Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER - 10

"Baiklah...tangan kiri saya, atau kanan saya yang ada buah di dalamnya?" Blake bertanya kepada Alan sambil menggenggam kedua belah tapak tangannya.

"Kanan." Jawab Akan ringkas tanpa perlu dia tengok ke tangan Blake pun.

"Betul! Pakcik ni hebatlah!" Puji Blake sambil membuka tapak tangan belah kanannya itu.

Dan memang betul ada dua ketul buah anggur berwarna biru di dalamnya.

(Macam ni ha)

"Biasalah, nak jadi peramal memang kena banyak membaca kitab ajaib dan juga banyak menggunakan mata untuk melihat dengan tajam."

"Dan juga, nak jadi perawat diraja kena pandai ilmu perubatan dan juga..." Alan mengeluarkan seutas rantai yang tergantung di lehernya.

(Anggap dia macam bersinar kehijauan)

"Wah...cantiknya rantai tu! Mana beli?" Tanya Blake dengan teruja.

Pak!

"Berani kau cakap rantai aku ni beli? Hanya keturunan perawat diraja saja yang akan memiliki rantai ini.." Kata Alan dengan wajah yang masam seolah-olah sedang menahan sabar.

Blake tersengih-sengih malu, kan dah mendapat.

Sakit dapat malu lagilah.

"Maaf pakcik, saya terlebih teruja." Balas Blake tersengih-sengih.

"Huh...patutlah pun Darrel selalu ketuk kepala kau. Sudahlah, malas aku nak layan permainan gila kau ni." Alan bangun dari kerusinya dan,

"Gila!" Alan ketawa sinis kemudian berlalu pergi dari meja kayu itu meninggalkan Blake yang malu sendiri di situ.

Darrel dan Jessica pula tiba-tiba keluar dari sebalik dinding dan memandang sinis ke arah Blake.

"Cakap kitaorang gila lagi." Kata Jessica.

"Kan dah terkena diri sendiri. Padan muka, gila! HAHAHAH!" Darrel pula menyambung dan kemudian mereka berdua bersama ketawakan Blake.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Macam mana dengan kawalan keselamatan penjara ni?"

"Jangan risau Tuan, masih dalam keadaan yang baik. Setiap 30 minit sekali kami akan meronda sekeliling kawasan penjara bagi memastikan tiada sesiapa akan terlepas daripada penjara ini..." Kata pengawal penjara itu kepada Panglima James.

Panglima James sedang melakukan aktiviti melawat penjara yang paling ditakuti oleh seluruh Kota Ambrose dan juga Alam Mystical.

(Penjara Ghostward)

Merupakan penjara yang terletak di bawah tanah Kota Ambrose. Penjara ini tidak mudah untuk dimasuki oleh orang luar sembarangan, hanya pemerintah dan orang tertentu sahaja yang dibenarkan masuk.

"Bagus, kalau boleh jangan terlalu leka. Ingat, banyak penjahat dan pengkhianat negara tersimpan di sini...Maharaja dulu dah amanahkan Kota Ambrose untuk menyimpan kesemua penjahat dan penjenayah di dalam penjara ni...kalau terlepas, banyak nyawa yang akan melayang.." pesan Panglima James sambil berjalan melihat sekeliling sel penjara.

"Baik Tuan..."

"Boleh tinggalkan aku sekejap, aku nak berjalan di sekitar untuk lihat kawasan."

Pengawal penjara itu mengiakan sahaja permintaan Panglima James dan meninggalkan dia.

Panglima James terus berjalan ke seluruh sel penjara untuk memeriksa keadaan.

Dia terus berjalan dan berhenti di kawasan tembok yang sunyi yang mengadap ke arah jurang dalam. Semestinya sangat sunyi.

"Nampaknya kau takut James." Seseorang muncul secara tiba-tiba di sebelah Panglima James.

"Huh...William kau pula. Hari tu Thomas, hari ni kau pula. Korang ni berpakat ke apa?" Soal James dengan mimik muka meluat.

"Suka hati akulah...tak lama lagi semua wilayah dan kota di Alam Mystical ni aku akan kuasai...jadi bersiap sedia nak jadi hamba aku?"

"Kau terlalu yakin William, jangan yakin sangat. Kau pun dah nak sama macam Thomas. Terlalu yakin dan angkuh." Balas Panglima James sambil memandang ke arah jurang yang dalam itu.

"Memang aku yakin, sebab aku dah persiapkan sesuatu yang mungkin akan mengubah nasib Alam Mystical selama-lamanya..."

"Kalau ikutkan hati aku...memang dah lama aku bunuh kau, cincang tubuh kau dan lemparkan ke dalam jurang ni...tapi aku lepaskan kau, aku nak tengok sejauh mana yang kau mampu rancangkan untuk musnahkan Alam Mystical." Panglima James mendekatkan wajahnya pada William. Dan mereka bertentang mata.

"Tapi ingat...kalau rancangan kau tak berjaya...kalau bukan aku, akan ada orang lain yang akan tolong bunuh kau..." Panglima James memberi amaran itu kepada William. Matanya menyinga sebelum dia menjauhkan wajahnya dari Panglima James.

"Heh, tidak James...kenapa kau macam takut? Apa yang dah berlaku? Kau takut? Panglima yang gagah berani dah takut?" William bertanya berkali-kali sambil tersenyum sinis.

"Jangan bohong aku James...aku kenal kau, aku dapat rasa yang hati kau sedang dalam perasaan takut akan sesuatu...kau takut...sesuatu berlaku pada Jessica."

Shing!

Panglima James menghunuskan tongkat besinya ke leher William membuatkan lelaki itu tidak dapat bergerak.

"Aku beri kau amaran terakhir...jangan sekali-kali kau sentuh Jessica...kalau apa-apa berlaku kepada dia, kulit kau aku siat-siat jadikan pelana kuda..." Panglima James kemudian mengalihkan tongkat besinya dari leher William dan terus beredar dari situ.

William tertawa sinis.

"James, James...kau dah mula takut ye sekarang. Baiklah, aku akan pastikan ketakutan akan menjadi kenyataan..."

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

(Rumah Alan)

Pada waktu malam, Jessica sedang duduk di atas bumbung rumah Alan sambil melihat cahaya bulan yang terang menyinari malam.

"Seronok tengok bulan tu?" Darrel singgah ke atas bumbung untuk melihat Jessica.

Bumbung dia ada pintu macam loteng. Bila buka terus sampai betul-betul atas bumbung.

"Hmm? Darrel, saya memang tengah tengok bulan. Terangnya bulan malam ni.." kata Jessica dengan senyum simpul sambil matanya kembali memperhatikan bulan itu.

"Jessica, awak ada masalah ke? Saya nampak muka awak macam runsing je." Soal Darrel sambil memperhatikan raut wajah Jessica yang seperti sedang berfikir sesuatu.

"Awak perasan eh, maaf ya menyusahkan awak pula nak kena tanya pasal benda ni."

"Tak ada susah pun, saya kan lelaki budiman. Seorang lelaki budiman kenalah mengambil berat tentang hal rakan baik."

Jessica tertawa kecil mendengar Darrel berkata begitu.

"Terima kasih, sebenarnya...Pakcik James ada tanya saya pasal kahwin sebelum saya larikan diri."

"Oh kahwin? Kenapa dengan benda tu? Ada masalah ke?" Soal Darrel sambil matanya tidak dialihkan dari menatap wajah Jessica.

"Itulah masalahnya, awak tahu kan setiap kali Pakcik James minta sesuatu, saya berat hati nak tolak. Jadi...saya terfikir, saya tak pernah bercinta. Mana saya nak cari kekasih?" Soal Jessica lagi sebelum dia meraup wajahnya.

"Saya pening kepala bila fikirkan pasal benda ni."

Darrel menganggukkan kepalanya.

"Jadi...apa yang saya boleh bantu jika perlu?"

"Jadi kekasih saya." Balas Jessica ringkas.

"Boleh je- APA?! KEKASIH?!" Kata Darrel separuh menjerit di tepi telinga Jessica.

Membuatkan Jessica punya telinga berdesing sekejap.

"Aduh...ye, jadi kekasih saya."

"Saya tak salah dengar kan?" Soal Darrel balik.

"Ye, saya sebenarnya dah lama sukakan awak...sejak dari mula-mula kita berjumpa lagi." Luah Jessica dengan wajah yang merah menyala.

Jarang berlaku perempuan luahkan perasaan dekat lelaki, hari ni berlaku. Jessica berjaya memecahkan rekod!

Darrel memandang ke arah Jessica yang sudah menundukkan kepalanya kerana malu.

Dia kemudian tersenyum,

"Saya pun suka awak juga...saya masih lagi ingat bagaimana awak berusaha nak selamatkan saya daripada hampir mati dengan askar hari tu...dan sejak hari tu hati saya sudah tertarik pada awak Jessica..."

Darrel tersengih sendiri, akhirnya dia berjaya meluahkan perasaannya kepada Jessica. Sudah lama dia memendam perasaan itu.

Jika dikira semula dari hari pertama mereka bertemu, sudah 3 bulan berlalu. Dan 3 bulan juga dia memendam rasa suka pada Jessica.

"Jadi...awak tak kisah je terima perempuan kasar macam saya sebagai kekasih?" Jessica menyoal Darrel dengan perasaan was-was.

Dia pernah mempunyai kawan yang mempunyai masalah percintaan seperti berpisah dan sebagainya, dia takut benda itu akan terjadi padanya.

Jadi sebagai langkah berjaga-jaga lebih baik dia tanya pada Darrel dulu.

"Awak nak tahu tak Jessica."

"Saya tak tahu." Balas Jessica selamba.

"Iyelah saya nak bagitau ni. Sabar." Darrel tergelak kecil dengan sikap tidak sabar Jessica itu.

"Kadangkala perempuan yang lemah lembut, ayu ni adalah lebih teruk daripada perempuan kasar macam awak. Manakala...perempuan kasar macam awak mungkin lebih mulia hatinya daripada seorang perempuan yang lemah lembut...jadi.."

Darrel pergi mendekati ke arah Jessica dan memegang kedua belah tangannya,

"Saya tak kisah, malahan saya suka dengan perempuan macam awak yang jujur dan terus bercakap perkara yang awak nak cakap..."

Wajah Jessica semakin merah, tetapi dia juga turut tersenyum.

"Jadi...kita dah sah jadi kekasih?" Soal Darrel.

"Belum, jumpa Pakcik James minta restu dia dulu nanti."

"Alah..."


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro