Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Prolog

NI NO NI NO NI NO~

Kedengaran bunyi siren ambulan semakin lama semakin menghampiri sekumpulan warga kota yang sedang mengerumuni suatu kejadian cemas.

Bunyi hujan yang lebat turut membasahi bumi pada ketika itu saksi kejadian menyayat hati tersebut.

"Fae, bangun sayang. Jangan tinggalkan saya." Seorang lelaki  berpakaian kasual biru yang dipenuhi lumuran darah serta bajunya sudah lencun dek hujan lebat itu menangis sekuat hati menanti sang kekasih membuka matanya. Dalam hatinya masih berdoa agar perkara yang tidak diingini berlaku.

Fae kini terbaring kaku di pangkuan Hwall. Tidak sedarkan diri. Mukanya  pucat seperti mayat. Mulut serta dadanya dipenuhi darah akibat  tembakan oleh lelaki misteri sebentar tadi. Dengan kekuatan yang ada Hwall sedaya upaya mengejut Fae supaya dia tersedar.

"FAE PLEASEE...saya dah janji dengan Kevin nak jaga awak selamanya." ucap Hwall penuh berharap diselangi dengan tangisan esakannya. Tersedu-sedan dia mengucapkan kata-kata tersebut. Dia hampir kehilangan suara dek duka yang tidak dapat ditanggung.

Dia menggoncangkan tubuh Fae sekuat hati. Malangnya perbuatan itu hanya sia-sia. Fae tetap lemah longlai di tangannya sambil tidak sedarkan diri. Esakan tangis lelaki tersebut semakin kuat. Matanya makin kabur kerana sudah banjir dengan air mata. Melihat insan yang paling disayanginya tewas di hadapan matanya sendiri.

Lelaki misteri berpakaian serba hitam serta topi di kepala yang melepaskan tembakan pada Fae tadi sudah lama lenyap melarikan diri. Hwall tidak sempat mengamati siapa gerangan lelaki misteri tersebut. Dia pasti lelaki misteri tersebut ada kaitan dengan masa silamnya suatu ketika dahulu.

"Fae, maafkan aku. Ini semua salah aku." sambung Hwall lalu terus memeluk tubuh longlai Fae. Dia masih tidak boleh menerima kenyataan. Sepatutnya dia yang dianiyai. Kenapa perlu babitkan Fae? Fae tak bersalah.

Sedang orang ramai sibuk menyaksikan kejadian tersebut. Suzy dan Younghoon turut bergegas berlari di celah-celah timbunan orang ramai tersebut untuk mendapatkan Fae dan Hwall.

"Hwall, macam mana boleh jadi macam ni?" tanya Suzy sambil merentap kuat tubuh Hwall.

"Fae bangun!!!" Younghoon terkejut melihat mulut Fae dan tangan Hwall berlumuran darah.

Setengah jam lepas sebelum kejadian...

Malam itu Hwall dan Fae baru sahaja selesai daripada menonton wayang.

Keluar sahaja daripada perut mall tersebut Hwall terus mengangkat kedua tapak tangannya ke atas untuk memastikan hujan atau tidak kerana awan terlihat gelap tiada bintang serta guruh sudah berdentam-dentum.

"Alamak, dah gerimis lah. Tak lama lagi ni mesti lebat. Awak tunggu sini kejap ye. Jangan pergi mana-mana. Saya cari payung khas untuk tuan puteri saya yang cantik ni." arah Hwall yang hanya menyuruh Fae berteduh di luar mall. Tidak perlu masuk. Manakala dia berlari ke dalam perut mall tersebut untuk mendapatkan payung untuk mereka berdua.

Belum sempat Hwall membuka langkah untuk masuk kembali ke dalam mall tersebut, Fae sempat mencapai tangan kanan Hwall.

"Ala tak apa, kita redah je sama-sama."

"Awak ni degil lah. My Hime tak boleh kena hujan nanti sakit. Saya sayang awak. Tunggu saya kat sini tau. " Hwall kembali menghadap buah hatinya sambil memegang erat kedua belah tangannya. Sebelum melangkah masuk kembali sempat Hwall mengucup dahi Fae.

"Tunggu tau."

"Ok, I love you, bye" lambai Fae ke arah Hwall.

Hwall turut membalas lambaian Fae sebelum memusingkan badannya 180 darjah untuk masuk semula ke dalam mall mencari sekaki payung.

"Hwall... Hwall... protective dia lagi teruk daripada Kevin." omel Fae sambil memasukkan kedua-dua belah tapak tangannya ke dalam poket baju kerana kesejukkan.

Setia menunggu kekasih hati sehingga dia tiba.

Walaupun hari agak lewat malam  jam sudah menunjukkan pukul 10.00  tetapi suasana di luar mall masih lagi riuh-rendah dipenuhi dengan pengunjung. Masing-masing masih lagi terkandas dalam hujan yang sangat lebat.

Beberapa minit kemudian. Hwall keluar daripada perut mall semula sambil membuka payung yang dibelinya.

Sedang dia membuka payung tiba-tiba dia terdengar dua das tembakan.

BANGGG!!!

BANGGG!!!

Hwall tersentak.

Dia berasa tidak sedap hati.

Bunyi tembakan tersebut kedengaran kuat pada arah di mana dia meminta Fae untuk menunggunya di situ.

Hwall terus berlari sekuat hati mendapatkan Fae sambil memegang kuat kaki payung yang sudah dibukanya itu.

Alangkah terkejutnya Hwall setelah dia mendapatkan Fae.

Jarak mereka berdua kini hanya beberapa langkah sahaja. Tetapi Hwall tidak dapat meneruskan langkahnya. Kakinya terasa sangat lemah.

Terdapat dua kesan tembakan pada dada kiri Fae. Bajunya merah menyala kerana darah sudah membasahi bajunya.

Hwall terkedu. Masih berdiri kaku di hadapan Fae. Fikirannya buntu. Terkejut dengan apa yang sedang dia saksikan dengan mata kepala dia sendiri sekarang. Tangan kanannya masih berpaut pada kaki payung.

Insan yang paling dia sayangi kini sedang bertarung dengan nyawa.

Fae memandangnya kosong. 

Air matanya menitik setitik demi setitik.

Tangan kanan Fae berada di atas dada kirinya yang terkena tembakan. Menahan sakit yang tak terkata peritnya. Fae terbatuk-terbatuk. Banyak darah keluar daripada mulutnya. Mulutnya terkumat-kamit ingin mengatakan sesuatu tetapi tidak terluah.

"H-w-a-a-l" Dengan seluruh kekuatan yang tinggal. Fae  sedaya upaya memanggil nama Hwall buat kali terakhir sebelum dia rebah jatuh ke tanah.

"FAEEEEEEEEEEEEEEEE!!!"

Hwall segera mencampak payung di tangannya dan sempat menyambut tubuh Fae. Dia menangis sekuat hati memukul pipi Fae agar Fae sedar.

Hwall mengeluarkan telefon bimbit daripada poket seluarnya lalu mendail nombor seseorang.

"Hello Suzy, tolong aku, Fae...."

Selepas menutup panggilan tersebut dia cuba menyedarkan Fae buat kali kedua selepas itu dia menjerit meminta bantuan pengunjung yang berada di situ.

"Fae bangun. Tolongggggg"

Pengunjung yang berada di kawasan tersebut berkerumun mendekati Fae dan Hwall. Salah seorang daripada mereka telah pun menelefon pihak hospital dan polis.

Setengah jam kemudian, sebuah ambulans meluncur laju meredah hujan yang sangat lebat berhenti di hadapan tempat kejadian.

Dua orang staf medikal bertungkus-lumus keluar daripada van ambulan dengan membawa segala peralatan kecemasan.

Keadaan di luar mall tersebut makin cemas dan tegang. Orang ramai yang berkumpul tadi semua berlalu ke tepi memberi laluan kepada staf medik menyelamatkan mangsanya. 

Mereka mengalihkan tubuh Fae yang kaku tidak sedarkan diri pada pangkuan Hwall ke atas scoop stretchers untuk dibawa ke dalam ambulans.

Hwall turut masuk ke dalam perut  ambulan untuk menemani Fae sepanjang jalan ke hospital manakala Younghoon dan Suzy kembali ke kenderaan yang dipandu oleh Younghoon terus menuju ke hospital. 

Suasana di dalam ambulan sangat tegang dengan ruang yang sempit. Hwall kini sudah tidak terurus. Rambutnya kusut. Tangan serta bajunya lencun dan penuh berlumuran darah. Dia hanya duduk di tepi menyaksikan para medik beraksi menyelamatkan Fae. Dia tidak dapat membantu apa-apa hanya berdoa dalam hati supaya kekasih hatinya selamat. 

Seorang pembantu pegawai perubatan (MA) segera memasukkan branular (jarum masuk air) pada lengan tangan kanan Fae. Drip Hartman Saline di beri. Mesin tekanan darah dan pulse oxymeter dipasang. Ambulans segera bergerak meninggalkan lokasi dengan lebih laju. 

Dalam perjalanan ke hospital, Staf MA mendapati Spo2 (kadar oksigen) Fae drop. Tekanan darah juga makin rendah. Fae telah berhenti bernafas. Ya! Tiada nafas. Nadinya juga semakin lemah.  Akibat kekurangan kakitangan. Staf MA tersebut meminta tolong Hwall untuk melakukan CPR pada Fae. Tanpa berlengah Hwall terus bangkit lalu melakukan CPR pada Fae seperti arahan staf tersebut. Korang boleh imagine ? Keadaan dalam ambulans yang agak sempit dengan ambulans yang dipandu laju, keadaan jalan raya yang tidak rata, CPR juga perlu dilakukan. Demi nyawa seorang manusia. Beberapa kali Hwall jatuh tergolek dari katil stretcher ambulans. High Flow Mask yang diberikan sejak tadi ditukar kepada BVM (Bag Valve Mask). Hwall dan staf MA tersebut brsilih ganti. Sorang melakukan tekan dada, sorang lagi buat baging. 

Perjalanan ke hospital yang sepatutnya hanya mengambil masa 20 minit dirasakan seperti berjam-jam. Terasa jauh.

Sebaik sahaja sampai di perkarangan hospital, 3 siren dari ambulans dibunyikan. Menandakan kes ini merupakan kes Rhesus di mana memerlukan staf yang bertugas di bahagian red zone bersiap sedia. Fae dikejarkan ke wad kecemasan. Sambil turun dari ambulans sambil staf MA tersebut yang menyambung melakukan CPR pada Fae sebelum dipindahkan ke katil khas. Hwall turut menolak katil tersebut dan terus setia di sisi Fae. Dia memegang erat tangan kanan Fae berharap Fae sedar.

"Fae, maafkan saya. Please, saya tau awak kuat." ucap Hwall tersedu sedan. Badannya basah dipenuhi darah. Termengah-mengah menarik nafas. 

Tiba sahaja di hadapan bilik wad. Hwall tidak dibenarkan masuk. 

"Maaf encik, sila tunggu di luar." Seorang jururawat menahan Hwall daripada terus masuk.

"Bagi jelah. Aku nak temankan dia lah."

"Maaf, tak boleh."

"Please...." Hwall sudah mula terduduk merayu kepada jururawat tersebut agar membenarkan masuk untuk bersama Fae.

"Maaf." Ucap jururawat tersebut lalu terus menutup pintu wad kecemasan tersebut. 

Hwall hanya terduduk bersandar pada pintu itu. Dia memandang kedua-dua tapak tangannya yang dipenuhi darah. Dia rasa amat bersalah. 

"Kevin, maafkan aku." Acap kali dia menyebut perkataan itu. 

"HWALL." Hwall terus mendongak apabila terdengar suara perempuan menjerit memanggil namanya.

"Wendy."

PANG!!!

"ADUH." Hwall memegang pipi kanannya yang merah akibat ditampar oleh Wendy secara tiba-tiba.

Hwall tersedar dari lena.

"Kau dah kenapa dari tadi akak tengok dok sebut-sebut nama mendiang Kevin? bukan main teruk kau ngigau macam orang kena  sawan aku tengok. Mimpi apa? "

"Eh aku kat mana ni? Pukul berapa sekarang?" Hwall segera mencapai telefon bimbitnya di atas meja untuk melihat sudah jam berapa sekarang.

Wendy yang sedang membuka tirai di bilik Hwall bingung melihat tingkah adiknya pagi itu. 

"Kau tak nak pergi sekolah dah ke? Dah siang pak cik oi. Fae dah tunggu lama kat luar tu."

"What? Fae, damn!" Hwall meraup mukanya memikirkan apa yang dimimpinya malam tadi. Pada masa yang sama dia terkejut yang dia sudah janji dengan Fae untuk pergi sekolah bersama hari ni.

"Dah-dah cepat pergi bersiap sana. Kesian Fae tunggu lama."

Hwall segera mencapai tuala mandinya dan bersiap-siap untuk bergegas ke sekolah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro