Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER - 12

"Tuanku, kenapa masih berada di galeri lukisan? Bukankah sepatutnya Tuanku membuat lawatan ke bandar dan juga kampung?" Soal Winston, pembantu kepada dia.

"Beta tidak mahu kemana-mana. Biarlah beta di sini melihat lukisan yang sangat cantik dan menarik ni..." Kata Anthony dengan matanya tetap memandang ke arah lukisan itu.

(Lukisan itu, saja nak ingatkan yang semua fakta dalam cerita ini adalah rekaan semata-mata dan bukan wujud di dunia nyata.)

Walaupun nampak biasa di Alam Mystical, tetapi untuk orang yang menghayati tentang seni seperti Anthony, dia tidak berfikir begitu.

Bagi dia, semua lukisan mempunyai seninya yang unik. Uniknya seni itu sehinggakan dia leka dengan semua tu dan tidak mempedulikan urusan pemerintahan Kota Evelyn.

Itulah dia Anthony Dane, Maharaja Kota Evelyn. Usianya baru 18 tahun. Baru sahaja dilantik sebagai Maharaja setahun lepas setelah ayahandanya, Maharaja Andres Dane, mangkat.

"Lukisan ini...penuh dengan makna, ia menunjukkan keindahan...dan kegelapan hati seseorang..." Jelas Anthony tanpa diminta oleh sesiapa pun.

"Tapi Tuanku, itu adalah rutin tahunan seorang maharaja. Maharaja Andres selalu buat begini ketika dia masih hidup..." Jelas Winston yang sedang berdiri di belakang Anthony.

"Beta tak nak! Kamu tak faham bahasa ke." Balas Anthony dengan rasa meluat dan marah.

"B-baiklah Tuanku...saya beredar dulu.." Winston menundukkan kepala sebelah dia berundur dan keluar daripada galeri diraja itu.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Bonda Grace, apa yang mama saya mampu lakukan dengan hebat?" Soal Jessica lagi. Sekarang mereka telah berada di balkoni bilik tidurnya Permaisuri Grace menghadap ke arah sungai dan air terjun yang mengalir.

Dan juga Permaisuri Grace meminta Jessica untuk tidak memanggilnya dengan gelaran 'permaisuri' kerana mereka seperti saudara saja.

Permaisuri Grace meminta Jessica untuk memanggilnya Bonda atau Bonda Grace.

"Hmm...bonda kamu tu hebat dalam bermain pedang. Walaupun dia seorang yang lemah lembut, dia sangat handal bermain pedang. Dia boleh mengalahkan 10 askar berpedang seorang diri." Cerita Permaisuri Grace lagi.

Mata Jessica bersinar teruja.

"Wah! Hebatnya bonda..."

"Sebab itulah saya nampak kamu, saya dah boleh nampak bayangan Mariana dan juga sifat-sifat dia ada dalam diri kamu...lemah lembut, berjiwa kental, handal bermain pedang dan lain-lain."

"Tetapi, hayat dia tak panjang...selepas beberapa bulan melahirkan kamu, dia meninggal dunia kerana sakit misteri. Sakit tu tiada ubat, Alan dah cuba bermacam-macam cara untuk sembuhkan dia tetapi tidak berjaya." Sambung Permaisuri Grace dengan nada yang sedih.

Jessica menunduk kerana sedih mendengar apa yang diungkapkan Permaisuri Grace. Cukup malang Jessica telah kehilangan kedua-dua ibu bapanya sejak dari kecil. Bahkan mereka tidak pernah sekalipun berjumpa.

"Tapi, mereka berdua dah meninggalkan seorang anak yang sangat bijak macam kamu. Kamu patut rasa beruntung sebab akan dilantik menjadi Puteri Kerajaan Kota Ambrose nanti." Kata Permaisuri Grace dengan senyum kecil.

"Mungkin lambat lagi...Bonda Ariana yang memerintah Kota Ambrose, dia takkan benarkan saya naik takhta."

Permaisuri Grace telah mengetahui pasal ini semua terlebih dahulu kerana Panglima James pernah cerita kepada dia.

"Kamu akan menjadi dewasa tak lama lagi Jessica...usia kamu dah menghampiri 25 tahun, sudah layak untuk memerintah. Janganlah risau, saat itu akan tiba juga." Permaisuri Grace tersenyum kepada Jessica sebelum mengusap rambutnya.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Sky, cuba teka dalam tangan aku ni ada apa." Blake bertanya kepada burung kakak tua itu sambil menggenggam tangan kirinya untuk Sky teka.

"Bunga! Bunga!" Sky mengulang perkataan itu.

Blake kagum, betullah bunga!

(Bayangkan bunga ni kecil ada dalam tapak tangan Blake)

"Hebatnya kau." Puji Blake dengan wajah kagum.

"Sky! Sky! Hebat! Blake! Bodoh!" Tanpa sedar Sky dah maki si Blake tanpa minta ampun.

"Apa kau cakap! Ei burung ni!" Blake hampir saja menerkam burung itu tetapi ditarik bajunya oleh Alan.

"Bertenanglah, dengan burung pun nak gaduh ke? Sky memang macam tu, dia akan cakap benda yang dia rasa je. Jangan nak marah dia, kita yang manusia ni kena lebih tenang. Kalau kau marah-marah, sama je lah kau dengan binatang." Nasihat Alan sebelum melepaskan baju Blake.

Blake terdiam sekejap mendengar nasihat Alan kemudian mengangguk.

Darrel pula di belakang Alan tak habis-habis gelakkan dia. Berhenti sekejap sambung gelak, berhenti sambung gelak. Gila betul.

Dengan burung pun boleh jadi gaduh.

"Itulah kau. Tak cukup dengan Pakcik Alan kau kena hari tu, sekarang burung tu pula. Sky lagi bijak dari kau. HAHAHAH!" Darrel pula bertindak mengenakan Blake.

Blake mengeluh, malang betul nasibnya hari ini. Sudahlah dengan burung kakak tua tu dah kena, dengan Alan dan Darrel pun dia kena jugak. Jenggg...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Dah mari balik." Ajak Alan setelah semua urusan di istana telah selesai.

"Erm tak apalah Pakcik, kami tak nak terus balik. Kami ingat nak pergi berjalan-jalan sekejap." Balas Darrel sambil melirikkan matanya pada Jessica.

"Ye betul, saya pun ingat nak ke pasar Kota Mellownia. Nak tengok barang menarik di sana." Tambah Blake pula sambil kepalanya digaru.

"Hmm ikut suka koranglah." Alan menoleh ke depan dan terus membuka portal dan dia terus masuk ke dalam portal tersebut dan hilang.

"Jom aku pergi dulu. Korang berjalanlah puas-puas ye." Blake memberikan senyuman sinis sebelum berlari ke pintu keluar istana dan menghilangkan diri untuk ke pasar malam Kota Mellownia.

"Haih Blake, Blake...Jessica, jom kita pergi jalan-jalan. Saya ada dengar yang ada hutan pelangi di Kota Mellownia." Tanya Blake pada Jessica.

"Wah! Saya suka! Mesti cantik kan? Jom Darrel jom!" Jessica dengan teruja terus menarik tangan Darrel.

Darrel mengangguk kemudian membawa Jessica ke destinasi yang dituju.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Tak sabarnya aku nak tengok barang apa yang ada dekat pasar-"

Blake terdiam sekejap, kerana melihat keadaan pasar yang kecoh, ramai orang berlarian kesana sini dan juga ada yang sampai bertolak-tolak sampai terjatuh kerana melarikan diri.

Blake yang masih belum faham tentang situasi terus bertanya kepada seorang lelaki yang turut melarikan diri.

"Maaf aku nak tanya, apa yang dah terjadi? Kenapa semua orang berlari ni?"

"Ada asap misteri berwarna merah jambu datang daripada sana! Sesiapa yang menghidunya akan jatuh sakit serta merta! Lari!" Lelaki itu terus melarikan diri dari situ apabila melihat asap itu semakin mendekati mereka berdua.

Blake tidak melarikan diri, tetapi sebaliknya dia berdiri di situ melihat asap tersebut menyerang penduduk Kota Mellownia.

(Gambaran asap)

"Apa yang dah berlaku ni." Alan tiba-tiba muncul di sebelah Blake.

"Ada asap misteri- AHHH! Ish! Pakcik ni, terkejut saya." Blake tiba-tiba menjerit kerana terkejut melihat Alan di sebelahnya.

"Apahal kau nak terkejut? Ni dunia fantasy, bodoh!"

"Maaf, ada asap misteri menyerang penduduk dekat sini. Tengok tu Pakcik." Blake menunjuk ke arah baris kedai di situ dan mereka dapat melihat ada orang yang sedang terbaring kesakitan dan ada juga yang batuk-batuk tidak berhenti.

Dan ada juga yang berdarah.

"Tak boleh jadi ni...Blake, pergi panggil pengawal istana." Arah Alan sebelum dia mengeluarkan topeng kecil dari poket memakainya

(Macam ni)

"Baik Pakcik!" Blake terus berlari membuka langkah seribu menuju ke istana yang terletak lebih kurang 500 meter dari kawasan pasar itu.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro