Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER - 17

"Jessica! Kamu tak apa-apa ke? Bonda risaukan kamu." Permaisuri Ariana lantas bangun daripada takhtanya dan terus berjalan ke arah Jessica.

(Istana Kota Ambrose)

"Hmm, ok je bonda. Jangan risau, saya masih hidup lagi." Kata Jessica acuh tak acuh.

3 hari selepas kejadian wabak asap itu di Kota Mellownia, Jessica sembuh dengan cepat kerana keadaan tubuhnya yang kuat. Dia meminta diri untuk pulang ke Kota Ambrose

Kepulangannya itu juga diikuti oleh Darrel, Blake dan juga Panglima James.

"Syukur kamu selamat. Dayang! Bawa Jessica ke biliknya dan siapkan dia dengan pakaian yang cantik. Kita akan adakan majlis makan malam nanti." Kata Permaisuri Ariana dengan senyum penuh bermakna disebaliknya.

Jessica dibawa pergi ke biliknya, pintu pun ditutup. Dan dayang istana itu melihat Jessica dalam-dalam.

"Jessica! Akhirnya kau balik juga!" Dayang istana itu memeluk tubuh Jessica yang kemudiannya di balas dengan pelukan juga.

"Gembiranya dapat jumpa kau Sophia!" Wajah Jessica juga tidak kurang gembiranya apabila melihat gadis yang merupakan dayang istana itu.

Namanya Sophia Morgana, seumuran dengan Jessica. Merupakan dayang istana menyambung pekerjaan ibunya yang telah meninggal dunia. Sudah mula bekerja sejak dia berusia 6 tahun.

"Mana kau pergi Jessica? 4 bulan kau hilang, tak ada sebarang berita pun dari kau. Risau aku!" Kata Sophia dengan wajah yang risau.

"Alahai janganlah risau Sophia, aku pergi mengembara dan tenangkan fikiran je lah." Balas Jessica sambil mencubit perlahan lengan Sophia.

"Kau ni kan, tak habis-habis buat orang risau. Aku dah cakap hari tu jangan pergi. Aku dengar daripada permaisuri yang kau kena tikam semasa berlawan. Apa yang tenangkan dirinya!" Sophia berpaling dari melihat wajah Jessica dengan marah.

"Sudahlah jangan marah lagi. Ni aku ada belikan kau kipas bulu merak dari Kota Mellownia." Jessica mengeluarkan kipas itu daripada beg kainnya.

"WAH! CANTIKNYA! AKU SUKA! Nanti pergilah mengembara lagi ye, bolehlah belikan aku barang-barang cantik macam ni lagi!" Kata Sophia jerit bercampur teruja dalam nada suaranya.

Jessica membuat muka meluat, tadi bukan main marah aku. Dapat je hadiah terus berubah sifat. Dasar kawan...

"Hmph, tadi marah aku sangat!" Jessica memalingkan wajahnya ke belakang.

"Hehehe, maafkan aku Puteri Jessica. Kau lah sahabat terbaik aku di dunia Mystical dan juga dunia lain!" Sophia pergi ke pada Jessica untuk memujuknya. Kemudian tubuh Jessica dipeluk dengan erat.

"Eleh, ingat comellah tu. Sudahlah rimas peluk-peluk ni!" Jessica tergelak kecil kemudian melepaskan dirinya dari pelukan Sophia.

"Jom aku bawa kau pergi tukar baju, Permaisuri ada sediakan kau baju yang...cantiklah." kata Sophia dengan nada yang tak berapa nak suka pada Permaisuri Ariana.

Dia pun tahu tentang perangai Permaisuri Ariana tu. Sebab itulah dia lebih menyebelahi Jessica.

"Ha, dah balik pun anak derhaka ni..." Suara seorang gadis memecah suasana riang di hadapan bilik Jessica itu.

"Huh...datang dah.." keluh Jessica sambil jarinya memicit kepala sendiri.

"Ha, nak apa ni Emelia?" Jessica melipatkan kedua belah tangannya dan melihat Emelia dengan tatapan dingin.

Emelia Hilary, anak kandung Permaisuri Ariana. Adik tiri Jessica, orang yang sangat Jessica tak mahu bertembung dalam istana.

"Heh, kau ingat bagus sangatlah? Seorang bakal PUTERI kerajaan Kota Ambrose pergi larikan diri dari istana tanpa beritahu sesiapa selama beberapa bulan entah kemana. Ingat baguslah tu?" Emelia memandang sinis Jessica. Dia memang tidak menyukai Jessica.

"Dah habis cakap? Tepi, aku nak masuk bilik aku-" belum sempat dia mahu membuka pintu tiba-tiba tubuh dia tolak ke dinding oleh Emelia.

"Berhenti Cik Emelia! Cik tak patut buat macam tu-"

"Kau DIAM! Kau tu cuma dayang istana, sedar diri kau siapa! Kau nak aku suruh bonda pecat kau?" Emelia menengking Sophia sehingga membuatkan gadis tu terdiam.

Sophia cuba menghalang tapi dia tak berdaya nak tolong. Dia hanya sekadar dayang istana, bukan orang penting. Kalau dia melawan, habislah dia.

"Kau dengar sini...aku akan pastikan hidup kau sengsara seumur hidup! Aku akan rampas apa yang kau dapat.." Emelia kemudian melepaskan cengkaman tangannya di leher Jessica sebelum beredar dari situ.

"Jessica! Kau tak apa-apa ke? Maaf aku tak dapat nak tolong kau.." Sophia menghampiri Jessica untuk memeriksa keadaannya.

"Aku tak apa-apa. Bukan salah kau pun, perempuan tu yang otak senget...sudahlah, selagi aku boleh sabar aku akan sabar...kalau tak, tunggulah nasib dia."

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Huh...Blake, kau rasa kita ni layak ke tunggu dekat istana ni?" Soal Darrel dengan perasaan gelisah.

"Bertenang Darrel, lagipun Pakcik James juga yang suruh kita tunggu. Apalah yang nak ditakutkan." Kata Blake selamba sambil dia bermain dengan batang kayu buruk kecil yang dijumpainya di tepi jalan.

"Ha, apa lagi tunggu situ? Mari ikut aku ke kem tentera. Bolehlah korang tengok macam mana tentera kitaorang berlatih."

"Boleh juga tu!" Sahut Blake dengan teruja.

"Jomlah Darrel, bukan selalu nak masuk kem tentera." Ajak Blake lagi sambil menarik-narik tangan Darrel.

"Haish! Yelah!" Darrel mengiakan saja kerana malas nak melayan perangan terlebih aktif si Blake ni.

Panglima James tersenyum simpul melihat mereka berdua. Kemudian mereka bertiga terus mengorak langkah menuju ke kem tentera yang berada sedikit jauh dari istana.

Semasa mereka berjalan menelusuri jalan di sepanjang istana. Mereka berselisih dengan Emelia.

"Hai pakcik, nak kemana tu?" Soal Emelia dengan nada sinis.

Panglima James juga tidak terlepas dari buat muka meluat dengan Emelia.

"Kem tentera, ada apa-apa ke ni? Kalau tak ada, aku dengan dua tetamu luar nak cepat ni." Soal Panglima James kerana dia malas nak berlama-lama di situ.

Emelia kemudian beralih pandangan kepada Darrel dan Blake. Tapi kebanyakan perhatian dilihat pada Darrel.

"Oh, jadi inilah jejaka idaman Jessica tu ye?" Emelia berjalan mendekati Darrel dan berpusing mengelilingi dia.

"Hai, kacak juga awak ye." Emelia memberikan pandangan seperti memikat kepada Darrel membuatkan dia terus mengalihkan pandangan dari tempat lain.

"T-tak payahlah puji macam tu. Saya biasa je." Balas Darrel sambil mengelak dari bertemu mata dengan Emelia.

"Jual mahal ye, tak apa...tunggu nanti. Siapa yang akan cari siapa.." Emelia mengenyitkan matanya kemudian terus beredar dari situ.

"Siapa gadis tu? Meremang bulu roma saya bila berdepan dengan dia tadi." Soal Blake yang memandang apa yang Emelia buat pada Darrel tsdi.

"Hmph, itulah Emelia Hilary. Anak kandung Permaisuri Ariana. Sama bapa dengan Jessica tapi lain ibu." Terang Panglima James ringkas.

Kemudian dia bertindak menyambung lagi,

"Dia tu dulu pun aku yang jaga, cuma sekejap je. Lepas umur dia masuk 5 tahun terus dia diambil semula oleh Permaisuri Ariana. Dan dia tak pernah terima pun dengan apa yang aku ajar pada dia. Dia lebih suka kehidupan mewah macam bonda dia tu. Berbeza dengan Jessica, macam langit dan bumi." Sambung Panglima James.

"Huish, dari gaya pakcik cerita ni...macam sombong je dia tu." Teka Blake.

"Memang, dia akan berkasar dengan semua pekerja istana. Bahaya dengan dia tu. Banyak perangkap, korang berhati-hati kalau nak dekat dengan dia." Pesan Panglima James sebelum meneruskan langkahnya diikuti Blake dan Darrel.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro