CHAPTER - 19
Keesokan harinya...
"Macam mana dengan orang yang kau hantar ke Kota Ambrose tu?" Dylan bertanya sambil tangannya memutar duit syiling dengan jarinya.
"Dia ditangkap Tuanku..." Kata William sambil dirinya menundukkan kepala di hadapan Dylan.
"Aku pesan apa pada kau?"
KTING!
Syiling di tangan Dylan dibaling pada pedang berwarna emas miliknya lalu pedang itu terapung dan menuju ke arah Dylan. Dia menyambut pedang itu dan menghalakan mata pedang itu ke leher William.
"JANGAN BUAT KERJA BODOH!" Jerkah Dylan pada William membuatkan dia terdiam.
"Aku suruh...kau hantar orang senyap-senyap masuk ke kem tentera tu. Bukannya suruh dia pergi tunjukkan diri dia di depan ramai orang! Kau tahu tak James tu orang yang susah nak masuk PERANGKAP!"
"Maafkan saya Tuanku...saya akan pastikan perkara ini tidak berulang lagi." Jawab William dengan suara yang perlahan.
'Sebab kau ada kuasa je aku tunduk pada kau Dylan...kau tunggu nasib kau bila dah tak ada kuasa pemerintahan lagi nanti...'
"Lepas ni, apa saja yang kau nak buat...mesti beritahu aku dulu...JANGAN BUAT KERJA BODOH LAGI!"
KTANG!
Dylan membaling pedangnya itu dan tertusuk tepat di tiang batu istana.
"Kau tahu kan, apa yang kau akan dapat kalau kau langgar arahan aku?" Soal Dylan dengan kesinisan.
"Faham Tuanku."
"Sudah, berambus!" Dylan menghalau William. Dia mula berjalan ke arah balkoni istana untuk melihat pemandangan luar.
'Semoga ada yang faham kenapa aku buat semua benda ini...'
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"James, apa yang dah berlaku ni? Kenapa kau biarkan orang luar entah siapa-siapa masuk ke dalam kem tentera kita!" Permaisuri Ariana memandang Panglima James.
Mereka sekarang berada di singgahsana. Permaisuri Ariana duduk di atas singgahsana itu manakala Panglima James berdiri di tangga bawah.
"Dan aku dengar juga yang kawan Jessica 2 orang tu pun cedera dipukul oleh lelaki tu. Jelaskan pada aku James!" Marah Permaisuri Ariana menuntut penjelasan dari Panglima James.
"Maafkan aku Permaisuri, aku janji akan siasat perkara ni dengan lebih mendalam." Ujar Panglima James dengan nada suara perlahan.
Dia memang berhak menegur Permaisuri Ariana, tetapi apabila dia sendiri bersalah, dia akan bertanggungjawab dan tidak kisah jika dimarahi.
"Bonda, kenapa marah dengan Pakcik James! Bukan salah dia pun." Jessica dari tadi mencuri dengar perbualan Panglima James dan Permaisuri Ariana masuk mencelah.
Bagi dia, bukan salah Panglima James pun. Lelaki yang tak dikenali tu yang menyebabkan semua ini berlaku.
"Kamu diam Jessica!"
"Kenapa saya yang patut diam? Saya membela orang yang ternyata tak bersalah bonda! Bonda dah lupa ke, Pakcik James dah berkhidmat untuk Kota Ambrose selama ratusan tahun dan hampir seumur hidupnya dihabiskan dengan menjadi panglima. Bonda tak nampak ke semua tu?"
Jessica melihat Permaisuri Ariana dengan pandangan marah. Dia tidak boleh terima ada orang yang berani memarahi Panglima James. Ini kerana dialah yang banyak menjaga Jessica sejak kecil sampai sekarang.
"Jessica hormat bonda selama ni pun hanya disebabkan oleh ayahanda saja. Kalau bukan disebabkan dia, saya pun tak ingin nak ikut cakap bonda lah!" Kata Jessica dengan nada suara yang kuat.
Jessica! Kamu-"
"Tak perlu marah pada Jessica. Kau sepatutnya tahu apa yang kau dah buat Ariana..." Alan memasuki dewan istana dan berjalan terus ke arah singgahsana.
"Aku dah cuba siasat benda ni, dan lelaki tu sendiri mengaku yang dia dihantar oleh seseorang. Ini bukan salah James." Jelas Alan sebelum ada dua orang berjalan dan berhenti di belakang Alan.
"Betul permaisuri, kami sendiri jadi saksi nampak lelaki tu mengaku yang dia telah dihantar oleh seseorang semasa pakcik Alan menyoal siasat dia di penjara tadi." Kata Blake dengan nada suara yang serius.
Dia tahu, yang dia bersalah sebab mencari pasal dengan Panglima James pergi berlawan dengan lelaki tu. Disebabkan itu, dia sendiri meminta bantuan Alan untuk melihat menyoal siasat lelaki kelmarin.
Jessica melihat Panglima James masih diam membatu di situ terus memeluk lengannya,
"Janganlah rasa bersalah pakcik, bukannya salah pakcik. Salah bonda yang tak reti nak siasat dulu sebelum menyalahkan orang." Kata Jessica sambil membuat muka pada Permaisuri Ariana.
"Lagi satu Ariana, setahun je lagi...dan kau kena serahkan kuasa pemerintahan sepenuhnya kepada Jessica." Tambah Alan lagi dengan renungan tajamnya.
Seperti biasa, dia mendapat tahu semua ini dari Panglima James.
Permaisuri Ariana terdiam sekali lagi. Tiada kata yang dapat dia balas bila berlawan dengan Alan.
"James, sudah jangan dengar cakap Ariana tu. Mari kita pergi minum kopi pelangi, jangan fikirkan apa-apa. Jom!" Alan memujuk sahabatnya itu sebelum dia mengorak langkah bersama Panglima James keluar dari istana.
'Tak guna! Macam mana aku boleh lupa pasal perkara tu!'
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Terima kasih Alan." Ucap Panglima James dengan senyum simpulnya.
Perasaannya tidak begitu baik. Dia begitu kecewa dengan diri sendiri kerana kecuaian menjaga askar bawah pimpinannya.
"Tak ada apalah James. Lagipun budak bertuah ni yang datang cari aku, dia cakap kau ada masalah dengan Ariana tu. Jadi aku datanglah membantu."
"Apa salahnya tolong sahabat sendiri kan." Alan tersenyum kecil dengan mengulang semula ayat yang sama Panglima James cakap kepada dia sebelum ini.
"Jadi, kau pasti ke yang dia dihantar?" Tanya Panglima James setelah minum setengah cawan kopi pelangi.
(Kopi pelangi)
"Ya, dia dihantar. Tapi dia sendiri pun tak tahu siapa yang hantar dia. Lelaki tu cakap, orang yang datang jumpa dengan dia untuk bagi arahan tu pakai topeng. Jadi dia tak nak siapa orang tu." Jelas Alan.
Panglima James menghela nafas,
"Kau rasa...ada kena mengena dengan William tak?"
"Tak pasti, tapi kemungkinan tu masih ada. Sebab dekat Kota Mellownia sebelum ni memang sah kerja William. Mungkin ada rancangan dia nak laksanakan..." Alan mengeluarkan satu botol kaca yang berisi serbuk berwarna biru dalamnya.
Kemudian dia mengeluarkan serbuk itu dari dalam botol dan mencampakkannya ke udara. Timbullah imej bayangan,
"Setelah aku siasat benda ni selama seminggu. Aku baru dapat tahu...lokasi sebenar William di dalam imej yang kita dah tengok hari tu adalah di..." Alan menghapuskan imej itu dan dia membentuk imej baharu seperti dua perkataan.
"Kota..." Darrel membaca huruf depannya.
"Leronze..." Jessica menuturkan huruf akhirnya.
"Itu, bukan ke kota tempat asal awak Darrel?" Soal Jessica sambil memandang wajah Darrel.
Darrel kelihatan gelisah, ada sesuatu yang dia fikirkan.
"Darrel, Darrel!" Jessica memanggil-manggil nama Darrel sambil menolak perlahan bahunya.
"Hah?"
"Awak ni dah kenapa? Tak sihat ke?" Jessica bertanya setelah menyedari Darrel yang sedari tadi gelisah.
"T-tak ada apa-apa." Darrel mengangguk perlahan. Kemudian Jessica melirik ke arah Panglima James,
"Pakcik, saya rasa kita kena pergi ke Kota Leronze. Ini penting untuk memastikan tiada tragedi buruk yang akan berlaku kepada penduduk-penduduk di sana." Terang Jessica membuatkan Panglima James angguk setuju.
"Baiklah, tapi korang sajalah yang pergi. Aku ada urusan lain di kota ini, kalau aku dah selesai...aku akan menyusul korang semua kemudian."
"Aku kena teman James." Kata Alan ringkas.
"Baiklah, jom kita berkemas." Jessica mengarahkan kepada Blake dan Darrel. Kemudian mereka segera beredar dari situ ke tempat menetap mereka masing-masing.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro