Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 1


Pada waktu malam yang tenang~

Anis iaitu seorang gadis yang baru sahaja tamat pelajarannya dan sudah 3 bulan masuk ke alam pekerjaan sedang tidur dengan lena sehinggalah jirannya sebelah mula membuat bising.Anis dengan malasnya mengambil sebuah buku dan pen pergi ke rumah jirannya sambil menulis di buku tersebut.

Anis mula mengetuk pintu rumah milik jirannya. "Nak apa?" kata jirannya sambil melihat Anis. "Oh,kau rupanya..apahal?" kata jirannya.Anis menunjuk isi buku itu yang mempunyai tulisan 'Bang,perlahan sikit saya esok kerja ni.' "Aku pelik dengan kau tau.Cam mana lah kau dapat kerja kalau jarang bercakap?" kata jirannya dan Anis membalas dengan mengangkat bahunya.

"Tapi kan..kau berani nak tegur aku ni malam-malam buta ya?" kata jirannya. "Saya introvert bukan penakut."kata Anis sebelum masuk ke rumahnya semula meninggalkan jirannya. "Sakit hati pula dengar kau cakap.Hah elok lah kau cam tu." kata jirannya sebelum masuk rumahnya semula.


Pada Keesokkan Harinya~

Anis sedang bekerja sehinggalah tamat waktu bekerjanya dan sebelum Anis balik,seorang pekerja mula menghampiri Anis. "Anis.." kata pekerja yang bernama Nazrul.Anis memandang Nazrul sambil mengeluh. "Hari ni kan..hari jadi anak aku tau." kata Nazrul. "Sibuk." kata Anis sambil mengemas barangnya.

"Eh,aku tak cakap apa-apa lagi kau dah cakap sibuk." kata Nazrul tetapi Anis tidak peduli kata Nazrul. "Alah,kau bukannya ada boyfriend apa yang kau sibuk?" merungut Nazrul tetapi Anis masih tidak peduli. "Ni ke semangat pekerja? yang tolong antara satu sama lain? jangan risau lah kau cuma tolong hantarkan kat boss kita jer." merungut Nazrul.

"Tak boleh."kata Anis. "Aku pun tak boleh nanti bila kau dah ada anak baru kau faham.Aku dah hantar kat email kau." kata Nazrul sambil mengemas barangnya. "By the way,kau kena ingat,aku rapat dengan boss..so tolong ya dan tutup komputer aku ni sekali.bye!" kata Nazrul sambil meninggalkan Anis yang terkedu dengan perangai Nazrul.

Apabila Anis sudah siap kerja Nazrul,Anis pergi ke bilik pejabat boss mereka. [Aduh,orang tua ni tidur lah pula.] kata isi hati Anis sambil mengejut bossnya. "Ya? apa?" kata bossnya bernama Carl.Anis menunjuk fail yang berisi kerja milik Nazrul. "Letak kat atas meja." kata Carl sambil membelakangkan Anis untuk tidur semula.Anis meletakkan fail itu di atas meja milik Carl dan pergi ke kafe berdekatan dengan pejabatnya.

"Hai Anis,nak beli makanan atau air?" kata pemilik kedai itu.Anis membuat isyarat minum air kepada pemilik kedai itu. "Lewat kau balik sibuk sangat ke?" kata pemilik kedai itu dan Anis membalas dengan mengganguk kepalanya. "Jap ya,cam biasa kan?" kata pemilik kedai itu dan Anis membalas dengan mengganguk kepalanya.Pemilik kedai itu memberi air pesanan Anis dan pulang ke rumahnya untuk tidur.


Pada Keesokkan Harinya~

Di tempat kerja Anis mengalami kerugian yang besar akibat kecuaian Nazrul dan apabila Carl telah tiba di pejabat,Carl memanggil Anis untuk masuk ke dalam bilik pejabatnya. [Baru 3 bulan aku kerja dah jadi kambing hitam] kata isi hati Anis sambil pergi ke bilik pejabat Carl. "Kau mungkin kena pecat sebagai denda kau.Jangan risau aku dah bagitau kat pihak atasan suruh carikan kau tempat kerja yang baru." kata Carl.Anis mengambil buku nota kecil dan pen dari poket seluarnya dan menulis.

'Tapi tu kan kerja En.Nazrul? saya tolong dia hantarkan jer.' menunjuk isi buku itu kepada Carl. "Saya tau benda tu tapi pihak atasan nak orang yang hantarkan fail tu." kata Carl dan Anis membalas mengeluh. "Ni akan terjadi kalau kau kerja kat company cam ni.Jangan risau sangat tau." kata Carl. "Tapi.."kata Anis.

"Sorry tau Anis." kata Carl.Selepas Anis keluar dari bilik pejabat Carl,Nazrul menarik tangan Anis ke sesuatu tempat di pejabat. "Anis,boleh tak nanti kau cakap yang kau buat fail tu? kau tau kan yang tak lama lagi bini aku nak bersalin.Tolong aku kali ni? kata kawan?" kata Nazrul. "Sejak bila kita kawan?" kata Anis.

"Kan kita ni satu company tolong lah" kata Nazrul dan Anis meninggalkan Nazrul bersendirian.Selepas Anis selesaikan kerjanya,Anis terdengar perbualan Nazrul yang sedang berbual dengan seseorang di telefon ketika berjalan ke majlis hari jadi anak kepada kakaknya. "Ya,En.Carl ya.Saya dah uruskan hal tu.Encik tau kan yang Anis tu cam mana.Dia tu introvert tak berani nak cakap benda betul.Ya,takkan jadi masalah." itu lah perbualan Nazrul yang Anis dengar sebelum meninggalkan pejabat dan pergi ke majlis hari jadi anak kepada kakaknya.


Di Majlis Hari Jadi Anak Kepada Kakak Anis~

"Adik,sampai pun kau." kata kakak Anis yang bernama Aryana. "Ambil ni hadiah untuk anak akak." kata Anis sambil memberi hadiah itu kepada Aryana. "Jom lah join." kata Aryana. "Takpe lah kak..Papa ada kan? Papa tak suka Anis pun so bye." kata Anis sambil melambaikan tangannya kepada Aryana sebelum pergi ke rumahnya untuk tidur.


Pada Keesokkan Harinya~

Ketika Anis sedang membuat kerjanya,salah satu pihak atasan yang bernama Melina datang ke pejabat Anis. "Cik Anis,sila ikut saya."kata Melina dan Anis mengikut Melina ke bilik untuk dibincangkan mengenai masalah yang berlaku dengan company itu. "So..sapa yang buat?" kata Melina. "Nazrul." kata Anis.

"Ada En.Carl bagi kau rasuah tak?"kata Melina. "Tak ada pun." kata Anis. "Jadi tak betul apa orang cakap pasal awak." kata Melina. "Pasal apa?" kata Anis. "Yang awak ni introvert plus bodoh.Awak ikut jer apa orang cakap." kata Melina. "Saya introvert bukannya donkey lagipun saya tak selesa cakap dengan lelaki.Nasib baik yang jumpa saya ni perempuan kalau lelaki,susah saya nak cakap." kata Anis. 

"Ok senang kerja saya lepas ni.Bye,Anis." kata Melina. "Bye,Melina." kata Anis sebelum pergi ke cafe yang berdekatan dengan pejabat.Ketika Anis sedang menjamu makanannya,Carl datang ke arah Anis. "Hey,Anis.Awak sengaja buat ke? saya cuba buat baik dengan awak.Sampai hati awak buat cam tu dengan saya?" kata Carl.

"Maksud?" kata Anis. "Saya dengar awak tak mengaku pasal hal tu.Pihak atasan akan buat soal menyiasat dengan semua orang.Awak cuba lawan saya ke?" kata Carl menyebabkan Anis berhenti makan dan memandang Carl. "Napa? marah ke? mesti tapi tengok dengan muka kau.Awak cuma kena guna otak awak.Kalau awak cakap benda betul,habislah semua orang! kau boleh support hidup orang lain ke? boleh? saya akan pastikan awak tak ada sesapa yang ambil awak kerja.faham?" kata Carl.

"Napa ni? apa yang bising-bising?" kata seorang anggota polis bersama seorang lagi anggota polis. "Ni lelaki ni serang perempuan ni." kata pemilik cafe itu. "Encik,sila jangan buat hal di cafe ibu saya ya." kata anggota polis itu.Carl pun meninggalkan cafe itu dengan perasaan marah. "Anis,kamu ok?" kata pemilik cafe itu.

Anis mengambil buku nota kecil dan pen untuk menulis 'Saya ok jer,makcik.' menunjuk isi buku itu kepada pemilik cafe itu. "Perkenalkan ni anak makcik,Hisyam.Hisyam ni Anis." kata pemilik cafe itu. "Hai Anis panggil saya Hisyam jer." kata Hisyam. "Dan saya  Luqman." kata kawan kepada Hisyam yang bernama Luqman.

Bersambung~

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro