi, baik dia pergi dari situ.
"T-tak apalah Dylan, saya pergi dulu." Belum sempat Jessica mahu pergi, Dylan memegang tangan Jessica dengan kuat.
"Sekarang mungkin awak tak sudi...saya akan cuba sampailah awak sudi..." Ucapan Dylan tu mempunyai maksud lain yang Jessica sendiri tak dapat nak fahami.
Tiba-tiba ada satu tangan lain menghalang Dylan dari terus memegang tangan Jessica.
"Jangan sentuh dia. Dia milik aku." Darrel terus berdiri di hadapan Jessica sekaligus berhadapan dengan Dylan.
"Hero kita pun ada? Apa khabar, anak pengkhianat..." Dylan memandang sinis pada Darrel. Dia mengancam Darrel dengan kata-kata yang menghina keluarga.
"Jangan cari pasal Dylan, kau ingat kau pemerintah Kota Valeria aku takut?" Darrel juga membalas tak kalah sinis dengan Dylan.
"Heh, orang hina macam kau...tak layak bersuara dengan aku. Sudahlah ayah pengkhianat, anak pula jadi pengembara miskin. HAHAHA!" Dylan ketawa besar setelah puas menghina Darrel sebegitu rupa.
"KAU JANGAN MELAMPAU DYLAN!" Hampir saja Darrel hendak memukul Dylan tetapi dihalang oleh Jessica.
"Sabar Darrel, jangan macam ni. Nanti apa pula kata orang..." Nasihat Jessica sedikit sebanyak berjayalah juga membuatkan Darrel diam tetapi kemarahannya masih lagi ada.
"Kalau nak berlawan mulut, kau cari orang yang salah Dylan." Liam sedari tadi memerhatikan Darrel hampir saja bergaduh dengan Dylan pun datang menghampiri mereka.
"Oh, Liam. Bekas sahabatku, lama tidak berjumpa ya. Masih hidup? Aku ingatkan dah mati." Dylan pula memandang remeh pada Liam.
Liam tertawa kecil, memang dia dan Dylan kenal antara satu sama lain. Tetapi mereka tidak pernah sehaluan, disebabkan sikap Dylan yang pemarah dan juga dingin.
"Sekurang-kurangnya aku tak macam kau. Menghina orang sedangkan kau sendiri sama je taraf macam kami semua." Liam tersenyum sinis sambil mendekati Dylan.
"Pandang cermin dulu sebelum kau hina sahabat aku..." Kata Liam dengan suara perlahan. Tetapi cukup jelas untuk Dylan, Darrel dan Jessica untuk mendengar.
"Liam...jangan lupa yang aku tahu kelemahan kau, jangan cabar aku..." Dylan menolak tubuh Liam sehingga dia hampir terjatuh tetapi disambut oleh Darrel.
"Sedar diri kau Liam. Lemah..." Dylan kemudian pergi meninggalkan mereka di balkoni itu.
"Kau tak apa-apa?" Soal Darrel pada Liam selepas memastikan dia tidak jatuh dari ditolak tadi.
"Aku ok, yang penting kau Darrel. Jangan mudah terpedaya dengan orang macam Dylan tu. Dia sengaja nak permainkan emosi kau." Nasihat Liam sebelum dia berjalan perlahan-lahan meninggalkan Jessica dan Darrel.
"Betul cakap Liam tu awak, kawal sikit emosi awak. Nanti awak yang rugi Darrel." Kata Jessica yang turut bersetuju dengan Liam.
"Huh...maafkan saya Jessica."
"Tak perlu minta maaf, yang salah Dylan. Bukan awak." Balas Jessica dengan senyum manisnya.
Mereka berdua kembali memandang ke arah sungai, mereka sambung melihat semula pemandangan malam yang indah itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro