Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

15

GUANLIN POV

Lepas aku tengok Aejung, aku terus masuk kedalam kelas dan nampak Daniel tengah duduk berbual dengan yang lain tapi Seonho tak ada dekat situ. 'Mana pulak si Seonho ni?' tanya aku sendirian.

Aku pergi kearah mereka dan duduk di kerusi yang kosong sebelah Jihoon.

"Korang borak apa?" tanya aku.

"Tak ada apa. Borak-borak kosong je. Tak ada topik nak borak. Kau ada apa-apa ke nak kita borak?" tanya Woojin.

"Owhh ni. Pagi ni aku pergi kelas Aejung and nampak tadi ada budak nak buli dia." kata aku lalu aku memandang Daniel. "Kau dengan Aejung ada gaduh ke? Tadi aku nampak mata dia bengkak then macam tak cukup tidur je." kata aku.

"Kau tak ada benda lain ke nak borak?" kata Daniel dengan nada annoyed.

"So maknanya kau gaduh dengan dia lah ni kan. Kalau Aejung kena buli or anything, kau akan terus pergi dekat dia. But now kau yang marah. Korang gaduh sebab apa ni?" tanya aku dengan banyak.

"EHHH KAU SEBOK SANGAT APAHAL! KAU PUN SENDIRI ADA TAK LAYAN DIA! KAU NAK MASUK CAMPUR HAL AKU APAHAL PULAK!" tengking Daniel sambil berdiri kerana terasa amat geram.

"Eh kau apahal nak jerit-jerit ni? Apa dah kena dengan kau! Aku kenal kau bukan baru hari ni tau. Kau bukan macam ni! Kenapa kau marah sangat dengan Aejung haa!!" kata aku dengan agak hairan dan bengang.

"EHH KAU JANGAN SEBUT NAMA PEREMPUAN SIAL TU LAGI BOLEH TAK!" tengking Daniel lagi.

"Weyh kau okay tak ni? Kenapa kau marah sangat ni? Cuba bagitau aku apa masalah kau dengan adik kau tu" tanya aku dengan tenang.

"Aku takde mood nak cakap pasal perempuan tu. Dahlah aku nak pergi tandas" Daniel keluar dan terserempak dengan Seonho di depan pintu.

"Kau nak pergi mana ni Daniel? Kelas dah nak start ni. Cikgu pun tengah on the way." tanya Seonho.

"Kau jangan sebok boleh tak. Kau ni sama je macam Guanlin. Suka jaga tepi kain orang. Blahlah aku nak keluar ni." Daniel keluar dan melanggar bahu Seonho.

"Ehhh mamat ni. Tiba-tiba je nak marah aku. Guanlin, pahal dengan Daniel tu. Period ke apa?" tanya Seonho dengan muka selamba.

"Entahlah aku pun tak tahu. Dia marah gila bila aku sebut nama Aejung. Aku rasa diorang ada gaduh lah. Nanti aku nak jumpa Aejung." jawab aku.

'Elehh tu pun nak jumpa. Nak menggedik lah tu' kata Seonho pada diri sendiri.

"Kau cakap apa tadi Seonho?" tanya aku untuk kepastian.

"Takde apa-apalah. Dahlah aku nak duduk kat tempat aku. Hehehe." jawab Seonho.

Aku menjongket bahu dan mengambil buku untuk kelas seterusnya. Agak-agaknya kenapalah dua beradik ni gaduh. Haishhh aku pulak yang pening kepala. Takpelah kejap lagi aku pergi jumpa Aejung tanya dia apa yang jadi.

*skip*

Aku pergi ke kelas Aejung dan menunggunya keluar. Masa aku tengah tunggu aku nampak ramai budak dah keluar. Aku tahan Jisung, Chenle dengan Jisoo.

"Mana Aejung?" tanya aku. Diaorang pandang each other tanpa berkata apa-apa. "Dia marah korang sekali ke?" tanya aku lagi.

"Dia dah keluar dari tadi and tak balik-balik lagi." kata Chenle.

"Dia pergi mana? Korang tau tak? Dia mesti akan pergi satu tempat kan. One of you guys mesti tau." kata aku.

Jisoo dan Chenle memandang Jisung. Aku pun memandang Jisung inginkan jawapan. "Dia dekat rooftop bangunan sekolah yang lama tu. Dia tak nak korang semua tau sebab dia lagi suka alone if dia ada problem. But untuk kebaikan dia, hyung pergilah." kata Jisung.

"Okay, thank you Jisung." kata aku lalu menepuk bahu Jisung tanda terima kasih sebelum aku lari ke bangunan sekolah yang lama.

Sebaik sahaja aku sampai, aku terus membuka pintu dan melihat Aejung yang sedang memerhati pemandangan dari atas.

"Jisung, aku dah kata kan jangan kacau aku. Kau buat apa datang sini blah lah." kata Aejung tanpa menoleh ke belakang.

"Please Jisung. Leave me alone. I need some times to clear my mind from all this bullshit. Please... go and don't disturb me." kata Aejung lagi sambil menangis.

Aku tetap tak berganjak dari tempat aku berdiri. Aku tak tau kenapa aku tak boleh buat apa-apa. Aku sedih tengok keadaan Aejung sekarang ni.

AEJUNG POV

Kenapa Jisung tak keluar lagi ni. Sejak bila dia tak reti bahasa. Memang nak kena tengking kan budak ni. Aku ni dahlah takde mood.

"AKU DAH KATA KAN KELUAR! KAU PAHAL NI TAK FAHAM BAHASA! KAU NAK AKU BUKAK KAN PINTU UNTUK KAU KE! AKU NI DAHLAH TAKDE MOOD! NAK MELAYAN PERANGAI KAU YAN..." aku tak sempat menghabiskan ayat aku tadi.

Tiba-tiba Jisung peluk aku. Ehh jap ni Jisung ke? Dia berani ke nak peluk aku? Asal macam lain je ni? Kalau aku pusing belakang mesti tercium orang ni. Tapi ni siapa? Asal aku macam kenal je? Kenapa aku tak marah pun orang ni peluk aku?

"Eeerr.... Jisung kau kenapa ni?" aku sebut je nama Jisung sebab aku tak tau ni siapa.

"Please jangan marah-marah macam tadi. Takut oppa tau." dekat betul orang ni bisik kat telinga aku. Meremang bulu roma.

'Kenapa macam suara Guanlin oppa?'

"Guanlin oppa ke ni?" tanya aku.

"Aikk suara oppa pun dah tak kenal ke?" jawab Guanlin oppa sambil ketawa.

"Errr oppa.... lepaslah Aejung tak selesa ni" kata aku.

"Hehehe sorry sorry. Siapa suruh marah tadi. Kan dah kena peluk." kata Guanlin oppa.

Suasana menjadi sunyi sebab dua-dua tak tau nak cakap apa. Aku pun diam jelah sebab aku datang sini nak dapat ketenangan tiba-tiba datang pulak Guanlin oppa.

"Aejung ada masalah ke? Tak nak share dengan oppa ke? Cerita jelah I can be your good listener." tanya Guanlin oppa untuk memecahkan kesunyian.

"Ehh takdelah. Aejung okay je ni cuma bosan nak balik rumah. Bukannya buat apa-apa. Hehehe" jawab aku dengan awkward.

"Hmm.. Setahu oppa Aejung paling suka balik rumah. Yelah kan ada Daniel. Aejung kan rapat dengan Daniel."

"Haa? Oohh yeke? Hehehe entahlah tiba-tiba bosan pulak. Asyik lepak dengan Daniel oppa je. Nak jugak lepak sorang-sorang." kata aku untuk mengelak dari cakap benda betul.

"Aejung memang tak pandai nak tipu kan. Alaa.. tak payahlah nak tipu lagi. Bagitau je. Aejung sebenarnya ada masalah dengan Daniel kan? Daniel pun marah kat kelas tadi. Korang bukan selalu sama-sama ke. Korang jarang tau gaduh...correction TAK PERNAH GADUH." jawab Guanlin oppa dengan yakin.

"Ehh takdelah. Kitorang okay je. Dahlah Aejung nak balik dulu. Dah nak gelap ni. Nanti omma risau pulak. Bye oppa." aku terus blah dari situ dan balik ke rumah.

Sebaik sahaja aku sampai ke rumah, aku terus masuk ke dalam bilik. Terus hilang rasa nak buat apa-apa hari ni. Kenapalah semua benda ni jadi.

Ting..ting..

'Siapa pulak yang chat aku malam-malam ni?' Biar jelah fon tu. Takde mood lah malam ni. Tidur lagi bagus.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro