Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2

Aejung POV

Aku berjalan menuju ke 'kolam ikan' untuk 'menenangkan fikiran'.

"Hi...budak baru ke?" ada satu suara yang menyapa aku.

"Hmm...ha'ah" siapa pulak yang tanya aku ni.

"Aejung.....!!!!!"

Tak sempat namja tadi tanya aku soalan aku terus lari ke arah omma

"Waeyo omma"

"Tzuyu nak bawa Aejung masuk dewan ni cepatlah" kata omma

"Hmm...yelah yelah" balas aku dengan malas

Kenapalah aku kena ikut yeoja ni. Menyampah pulak. Kalau omma tak suruh memang tak lah aku nak. Haishhh...

"Aejung ikut eonnie eh. Jom masuk dalam" arah Tzuyu eonnie

"Hmm....k" jawab aku dengan nada yang menyampah. Lantaklah dia nak cakap apa. Hahahahaha

Tzuyu POV

"Seonho,ambilkan satu borang tu pastu suruh Aejung tulis" arah aku

"Aejung?? Siapa???"tanya Seonho

"Budak barulah...sebab tulah aku mintak kalau tak aku tak mintak. Cepat sikit bagi..lambat betullah kau ni..."marah aku

"Tak yah ah marah marah....Marah je keje kau"

Seonho POV

'Comelnya dia ni' monolog aku

"Awak isi borang ni...lepas isi nanti bagi saya balik"arah aku

"Ok...thank you" balas Aejung

"Nah...saya dah siap isi"

"Lepas ni ikut saya hantar awak pergi kelas... Awak punya kelas 1-A 1.." balas aku

"Saya nak panggil omma kejap tau"

"Ok...saya tunggu"

Manalah si Aejung ni. Lambatnya.... aku nak cepat ni.

"Seonho oppa!!!!"

Siapa yang panggil aku ni???? Aku toleh ke belakang.......

"Oohhh.....Aejung ke...mana omma Aejung???"

"Ada ni... Jom!!"

Aejung POV

Takutnya nak masuk kelas. Agaknya diorang semua ni baik ke tak. Ada ke yang nak kawan ngan aku. Haishhh lantak lah.

"Aejung ni kelas awak. Masuklah." kata Seonho oppa

"Oppa..boleh tak tolong cakap kat cikgu yang ada budak baru?"

"Boleh boleh...Aejung tunggu kejap tau"

"Ok thank you"

Seonho oppa terus masuk ke dalam kelas dan berbisik dengan cikgu. Tiba tiba rasa lagi gementar pulak bila Seonho oppa panggil suruh aku masuk kelas.

"Aejung"

"Ya"

"Cikgu suruh masuk kelas tapi oppa dah kena balik kelas oppa"

"Oo.. okay oppa.." suara aku bergetar tak tau kenapa, mungkin sebab aku gementar nak masuk kelas baru ni. Tiba tiba Seonho oppa pegang bahu aku. Aku pun pandang dia.

"Masuk je tak yah takut. Mesti ada orang nak kawan dengan Aejung, kalau tak ada siapa nak kawan dengan Aejung, Aejung kawan dengan oppa je, ok" Seonho oppa bagi semangat kat aku sambil buat aegyo.
Aku senyum kepada Seonho oppa dan terus masuk ke dalam kelas.

"Annyeonghaseyo, Kang Aejung imnida. Saya pelajar baru harap awak semua boleh beri tunjuk ajar."

Selesai sahaja aku memperkenalkan diri kepada kelas aku nampak majoriti budak dalam kelas tu berbisik, aku dapat dengar beberapa bisikan. 'Wahh dia ni adik Daniel oppa kan? Pagi tadi aku nampak dia dengan omma Daniel oppa. Aku ingatkan dia girlfriend Daniel oppa. Nampaknya aku ada chance lah nak pikat dia.' Pfft kau fikir aku nak ke kau jadi kakak ipar aku.

"Okay Aejung, awak boleh duduk dekat meja sebelah Jisoo." cikgu tunjuk kearah Jisoo yang sedang mengangkat tangannya, aku pun menunduk tanda hormat kepada cikgu lalu pergi ke tempat duduk aku.

"Hye.. nama saya Kim Jisoo. Selamat berkenalan." Jisoo menghulurkan tangannya kepada aku. Aku menyambut tangan Jisoo. "Nama saya Kang Aejung, emm macam semua orang tau saya adik Daniel oppa. Ha ha."

Jisoo hanya memberikan senyuman manis kepada aku. Wahh dia tak macam budak lain yang bila dengar nama Daniel oppa je terus gila tahap dewa.

"Okay kelas mari kita sambung pembelajaran kita..." cikgu menyambung kembali pembelajaran kelasnya itu.

'Weyhh Aejung lawa sia.. aku macam nak try dia lah.' 'Kau cubalah try dia.. kalau kau tak takut mati dengan Seonho hyung.' 'Apahal pulak kau tiba-tiba cakap pasal Seonho hyung?' 'Mangkuk.. kau buta ke tadi Aejung dekat luar dengan Seonho hyung.. Seonho hyung tu mana boleh buat main bila dia suka someone tu.. nanti jadi macam kes dia dengan Siyeon tu.' 'Aishhhh kau ni sukalah buat aku macam ni.. cubalah jangan semak kepala aku lagi.' Aku hanya mendengar perbualan dua orang pelajar lelaki yang berada dibelakang aku.

"Jisung.. Chenle.. kamu berdua nak kena denda ke masa rehat nanti?" kata cikgu kepada dua orang pelajar lelaki yang membawang dekat belakang aku.

"Errr.. tak cikgu.. maafkan kami.. kami akan siapkan kerja cikgu sekarang juga." suara budak tu bergetar, tulah siapa suruh membawang kan dah kena.

Apabila tamat waktu pertama aku mula berbual dengan Jisoo. "Jisoo.. boleh saya tanya awak sesuatu tak?"

"Tanya apa?"

"Kenapa ramai namja takut dengan Seonho oppa?"

"Owhh pasal tu ke.. diaorang tak takut sebenarnya dengan Seonho oppa tu, just bila Seonho oppa suka someone tu tak ada siapa berani nak rembat perempuan tu. Saya dengar yang dulu Seonho oppa pernah bergaduh sebab ada orang rembat girlfriend dia dulu."

Aku dengan selamba menyebut nama perempuan yang aku dengar tadi.. "Siyeon?"

"Ehh.. haah Siyeon.. awak kenal dia ke?"

"Saya tak kenal pun siapa Siyeon tu.. saya terdengar tadi masa Jisung dengan Chenle membawang belakang saya."

Jisoo hanya menganggukkan kepalanya tanda baru tau bagaimana aku tahu tentang Siyeon.

*kat kantin*

Seonho POV

Aku ternampak Aejung kat kantin dengan Jisoo. Aku terus pergi kat tempat diorang yang tengah makan.

"Hai Aejung... tadi dalam kelas okay tak?"

"Oohh... hai oppa. Aejung okay je lagipun ada Jisoo tak adalah Aejung takut sangat."

"Hmmm... okaylah tu. Nanti kalau ada apa apa cari je oppa tau."

"Okay, bye oppa."

Aejung POV

"Bukan main mesra awak dengan Seonho oppa?"

"Tak adalah... kitorang kenal pun sebab dia yang bawa saya pergi kelas."

"AEJUNG!!!!"

Aku terus toleh ke arah suara yang menjerit nama aku tadi.

"Ooohhh... Daniel oppa ke. Nak apa sampai jerit nama Aejung?"

"Oppa panggil adik sendiri pun salah ke?"

"Tak adalah saje je."

"Tadi dalam kelas okay tak? Sorry oppa takde dengan Aejung"

"Okay je... takpelah tadi Seonho oppa tolong Aejung."

"Okaylah nanti balik tunggu oppa kat pagar sekolah tau. Oppa balik kelas dulu. Bye!!" sebelum Daniel oppa pergi sempat dia cium dahi aku.

"Bye!!"

"Sweetnya korang berdua!!" kata Jisoo

"Hehehhe.... dia memang suka macam tu."

"Aejung... tadi saya nampak ada orang pandang awak tak puas hati masa awak cakap dengan Seonho oppa."

"Siapa??"

"Entahlah.. saya tak perasan"

"Hmm... takpelah biar jelah dia tu. Saya bukannya buat apa apa pun dengan Seonho oppa."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro