Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER - 11

"Pakcik tengoklah tu."

"Apa dia?" Alan bertanya sebelum menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Blake.

"Rapat sungguh diaorang berdua tu. Ada apa-apa ke pakcik?" Tanya Blake pada Alan. Sebab dia tahu Alan ada kelebihan membaca isi hati dan meramal.

Alan tersenyum kecil, dia tahu apa yang berlaku tetapi dia lebih memilih untuk senyap dan tidak beritahu apa-apa kepada Blake.

Bukan dia tak tahu siapa Blake, walaupun baru seminggu je tinggal di situ, dia dah tahu semua perangai Blake dan Darrel.

"Nanti kau akan tahu juga. Jangan nak sibuk hal orang." Alan mengambil peralatan perubatannya dan terus beredar dari Blake. Malas dia nak melayan pertanyaan 'luar kotak' Blake tu.

"Awak, nanti kita jalan-jalan pusing satu Kota Mellownia nak? Saya dengar ada banyak benda menarik di kota ni." Kata Darrel memberi cadangan pada Jessica.

Mereka berdua sedang duduk bangku halaman rumah Alan, berhadapan dengan sungai dan membelakangkan pokok besar di tepi rumah itu.

"Boleh je, saya tak kisah. Lagipun bila dah duduk sini, takkanlah nak lepaskan peluang kan?" Balas Jessica dengan senyum simpul sambil menganggukkan kepala.

Tiba-tiba,

"ALAN! ALAN! ALAN!" Sesuatu berbunyi seperti amaran datang menyinggah di kawasan rumah Alan.

Bunyi itu semakin menghampiri dan terus hampir sehingga ia berhenti betul-betul di hadapan Jessica dan Blake.

Burung kakak tua.

"Wah! Burung kakak tua! Hai nama awak apa, apa yang awak buat dekat sini?" Jessica memandang burung kakak tua yang bernama Sky itu dan bertanya kepada burung itu.

"Nama, Sky! Sky! Datang! Kecemasan!" Jawab Sky. Suara itu saja yang boleh burung itu buat.

Tahu kan burung kakak tua punya suara macam mana? Kalau tak faham buat-buat lah tahu.

"Sky, apa yang berlaku?" Alan datang dari dalam rumah ke tempat rehat di pokok itu untuk melihat apa yang berlaku.

"Kecemasan! Kecemasan! Permaisuri! Sakit! Sakit!"

Alan tidak terus bertindak, dia masih lagi dalam keadaan tenang.

"Balik ke istana dulu, nanti aku datang ke sana." Kata Alan singkat kemudian dia terus masuk ke dalam rumah.

"Wey, apa yang dah jadi." Blake pula keluar daripada rumah.

"Aih takkan kau tak dengar? Dah gila, pekak pula ke?" Soal Darrel dengan nada sinis dan sarkastik.

"Huh! Sudahlah tu, aku tanya betul-betul ni. Tadi aku dekat dapur, memanglah tak dengar. Ada apa ni?" Tanya Blake tiada gurauan ataupun sengihan.

"Permaisuri, kata burung kakak tua tadi tu sakit. Tak pastilah apa yang jadi." Balas Jessica menerangkan apa yang telah berlaku tadi.

"Ohh.." Blake mengangguk.

"Korang semua nak ikut ke?" Alan menyoal setelah dia lengkap memakai pakaian seperti hoodie menutup kepala dan rambutnya yang berwarna putih.

"Hmm...macam menarik je, bolehlah." Jessica memberi respon yang dia akan mengikut Alan, begitu juga dengan Darrel. Mereka terus berdiri diikuti Blake.

"Portalios." Alan menyebutkan mantera magis itu dan kemudian timbullah seperti sebuah portal ke sesuatu tempat.

"Mari." Alan mengajak mereka untuk masuk sebelum memulakan langkah kakinya masuk ke dalam portal itu dan terus ghaib.

Setelah melihat itu, mereka pun turut sama masuk ke dalam portal itu dan...

"Wah! Cantiknya istana ni...seumur hidup aku, inilah kali pertama aku sampai betul-betul depan pintu masuk istana." Blake memandang ke kiri, kanan depan dan belakang. Dia sangat kagum dengan istana yang berdiri megah di kawasan air terjun itu.

"Inilah, istana Kota Mellownia. Mari, kita masuk." Alan terus melangkah masuk ke dalam istana yang gah berdiri itu terus ke bilik tidur permaisuri.

Dan sekarang mereka sampai betul-betul di depan pintu bilik. Pengawal istana yang menjaga pintu menundukkan kepala kepada Alan.

"Permaisuri Grace nak jumpa aku."

Hanya ayat itu sahaja yang diungkapkan, terus pengawal istana itu membukakan pintu itu.

Memperlihatkan Permaisuri Grace Howard, pemerintah Kota Mellownia sedang berbaring di atas katil. Wajahnya kelihatan sedikit pucat.

"Alan, marilah masuk. Kau bawa tetamu ye?" Jemput Permaisuri Grace dengan senyuman. Walaupun dia sedang sakit, dia tak akan pernah lupa untuk senyum.

"Tuanku, maafkan sebab membawa terlalu ramai orang datang ke sini. Kalau Tuanku mahu, aku akan suruh mereka duduk di luar saja."

"Tidak perlu Alan, aku baik saja." Permaisuri Grace membantah cadangan Alan untuk menyuruh mereka bertiga duduk di luar.

Alan membuat isyarat mata menyuruh Darrel, Jessica dan Blake masuk ke dalam.

Mereka bertiga berjalan perlahan-lahan dan tunduk di hadapan Permaisuri Grace.

"Ampun Tuanku, maafkan kami sekiranya kami menganggu Tuanku Permaisuri." Kata Jessica dengan nada meminta maaf.

"Tidak perlu minta maaf nak...Alan, siapa 2 pemuda dan gadis cantik ni?" Permaisuri Grace beralih pandangannya ke arah Alan.

"Ini Jessica, anakanda Raja Alexander dan juga Permaisuri Mariana. Ini pula Darrel dan Blake, rakan pengembara Jessica." Terang Alan.

Blake dan Darrel menayangkan senyum manis mereka kepada Permaisuri Grace tanda ramah. Begitu juga dengan Jessica.

"Anak Alexander dan Mariana? Akhirnya saya berpeluang jumpa dengan kamu." Wajah Permaisuri Grace bertukar gembira setelah dia memandang wajah Jessica. Dia kemudian cuba untuk bangkit dari baringnya tetapi dihalang oleh Alan.

"Tunggu dulu Tuanku, Tuanku masih belum sihat lagi. Mari aku rawat dulu." Alan mengeluarkan sebuah potion daripada bukunya.

(Lebih kurang macam ni rupanya)

"Hensinius." Alan mengucapkan mantera itu kemudian keluar aura seperti berwarna hijau daripada tangannya menuju ke arah Permaisuri Grace.

Jessica, Darrel dan Blake kagum melihat keadaan itu berlaku.

Melihat ekspresi mereka bertiga, Alan justeru menerangkan tentang perkara ini.

"Ini teknik aku untuk mengubati seseorang."

Seperti biasa, ayatnya ringkas tapi berjaya buat mereka bertiga faham tentang keajaiban itu.

Walaupun di dunia fantasy, tetapi mereka bertiga tidak pernah melihat proses mengubati seseorang. Itulah sebabnya mereka seperti terkejut dan kagum.

30 minit kemudian, Alan selesai mengubati Permaisuri Grace.

"Tuanku kena banyak berehat. Jangan penuhkan minda dengan tekanan, kalau boleh mintalah anak kau untuk mengambil alih tugas Tuanku buat sementara waktu." Nasihat Alan sambil mengemas kelengkapan perubatannya.

"Terima kasih Alan...erm...Alan, Darrel, Blake, kalau boleh tolong tinggalkan saya dan Jessica sekejap." Minta Permaisuri Grace dengan nada yang sopan tanpa sebarang keangkuhan.

Alan, Darrel dan Blake mengangguk sebelum mereka bertiga mengundurkan diri dan keluar daripada bilik meninggalkan Jessica dan Permaisuri Grace.

Keadaan senyap selama beberapa minit kerana Permaisuri Grace tidak berhenti dari menatap wajah Jessica.

"Tuanku? S-saya ada buat salah ke?" Tidak tahan kerana dipandang oleh Permaisuri Grace, Jessica terus bertanya kepada baginda.

"Kamu nampak cantik sangat...sama seperti bonda kamu..." Kata Permaisuri Grace sebelum mengusap wajah Jessica dengan lembut seperti seorang ibu.

"Kamu nak tahu...Mariana adalah kawan baik saya sejak kecil lagi...kitaorang selalu bersama masa susah dan senang..." Permaisuri Grace mula membuka cerita tentang Permaisuri Mariana yang merupakan ibu kandung Jessica.

Jessica yang pada awalnya ragu-ragu hendak mendekati Permaisuri Grace mula merasakan kemesraan dan aura seorang ibu kepada dia.

"Bonda...seorang yang macam mana?" Soal Jessica dengan riak wajah penuh persoalan.

Dia tidak pernah mendengar cerita tentang ibunya, ayahnya pula tidak sempat bercerita kerana telah lama meninggal dunia sejak Jessica kecil. Panglima James pula selalu berkata,

"Suatu hari nanti kau akan tahu juga."

Agak menyakitkan hati tetapi Jessica mengiakan juga.

Permaisuri Grace tersenyum kepada Jessica,

"Dia seorang perempuan yang sangat baik. Orangnya lemah lembut dan tak pernah bercakap kasar. Tetapi dia berjiwa kental dan juga sangat tegas dalam urusan pemerintahan semasa berkahwin dengan Alexander. Dia juga seorang yang berhati mulia dan selalu mengambil berat pasal rakyatnya..."

Jessica memberi perhatian sepenuhnya kepada Permaisuri Grace. Dia merasa gembira dan dalam masa yang sama merasa kagum kepada bondanya itu walaupun mereka tidak pernah berjumpa.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro