CHAPTER - 23
"Selamat pagi Darrel." Jessica keluar dari dalam rumah ke anjung dan dia melihat Darrel sedang mengasah pedangnya dengan batu.
Pedang itu terapung dengan sendirinya, bukan Darrel yang tolong pegangkan.
"Pagi! Awalnya bangun, macam mana tidur?"
"Ok, sejuk sikit. Dekat tempat salji kan. Eh, mana Blake dengan Liam?" Tanya Jessica sambil mencari kelibat Fist, binatang comel yang dia puas bermain semalam.
"Liam keluar sekejap, pergi beli barang di bandar. Blake, tak usah tanyalah. Dia tu bangun pun belum."
"Hahaha! Kuat tidur rupanya Blake tu ya."
"Itu yang awak tak tahu! Kalau Blake tu dah penat sangat, dia boleh tidur dua hari tau. Biasa orang tanya, 'pukul berapa ni?' Blake tu lain sikit, dia siap tanya 'hari apa dah wey?' ha! Sampai macam tu sekali lah." Terang Darrel sambil menggelengkan kepala.
Jessica tertawa, geli hati mendengar cerita Darrel. Senang sungguh dia buka aib kawan baik sendiri.
HAHAHAH! Ni kelakar.
"Seronok kan, ada kawan macam Blake tu. Awak berdua bebas kesana sini, pergi mengembara. Saya ni dari kecil duduk di istana, kem tentera dan sekitar Kota Ambrose je. Tak pernah pergi mana-mana pun."
"Tak apa eh, nanti dah kahwin dengan saya, awak nak pergi Alam Fairytale pun saya bawa." Kata Darrel sambil senyum manis ke Jessica membuatkan gadis itu cair melihatnya.
"IKUT KAMI KE ISTANA KOTA LERONZE SEKARANG!"
Terkejut Jessica dan Darrel tatkala mendengar jerkahan kuat itu. Dan secara tiba-tiba muncullah sekumpulan askar Kota Leronze seramai 10 orang atau lebih.
Muncullah si ketua kepada askar tadi.
"Kami diarahkan oleh Raja Lucas untuk membawa kamu berdua ke istana sekarang!" Ketua kepada askar itu memberi arahan.
Tidak sempat Jessica dan Darrel mahu bertindak, mereka telah ditembak dengan anak panah kecil yang mengandungi sejenis herba yang boleh buatkan seseorang itu menjadi tidak sedar diri dan pengsan.
Jessica dan Darrel pengsan serta merta. Tubuh mereka berdua diikat dan dibawa masuk ke dalam kereta kuda. Kumpulan askar itu terus meninggalkan rumah Liam begitu sahaja.
Tepat setelah kelibat mereka hilang. Muncullah Blake yang baru bangun dari tidur.
"Sejuknya! Manalah Darrel dengan Jessica ni? Darrel! Nak main sorok-sorok esok lain kalilah! Aku malas nak cari!" Puas Blake memanggil nama Darrel tetapi tiada siapa pun yang menyahut.
Tiba-tiba,
'Aku dengan Jessica telah ditangkap oleh askar Kota Leronze. Carikan bantuan.'
Blake terkejut, dia dapat mendengar suara itu. Kemudian dia mengangguk dan mengerti.
"Ini suara hati Darrel...dia takkan gunakan kuasa ni kalau dia dalam keadaan tak terdesak. Aku kena cari Liam." Wajah Blake bertukar serius. Dia terus meluru ke dalam rumah untuk bersiap.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"James, bila kau datang ni?" Alan masuk ke dalam rumahnya dan mendapat Panglima James tiba-tiba sudah duduk di meja makan dengan segelas air kopi pelangi.
"Aku...tak sedap hatilah, dari semalam lagi tidur aku tak lena..." Kata Panglima James dengan wajah yang gelisah.
Alan cuba juga untuk mengesan sesuatu dalam minda Panglima James tu, apa yang dia fikir sampai gelisah macam ni?
"Oh, kau risaukan Jessica dengan kawan-kawan dia tu eh?" Alan tersenyum sebelum dia mengambil tempat duduk di sebelah Panglima James.
Dia memetik jari dan automatik munculnya secawan kopi pelangi sama macam Panglima James.
"Tak apa, kejap lagi aku cuba tengokkan dekat mana diaorang pergi. Janganlah risau-"
'Pakcik Alan, tolong Darrel dan Jessica! Diaorang kena tangkap dengan askar Kota Leronze. Tolong datang ke sini segera!'
Alan terus terbangun kerana mendengarkan suara hati seseorang itu.
"Suara Blake..." Alan dari senyum bertukar serius.
"Aku pun dengar juga.." sahut Panglima James.
"Kita kena bersiap sekarang, bahaya kalau diaorang tiba-tiba kena tangkap macam tu." Kata Alan sebelum mereka berdua berjalan terus ke luar pintu rumah.
Apabila melangkah saja ke pintu rumah, pakaian Alan tadinya pakaian biasa terus bertukar menjadi baju sejuk.
(Baju Alan)
Manakala Panglima James tidak memerlukan apa-apa baju sejuk. Dia hanya memakai set baju rasmi yang selalu dipakainya jika ingin ke kota seberang untuk urusan rasmi.
(Baju Panglima James)
"Mari kita pergi. Portalios!" Alan mencampakkan serbuk emas dan terhasillah satu portal ke satu tempat lain.
Tanpa berlengah, terus mereka masuk ke dalam portal itu dan tertutup pintunya. Keadaan menjadi sunyi seperti biasa semula.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Urgh...dekat mana kita ni..." Darrel menggeleng-gelengkan kepala kerana terasa pening selepas sedarkan diri.
"Kita dekat istana Kota Leronze.." kata Jessica yang sudah lama sedar daripada pengsan.
(Istana Kota Leronze)
"Sedar pun kamu Darrel Clifton!" Raja Lucas, pemerintah Kota Leronze bersuara daripada atas singgahsana.
Mereka berdua sekarang telah diikat di tangan dengan kedudukan melutut menghadap Raja Lucas.
"Tuanku, apa salah kami! Kenapa tangkap kami begini?" Soal Jessica dengan rasa tidak percaya. Mereka baru sahaja sampai di kota ini, sudah dilayan dengan cara macam ni.
"Aku yakin kamu sudah tahu tujuan aku menangkap kamu berdua. Aku tidak mencari kamu Jessica, anak Permaisuri Mariana. Aku mencari budak ini, Darrel Clifton..." Raja Lucas bangun dan meletakkan kedua tangannya di belakang.
"Angkara bapa kamulah Kota Leronze huru-hara dulu...dan masa itulah aku bersumpah akan memburu seluruh keturunan Clifton!" Raja Lucas berjalan ke arah Darrel.
"Dan aku akan pastikan, keturunan yang pernah buat salah tu takkan wujud lagi dekat dunia ini..."
"Pengawal! Bawa mereka berdua ke penjara dan kurung mereka!" Arah Raja Lucas.
Pengawal istana itu menarik Jessica dan Darrel untuk bangun dan memaksa mereka untuk dibawa ke penjara.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
3 jam kemudian, Liam datang ke istana Kota Leronze dengan niat nak bertemu dengan Raja Lucas.
"Tuanku." Liam sekadar menunduk hormat di hadapan Raja Lucas. Dia tidak suka melutut di hadapan orang walaupun dia raja.
"Ha, Liam Phineas. Lamanya Pakcik tak nampak, apa tujuan kau datang ke sini?"
Liam kan anak dari kerabat diraja, sebab itulah Raja Lucas suka gelar dirinya sendiri pakcik di hadapan Liam. Tetapi mereka tidaklah begitu rapat.
"Saya nak Tuanku bebaskan Jessica dan Darrel daripada penjara. Ingat saya tak tahu ke yang Tuanku arahkan askar untuk datang ke rumah saya dan tangkap mereka berdua?" Liam tidak terniat sedikit pun nak senyum.
Dia amat tidak suka dengan Raja Lucas yang perangainya tidak habis-habis fikir yang dia saja betul. Sekali dengar cakap orang luar, terus dia percaya.
Dan Liam dapat tahu semua itu dari Blake, dia balik rumah dan Blake menceritakan semuanya tentang apa yang dah berlaku.
"Oh, tidak semudah itu..maaf Liam, pakcik tak dapat nak tunaikan permintaan kau. Pakcik terpaksa tahan pengkhianat Kota Leronze itu bersama dengan rakan subahatnya dalam penjara." Balas Raja Lucas dengan nada angkuhnya.
"Apa hak Tuanku ya, nak tangkap kawan saya? Jangan lupa, ayah saya pernah pesan pada Tuanku supaya jangan diapa-apakan Darrel. Dia tu merupakan pelindung Kota Leronze!" Suara Liam mula tinggi kerana tidak tahan dengan sikap angkuh Raja Lucas.
"Kau diam Liam! Itu semua kata-kata ayah kau, sekarang dia pun dah mati. Tertanam dalam tanah dah pun. Lagipun, siapa yang menjadi raja Kota Leronze sekarang? Aku kan? Apa hak kau pula nak mengarah aku?" Raja Lucas juga turut melawan kata-kata Liam.
Raja Lucas tahu Liam seorang yang agak bijak, dia berusaha untuk menang dari segi kata-kata melawan lelaki itu.
"Janji mesti ditepati Tuanku...bukan untuk dilanggar begitu saja. Buruk padahnya nanti, dan disebabkan Tuanku menjadi raja, Kota Leronze menjadi hampir mati! Salji turun tanpa henti."
"Sebelum Tuanku memerintah, pada zaman Raja Nicholas, semuanya indah. Tumbuhan hidup dengan subur, dimana keindahan tu selepas Tuanku memerintah? Kosong!" Hentam Liam lagi dengan kata-kata pedihnya.
Raja Lucas mengerutkan dahinya, dia turun dari singgahsana ke arah Liam. Bahu lelaki itu dipegang.
"Liam...kau kena tahu satu benda...KAU BUKAN RAJA!" Secara tiba-tiba Raja Lucas mengeluarkan penumbuk dan menumbuk perut Liam sehingga pemuda itu jatuh tersungkur atas lantai.
Liam terbatuk-batuk, ada darah yang keluar daripada mulutnya. Lalu dilap dengan tangan yang terketar-ketar kerana menahan sakit.
"Lemah, baru sikit dah jatuh." Ejek Raja Lucas dengan senyum sinis.
"Huh...Tuanku terlalu angkuh...jangan sampai keangkuhan Tuanku memakan diri sendiri..." Liam bersuara dengan perlahan kerana sedang menahan sakit.
Lalu dia bangkit dengan perlahan, mukanya berkerut memandang Raja Lucas.
"Saya lagi berharap Kota Leronze tidak mempunyai raja...daripada ada raja tetapi berfikiran sempit dan zalim..."
"BERAMBUS KAU DARI ISTANA AKU!" Raja Lucas menghalau Liam untuk pergi.
"Tak payah cakap, aku memang nak pergi dari neraka ni..." Dengan perlahan Liam berjalan keluar dari dewan istana ke luar.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro