Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

14

Aejung POV

~meja makan~

"Hari ni anak-anak appa semua okay sekolah?" tanya appa.

"Okay je." kata Daniel oppa. Aku mendiamkan diri sebab hari ni hari paling gila untuk aku.

"Aejung?" tanya appa. Aku terspaceout seketika dan omma menegur aku. "Aejung." cuit omma.

"Huh, apa dia?" Kata aku.

"Aejung ada masalah ke dekat sekolah. Ada apa-apa terjadi ke?" tanya appa.

"Owhh tak ada apalah, Aejung just penat je." kata aku.

Selesai je makan aku terus naik atas ke bilik aku. Pintu bilik Daniel oppa terbuka dan aku masuk ingatkan nak tanya oppa pasal Tzuyu. Aku masuk dan tengok sekitar meja belajarnya dan aku ternampak message Daniel oppa dengan Jisoo.

Aku tak ada niat nak baca tapi aku jenis protective bab keselesaan kawan-kawan aku. Aku rasa geram sebab Daniel oppa macam memaksa Jisoo untuk keluar dengan dia. Masa aku tengah check message tu tetiba Daniel oppa naik.

"Aejung buat apa dengan phone oppa?" tanya Daniel oppa.

"Kenapa oppa buat macam tu dekat Jisoo?" tanya aku tanpa memberi jawapan kepada pertanyaan Daniel oppa.

"Buat apa?" kata Daniel oppa.

"Ni.." kata aku sambil menunjukkan message oppa dengan Jisoo. "Kenapa oppa paksa dia keluar dengan oppa even dia dah cakap tak nak? Kenapa oppa kacau dia? Patutlah bila oppa datang dekat dengan kitaorang Jisoo macam nak mengelak. Sebab oppa layan dia macam ni. Aejung tau oppa budak hot guy dekat sekolah tapi Jisoo bukan orang yang oppa boleh main-mainkan perasaan dia. Bukan buat jadi toy. Aejung rasa malu dengan Jisoo lepas Aejung baca semua ni, kenapa oppa tak cakap dekat Aejung yang oppa suka dia? Ke sebab this just a dare? Sebab dia kawan Aejung? Eh Aejung rasa macam hipokrit pulak sebab Aejung ingatkan Aejung tau semua benda pasal oppa and mesti Jisoo rasa Aejung ni teruk sebab still layan dia baik but diri dia tu dah rasa macam shit gila..." kata-kata aku terhenti bila Daniel oppa memotong ayat aku.

"YE! OPPA SUKA DIA! PUAS HATI AEJUNG SEKARANG? Aejung tau tak betapa lamanya oppa suka dia, betapa susahnya oppa nak rapat dengan dia? Aejung tau tak? Oppa buat macam-macam benda so that dia boleh rapat dengan oppa. Then Aejung masuk sekolah tu and boleh berkawan baik dengan Jisoo and its the best oportunity for me to try again and get Jisoo. Oppa desperate gila nak Jisoo sebab dia tak sama macam perempuan lain.." kata-kata Daniel oppa berhenti. Dia tak tau nak cakap apa lagi.

"Huh, suka Jisoo but then apa kes dengan Tzuyu sampai dia berkepit.." tak sempat aku habiskan ayat tetiba Daniel oppa melenting macam orang tak betul.

"APA MASALAH KAU SEBENARNYA HAA! APA KAU TAK PUAS HATI DENGAN AKU! AKU NI APA BAGI KAU SAMPAI KAU TAK PERCAYA AND CHECK PHONE AKU! PERANGAI KAU APAHAL MACAM SUNDAL SANGAT! EHHH DAH LAH KAU BLA AKU TAK NAK TENGOK MUKA KAU. AKU SAKIT HATI TENGOK MUKA KAU. KAU KELUAR DARI BILIK AKU SEKARANG JUGAA!" tengking Daniel oppa dengan perkataan kasar. Aku terkejut.

"Oppa, Aejung tak ada niat nak.." belum sempat aku nak habiskan ayat Daniel oppa tolak aku.

"AKU KATA KELUARKAN! PERGI MAMPOS SANALAH BODOH!" kata Daniel oppa tolak aku sampai jatuh dan hempas pintu.

Omma naik atas lepas dengar hempasan pintu dan pergaduhan aku dan Daniel oppa.

"Ehh kenapa ni? Korang dua orang gaduh ke? Aejung buat apa sampai Daniel marah? Korang ada masalah ke? Nak omma cakap dengan Daniel apa-apa tak?" tanya omma.

"Tak ada apalah omma, Aejung okay je. Biasalah dah selalu sweet-sweet mesti ada gaduh."

"Betul ni Aejung okay?"

Aku hanya menganggukkan kepala dan terus bangun masuk ke dalam bilik.

'Daniel oppa ni kenapa tiba tiba macam tu ah.'

Aku tak dapat tahan diri aku dan terus menangis. Daniel oppa mesti marah giler dengan aku. Haish apa aku nak buat ha sekarang? Serabutlah otak nak fikir. Pasal Guanlin oppa lagi. Seonho oppa ni pun lagi satu. Orang kata tak nak tu tak naklah. Sebok nak kacau orang. Menyampah betullah. Aku tekup mulut aku dengan bantal dan menjerit sekuat hati. I hope tomorrow will be just like normal.

keesokan harinya

"Aejung, panggilkan oppa kamu dalam bilik. Suruh dia turun breakfast." arah omma.

Aku anggukkan kepala dan terus naik ke atas menuju bilik Daniel oppa. Aku baru sahaja nak ketuk tetapi oppa dah buka pintu.

"Aa...ermm...omma suruh turun makan." terang aku.

Daniel oppa jeling aku dan terus turun ke bawah. Selalunya dia mesti tegur aku. 'Hmm..takkan dia marah aku lagi pasal semalam tu.'

Aku mengambil tempat di sebelah Daniel oppa. Kami makan sebelum bergerak ke sekolah.

"Aejung, Daniel, hari ni appa hantar kamu pergi sekolah ye. Ha cepat sikit makan tu. Nanti lambat kamu masuk sekolah." kata appa.

"Okay." balas aku dan Daniel oppa serentak.

*skip*

Aku turun dari kereta dan melambaikan tangan kepada appa sebelum masuk ke dalam sekolah. Baru sahaja aku nak panggil Daniel oppa, dia dah masuk sekolah terlebih dahulu. 'Haishh macam mana ni' kata aku kepada diri sendiri.

Aku berlari anak ke arah Daniel oppa dan memegang tangannya. "Oppa.." kata aku lalu Daniel oppa menolak aku.

"Aku kata aku tak nak tengok muka kau kan. Jangan kacau hidup aku." kata Daniel oppa lalu beredar meninggalkan aku yang masih bingung.

Tanpa sebarang tindakan aku terus ke kelas aku. Aku masuk kelas dan duduk menekup muka aku pada meja. Ketika aku masuk ke kelas, Jisung, Chenle dan Jisoo masih belum sampai.

"Ehh korang nampak tak tadi siblings goals sekolah kita ni bergaduh, siap kena tepis tu." kata Jihyo. Aku kenal suara syaiton dia tu. Tak guna.

"Ehh ye ke? Bilaa?? Alaaa tak dapat aku tengok." kata Misoo.

"Tulah kau. Tadi aku dengan Siyeon unnie jalan sama-sama and then ternampaklah agenda tak sweet disitu." kata Jihyo lagi lalu aku mengangkat kepala aku memandangnya. "Ehh Aejung kau berapa lama tidur dekat situ? Aku ingatkan kau mati tadi. Opps." kata Jihyo.

"Cukup lama untuk dengar benda sial keluar dari mulut busuk kau tu." kata aku.

"Kau memang perempuan tak guna!" kata Jihyo dengan marah lalu mendekati aku dan ingin menampar aku tetapi Park Byun menahan tangannya.

"Kau nak buat apa ni Jihyo? Kau memang nak suruh aku heret kau pergi bilik pengetua ke?" kata Park Byun. Jihyo terkejut lalu menarik tangannya yang dipegang oleh Park Byun dan lalu keluar dari kelas.

"Kau okay tak Aejung? Kenapa mata kau bengkak? Kau tidur tak semalam? Kau kalau sakit aku bawa kau pergi nurse room." kata Park Byun.

"Aku okay. Tak payah risau pasal aku. Kau buat je aku ni macam tak wujud." kata aku lalu memandang arah yang bertentangan daripada posisi Park Byun.

Park Byun memusingkan badan aku supaya aku menghadapnya. "Kau kalau tak okay bagitau aku. Tauu. Jangan degil sangat, faham." kata Park Byun.

"Kau apa masalah Byun? Aku cakap aku okay kan yang kau tak faham bahasa lagi apahal. Nasib kau president kelas kalau tak dah lama aku maki kau teruk." kata aku lalu memusingkan badan aku menghadap pintu kelas sebelum menekup muka aku ke meja. Semasa aku memusingkan badan aku aku ternampak Guanlin oppa dihadapan pintu kelas. Tetapi bila aku nampak dia je, dia terus pergi dari situ.

Shit betul lah semua orang tengah benci aku sekarang ni.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro