Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER - 21

"Dan rumah ini, adalah rumah...keluarga saya." Darrel duduk bersila di atas lantai kayu dengan wajah dingin.

"Dulu, sewaktu saya masih kecil. Rumah ini adalah rumah yang paling bahagia. Dipenuhi dengan ahli keluarga yang sentiasa ceria." Darrel membuka mulutnya dan menceritakan kisah ini.

Manakala Jessica dan Blake lebih banyak mendengar dari bercakap.

"Ahli keluarga saya, Nenek, atuk, pakcik, makcik, ayah, mak dan juga dua orang abang saya...ayah saya merupakan panglima yang selalu mengetuai peperangan di Kota Leronze ini..."

"Namun pada suatu hari..."

.
.
.
.

Darrel yang ketika itu berusia 7 tahun berlari ke bangunan sebelah rumah dia. Iaitu tempat perjumpaan peribadi ayahnya jika ada orang yang datang ke rumah.

Darrel berniat ingin memanggil ayahnya untuk makan malam, tetapi dia terdengar perbualan antara ayahnya dengan orang lain. Dia segera menuju ke belakang pintu kayu yang itu dan mengintai dari celah lubang kecil.

"Ada apa korang semua datang ke rumah aku ni?" Soal Evan Clifton, bapa kepada Darrel.

Dia menerima kedatangan daripada seseorang dan juga dia diiringi oleh 3 ke 4 orang lain.

"Aku masih dengan tujuan yang sama Evan. Aku nakkan kerjasama kau, kalau kau setuju...kita boleh takluk kota-kota besar ini dengan mudah." Kata seseorang itu dengan senyuman diwajahnya.

"William, aku takkan setuju dengan tawaran kau tu. Cukup-cukuplah, aku takkan terhasut untuk buat kerja kotor kau tu. Lagipun, aku takkan sesekali khianati Raja Lucas dan juga rakyat Kota Leronze." Evan menolak tawaran itu dengan keras. Dia mendekat wajahnya ke William.

"Aku..lebih rela mati daripada khianati rakyat dan raja aku..." Kata Evan muktamad dengan keputusannya.

"Keluar dari rumah aku, dan aku akan laporkan perkara ini kepada Raja Lucas. Aku takkan biar kau musnahkan Mystical..." Arah Evan sebelum dia berpaling ke belakang untuk kembali menulis surat kepada Raja Lucas.

Srak!

Tiba-tiba, William bertindak menikam belakang Evan dengan pedang yang diambil dari anak buahnya.

"Baik...ini yang kau minta, jangan cakap aku tak pernah beri kau peluang..." Kata William dengan nada perlahan sebelum dia bertindak menusukkan pedangnya dengan lebih dalam ke belakang Evan.

Evan rebah ke lantai, mukanya berkerut menahan sakit. Darah tersembur keluar dari mulut, pandangannya menjadi kabur.

"H-haha...k-kau fikir kau dah menang William...suatu...hari nanti, akan ada orang lain yang akan halang...n-niat jahat kau, i-iti sumpah aku...pada kau.."

Itulah kata-kata terakhir Evan sebelum matanya tertutup rapat dan tidak lagi bergerak.

Darrel yang melihat pembunuhan ayahnya hampir saja menjerit, tetapi dia bijak. Dia menutup mulutnya bagi mengelakkan dirinya dari diketahui oleh mereka yang berada di dalam sambil air matanya mengalir keluar.

"Hmph, Evan...bodohnya kau sebab tolak tawaran yang boleh menguntungkan kau. Sekarang ni, kau dah mati, hehehe..." William tertawa sinis sebelum dia memandang ke arah orang suruhannya.

"Bunuh semua ahli keluarga di rumah ni, sebarkan berita yang Evan Clifton...telah mengkhianati rakyat Kota Leronze dengan bekerjasama dengan musuh..."

"Baik tuan." Orang suruhan itu mengangguk sebelum dia dan 4 orang lagi keluar dari bangunan itu.

Darrel pula dia bersembunyi di sebalik pintu, dia tidak dikesan oleh sesiapa pun. Dia tidak dapat berbuat apa-apa.

Walaupun dia hanya budak kecil sahaja, tapi dia tahu akan risiko yang bakal dia hadapi jika dia keluar.

Kemudian William juga keluar dari bangunan kayu bersebelahan rumahnya itu.

Darrel seolah-olah trauma, dia menangis tanpa mengeluarkan bunyi. 1 jam dia duduk sambil memeluk lututnya kerana dia terlalu takut untuk berbuat apa-apa.

Ye lah, dia seorang budak umur 7 tahun. Walaupun dia bijak, dia takkan berdaya nak bantu apa-apa.

Dia juga terdengar jeritan yang datang daripada rumah keluarganya itu. Sesuatu telah berlaku pada keluarganya, yang paling dia risau adalah ibunya. Darrel takut berlaku sesuatu yang tidak baik kepada dia.

.
.
.
.

"Lepas je keadaan dah reda, saya pun keluar dari tempat sembunyi ke rumah..." Darrel meneruskan lagi ceritanya dengan air mata mengalir.

Dia cukup terkesan dengan peristiwa sehingga membuatkan dia menangis setiap kali teringatkan peristiwa hitam itu.

"Dan bila saya masuk je ke dalam rumah...tiada benda lain yang saya nampak, selain daripada...darah dan mayat bergelimpangan..." Darrel mengeluarkan air matanya semakin deras kerana memorinya terlihat di setiap sudut rumah seperti seakan-akan terjadi sama seperti dalam ceritanya tadi.

Ada mayat bergelimpangan dan darah penuh merata tempat.

"Mayat Nenek, atuk, abang-abang saya...dan paling saya tak boleh nak lupakan...adalah saya ternampak mak yang saya sayangi...dah mati dalam keadaan leher dia yang dah dihiris dengan sesuatu yang tajam..." Darrel menekup mulutnya sendiri, dia tidak sanggup nak teruskan penceritaan.

Jessica dan Blake hanya mampu merasa simpati dengan nasib yang menimpa Darrel.

Blake sudah semestinya tahu tentang kisah ini kerana dia dan Darrel memang bersahabat sejak kecil.

"Saya...saya rasa dunia saya gelap. Saya buat keputusan untuk keluar dari kota ni dan mulakan hidup baru di Kota Mellownia. Dekat situlah saya jumpa Blake." Sambung Darrel lagi sambil mengusap air matanya.

"Jadi, sebab itu ke awak selalu mengelak dari ceritakan benda ni pada saya?" Tanya Jessica sambil tangannya memegang bahu Darrel.

"Ya, berat sangat benda ni saya nak ceritakan. Dan bukannya senang, nak ingatkan semula kisah lama...saya sedih, bila terkenangkan semula wajah yang paling saya benci...kerana dialah keluarga saya terbunuh..."

"Dan saya, saya...hanya mampu menangis dan tak boleh buat apa-apa..." Sekali lagi air mata Darrel mengalir keluar tanpa henti.

"Jangan menangis...bukan salah awak. Apa yang ayah buat dulu tu memang betul, dia bernasib baik sebab tak menerima tawaran dari William yang menyuruh dia buat kerja terkutuk tu.." kata Jessica sambil jarinya mengusap air mata yang turun dari pipi Darrel.

"Tapi...walaupun dia tak buat, nama keluarga saya tetap juga buruk kerana ada berita timbul yang mengatakan ayah saya mengkhianati Kota Leronze dan bekerjasama dengan musuh...saya bencikan William..."

Darrel memandang sudut yang kosong dimana tempat ibunya mati dengan pandangan benci dan marah.

"Kita akan tuntut bela kematian ahli keluarga kau Darrel." Tiba-tiba Blake berdiri dan bersuara dengan wajah yang dingin.

"Betul, kami takkan berdiam diri macam tu je, lagipun kita ada banyak bantuan. Pakcik Alan, Pakcik James semuanya sedia membantu." Sambung Jessica dengan senyum manisnya.

"Terima kasih...korang memang sahabat yang setia...dan juga kekasih yang setia." Kata Darrel dengan ikhlas dan tak lupa juga dia menatap wajah Jessica.

"Sama-sama, sahabat wajib membantu sahabat dia sendiri." Ucap Blake sambil menepuk bahu Darrel dengan ketawa kecil.

"Darrel?"

Perbualan mereka terhenti sekali lagi kerana terdengar suara seseorang seperti memanggil nama Darrel.

"S-siapa tu?" Tanya Jessica dengan perasaan yang bercampur baur. Takut dengan rasa ingin tahu.

"Berdiri belakang saya." Arah Darrel sebelum dia mengeluarkan pedangnya untuk bersedia.

Memang tak sempat dah nak bersembunyi sebab suara tu dah semakin dekat.

Langkah kaki kedengaran semakin dekat.

Seseorang itu melangkah masuk ke dalam rumah. Hampir saja pedang Darrel mahu menebas kepala 'dia' tapi tiba-tiba terhenti.

"D-Darrel...ini kau kan?" Tanya seseorang itu dengan rasa tidak percaya dengan apa yang dia lihat.

"Liam? K-kau..." Belum sempat Darrel habis bercakap terus lelaki sebaya dengan dia itu memeluk tubuh Darrel dengan erat.

"Lamanya tak jumpa kau..."

(Liam Phineas, wajah dan nama sebelum ni dah diubah ye)

"Kau masih tak berubah Darrel. Dah berapa tahun tak jumpa kau...sejak kali terakhir aku jumpa kau dekat Kota Mellownia 7 tahun lepas..." Balas Liam sambil melepaskan pelukannya.

"Ya, memang bertuah sangat dapat jumpa kau. Ha Jessica, ini kawan baik saya yang kedua. Namanya Liam Phineas." Darrel memperkenalkan Liam pada Jessica.

Jessica tersenyum lalu mengangguk sebelum bersalam dengan Liam.

"Saya Jessica, kekasih Darrel. Dah rasmi tau!"

Liam ketawa kecil, bijak Darrel pilih pasangan hidup.

"Macam mana kau tahu tentang aku ni Liam?" Soal Darrel sambil memandang Jessica dan Liam. Jangan lebih-lebih sangat.

Cemburu nanti.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro