Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

-GYM❤️ 1-

"Panasnya malam ni." Hanya mengenakan boxer dan singlet berwarna hitam dengan rambutnya dibiarkan berjurai jatuh ke hadapan Hwall  menggolek-golekkan tubuhnya di atas  katil sambil merungut kepanasan. Dia tidak dapat melelapkan mata kerana malam itu terlalu panas. Tak, actually dia tengah tunggu someone wish birthday dia esok. Malangnya tiada khabar berita daripada si dia sejak tadi. Telefon Hwall tidak berbunyi  satu hari ni. Tiada panggilan masuk mahupun noty whatsapp daripada Fae.

"Dah nak dekat pukul dua belas ni. Takkan dia lupa? Hwall berteka-teki sendiri.

Sekali lagi Hwall menukar posisi baringnya menghadap pada tingkap.

"Maybe dia dah tidur kot. Alah sampai hati dia." Hwall membenamkan mukanya ke bantal.

Selepas itu dia bangun mengambil fon di atas meja berdekatan katilnya. Dia memilih icon whatsapp dan membuka ruang chat Fae.

11:55 p.m
[Fae online]

"Eh Fae online lagi lah. Means dia tak tidur lagi lah kan. Aku try chat dia untuk bagi hint. Mana tau dia lupa ke esok should be hari apa. Minah ni bukan boleh dipercayai."

***

[Hwall online]

[Fae online]

***


Hi everything! Tak tidur lagi ke?

Nope. Tengah fikirkan someone.


Siapa lah gerangan yang bertuah tu.

Yang penting bukan kau, perasan. HAHA


Kevin lah tu. Dahlah aku nak merajuk.


Halah ngada. 
Sejak bila perangai kau macam budak-budak ni? Cringe duh.


Sejak kau hadir dalam hidup aku. ACIACIA

                                                            Hish mamat ni. Pandai buat pickupline bodoh dah sekarang. Boleh gila aku layan kau.                                                                                                                                                                         Btw, dah lama aku nak tanya. Asal kau pindah Tokyo? Kau tak kesian ke dekat mama. Kawan-kawan kau dekat Rivera Hood. 

Biarlah aku nak mulakan hidup baru dekat sini. Lagipun mama ok je. Dia banyak outstation dekat Tokyo. Sekali-sekala dia akan datang melawat aku.

Oh... baguslah kalau macam tu.

Wey lagi 15 minit. Ingat tak esok hari penting apa?

Tak ingat. Sorry aku dah mengantuk. Tidur dulu. Jumpa esok😜

What? Fae, sampai hati kau buat guardian knight kau macam ni 😭.

Seen

***

[Fae offline]

***

"Cis, berani dia bagi aku double tick je." Hwall  berasa sedikit sugul. Sampai hati Fae tidak mengingati hari kelahiranya esok. Dia mencampak telefon bimbitnya ke atas meja sebelum melelapkan mata.

Manakala Fae yang berada di atas katil di rumahnya sendiri tersenyum-senyum seperti kerang busuk. Puas hatinya dapat mengenakan Hwall balik.

"Sabar ya Hwall. We wait and see esok. Lantak kaulah nak merajuk dengan aku esok." Fae masih tergelak-gelak seorang diri di balik selimut.

Mana boleh Fae melupakan tarikh keramat tersebut. Tarikh yang begitu penting dalam hidupnya. Kelahiran dua insan yang paling disayanginya lahir ke dunia. Dua-dua insan yang mencintai dia seadanya.

Memandangkan tahun ini merupakan tahun pertama Hwall bersama-sama dengan keluarga kandungnya sendiri di Tokyo setelah bertahun-tahun terpisah, Fae sudah merancang lama dengan Wendy dan Rosallie untuk memberikan kejutan pada hari jadi Hwall yang ke-17. Mereka juga tidak lupa untuk menjemput madam Jeonita bersama suaminya untuk bersama-sama meraikan hari kelahiran Hwall. Jeonita dan Tuan Heo juga sudah sebahagian daripada keluarga Hwall walaupun mereka bukan darah daging Hwall.

Fae tidak sabar menantikan keesokkan harinya.  Pelbagai agenda yang bermain di mindanya sekarang.

"Hope semuanya berjalan lancar esok dan Hwall sukakannya." ucap Fae lalu tertidur sambil memeluk gambar 'awkward' dia dengan Hwall yang pernah ditangkap oleh salah seorang pelayan restoran yang pernah dikunjungi oleh mereka berdua secara tidak sengaja semasa masih berada di Kota Nara dahulu.

🌹🌹🌹

"Fae, tolong jangan tinggalkan saya. Saya tak boleh hidup tanpa awak. " Rayu Hwall.

"Maafkan saya Hwall, saya kena pergi. Dia dah tunggu lama. " Tangannya dilepaskan perlahan-lahan daripada genggaman Hwall. Fae berpaling ke belakang. Langkah demi langkah dia maju ke hadapan menuju pada  seseorang yang sudah lama dirinduinya. 

Fae  meninggalkan Hwall yang sedang terpinga-pinga di belakangnya. Mukanya berkeringat dan  penuh dengan tanda tanya.

Fae semakin menghampiri lelaki itu. Lelaki yang berpakaian serba putih itu sangat dikenalinya. Walaupun  silau penuh cahaya yang agak samar-samar di kawasan di mana lelaki itu berdiri tetapi Hwall pasti itu Kevin. Ya lelaki itu ialah Kevin. Kerana Hwall merasakan seperti dia sedang melihat refleksi dirinya sendiri. Lelaki yang pernah dijumpainya semasa dia sedang dalam koma suatu ketika dahulu. Kevin menanti Fae dengan senyuman yang begitu ikhlas. Dia menghulurkan tangan kanannya ke hadapan. Perlahan-lahan Fae menggapai tangan tersebut. Setelah bersatu akhirnya mereka berdua terus berjalan pergi ke suatu tempat yang Hwall tidak pasti. Tetapi di hadapan mereka penuh sinar putih walhal di tempat dia berada kini sangat gelap.

"FAEEE! KEVINNN! APA SEMUA NI? TOLONG JANGAN BUAT AKU MACAM NI." Teriak Hwall.

Dia membuka langkah untuk berlari ke arah mereka berdua. Malangnya tangan kiri Hwall kini dihalang oleh seseorang.

"Kau siapa? lepaskan aku sekarang. Aku nak ikut diorang. "

"Kau tak boleh ikut diorang."

Hwall tidak dapat mengenal pasti siapa gerangan yang menarik pergelangan tangan kirinya itu kerana kawasan dibelakangnya terlalu gelap. Tiada langsung sumber cahaya.

Tangan itu semakin erat mengenggam tangan Hwall. Semakin lama semakin kuat tarikannya. Hwall tewas. Badannya tertarik ke belakang dan kakinya tersalah tingkah menyebabkan dia terjatuh ke dalam sebuah lubang besar.

"ARGHHHH!" dia menjerit meminta tolong sambil matanya ditutup rapat. Dia kini terapung-terapung di sebuah tempat yang dia tidak pasti. Dia memecut jatuh ke bawah dengan laju seperti ada tarikan graviti yang kuat sedang menariknya. Kedua tangannya dilayang-layangkan ke atas.

PAP!

Kini dia jatuh terduduk di atas sesuatu yang agak keras seperti kayu. Kini dia berasa sudah agak statik dan tenang. Keadaan sunyi sepi.

"uwaaak... uwaaakkk"

Tiba-tiba terdengar bunyi kicauan burung. Hwall berasa pelik. Dalam hatinya berkata 'Aku dekat mana pulak sekarang ni?

Perlahan-lahan dia membuka kedua kelopak matanya. Masih gelap.

Dalam hati masih tertanya-tanya di mana dia berada sekarang. Dengan masih lagi membenamkan mukanya Dia menggerakkan kaki kanannya ke hadapan.

PANG!

Bunyi hentakan kuat terdengar.

"Aduh! sakitnya kaki aku. Aku kat mana sebenarnya ni?"

Hwall menjauhkan kakinya daripada benda keras tersebut. Cepat-cepat dia mengangkat mukanya perlahan-lahan daripada meja.

"Lah aku tertendang kaki meja ke tadi. Again mimpi buruk and rupanya aku still kat sekolah lagi ke. Sampai hati Fae tak kejutkan aku." Hwall mengusap-ngusap belakang lehernya. Terasa penat dengan mimpi ngeri yang baru dialaminya tadi.

Matanya terkebil-kebil. Hwall masih lagi mamai. Cuba menyedarkan diri sendiri. Dia mengalihkan pandangan ke belah kanannya menghadap burung-burung di luar tingkap pulang ke sarang masing-masing. Masih memikirkan tentang mimpinya tadi.

Setelah beberapa minit cuba untuk menyedarkan diri dari mamai. Dia baru perasan yang hari sudah lewat petang. Dia menggosok kedua matanya.

"Now still pukul 5 petang. Sempat lagi aku nak pergi ni."Hwall melihat jam di tangan lalu pantas dia mencapai beg dan mengatur langkah menuju ke tempat yang ingin ditujunya.

🌹🌹🌹

TOK... TOK... TOK

"Kejap. Akak datang ni" Jerit Wendy dari dalam rumah yang sedang membuka apronnya.

Berlari Wendy dari dapur ke depan membuka pintu.

"Hai kakak. Sorry Fae lambat sikit. Tadi singgah cari hadiah untuk Hwall kejap. Hihi" ucap Fae sambil tersenyum penuh gembira. Di tangannya terdapat sebuah bungkusan bersaiz bulat yang dibalut kemas dengan kain.

Wendy turut membalas memberi senyuman mesra.

"Oh ni ada sikit buah tangan daripada mama. Mama dengan papa tak dapat datang sebab ada tetamu jauh nak datang katanya."

"Sokay. Kakak pun tadi prepare apa yang patut dulu. Masuklah." Wendy mengambil bungkusan di tangan Fae dan menjemput Fae masuk ke dalam rumah.

"Are you ready, Fae?" Tanya Wendy.

"Dah lama ready since malam tadi. Jom." jawab Fae teruja sambil membuka baju sejuknya dan meletakkan di ruang khas.

"Amboi, tak sabar nampak." usik Wendy.

"Of course lah kak. Tahun ni tahun pertama Hwall dengan kita dekat Tokyo. Kita kena raikan dia." Fae teruja.

Borak punya borak sehinggakan mereka berdua tidak sedar yang mereka sudah menjejakkan kaki di dapur.

Tiba-tiba Wendy mencapai kedua tangan Fae dan langkah mereka berdua terhenti di tengah ruang dapur tersebut. Wendy dan Fae kini saling memandang antara satu sama lain.

"Fae, Kakak happy tengok Fae dah ceria balik macam dulu. Thanks Fae. Dah buat dua-dua adik kakak bahagia. Baru kakak faham kenapa Kevin sayang sangat dekat Fae. Akak rasa bersalah sangat dulu selalu bergaduh dengan Kevin sebab tak bagi dia jumpa Fae. Sebenarnya dia bahagia bila dapat jumpa Fae and tulah salah satu sumber kekuatan dia. Kakak minta maaf, Fae. Kakak harap Hwall dapat jaga Fae sebagaimana Kevin jaga Fae dulu. Ya, kakak tahu diorang berdua sangat berbeza. Tapi kakak percaya cinta diorang tulus untuk Fae." Luah Wendy ikhlas. Dari lubuk hati yang dalam, dia benar-benar berharap agar Fae dan Hwall akan berkekalan sehingga anak cucu.

Air mata yang bertakung di tubir mata Wendy akhirnya gugur juga. Laju menuruni pipi.


"Oh my god kakak, janganlah nangis.  Nanti Fae pun nak nangis. Semua tu dah lepas. Fae dah boleh terima Hwall seadanya. Kenangan tentang Kevin biarlah kita kunci kemas dalam hati."  Pujuk Fae tenang. Dia menyeka perlahan air mata Wendy dengan tangan.

"Buruk lah kakak nangis. Cuba senyum sikit mesti cantik." Pujuk Fae  buat kali kedua agar Wendy tudak lagi bersedih.


Kini Wendy dapat tersenyum walaupun sisa tangisan masih berbaki.

"Give me hug." Wendy mendepakan kedua tangannya di hadapan Fae untuk memeluknya. Dia berharap agar Fae membalas pelukannya itu.

Fae membalas pelukan hangat Wendy.

"Lepas ni kita sama-sama mulakan hidup baru demi Hwall ya. Dah tak mahu sedih-sedih lagi." Fae menepuk-nepuk belakang Wendy cuba menenangkannya.

"Ehem habis dah drama?" Tegur Rosallie dari belakang.

Cepat-cepat Fae dan Wendy meleraikan pelukan dan menyeka air mata masing-masing dengan tangan.

"Mama. Bila sampai?" Tanya Wendy tersenyum.

"Baru je. Boleh mama join sekali? Mama pun nak hug jugak." Rosallie hanya tersenyum memandang mereka berdua. Bahkan dia juga ingin merasakan kegembiraan itu bersama.

"Mari mama." Ajak Wendy.

Akhirnya mereka bertiga berpelukan di ruang dapur itu.

Setelah beberapa minit akhirnya mereka meleraikan pelukan.

"Thanks Fae... Wendy. Dapat pulangkan balik anak kandung mama yang sejak lahir mama tak pernah jumpa." Rosallie turut bersedih tetapi dia bersyukur segalanya sudah kembali pulih. Hwall sudah pun kembali pada pangkuan keluarganya tanpa memutuskan hubungan dengan   Tuan Heo dan Madam Jeonita. Bahkan hubungan mereka dua keluarga semakin erat.

Madam Jeonita sudah banyak berubah. Tidak lagi dingin seperti dahulu. Dia selalu melawat Hwall di Tokyo.

"Ok lah jom kita masak. Tak lama lagi Hwall mesti balik." Fae cuba memecahkan suasana sedih tersebut.

"Ok. Jom. Oh ya. Madam Jeonita kata dia nak sampai tak lama lagi. Dia bawa tok sekali." kata Rosallie.

"Wahh lama tak jumpa tok." Fae teruja dan gembira mendengarkan berita daripada Rosallie. Sudah lama dia tudak bertemu Tok sejak dia balik ke Tokyo.

Fae, Wendy, dan Rosallie kini kembali menyambung tujuan mereka semula untuk menyiapkan hidangan sempena majlis kelahiran Hwall.

p/s: Hai so... Okay tak untuk chap 1st ni? Best lagi ke x mcam yang first? Dunno lah iolls tulis je apa yang terlintas dalam pale otak ni. Act author dah x igt jalan cerita Adby. X ingat dah umur diorang kat Adby berapa. So kita assume je lah s2 ni diorg dah 17. Dah nak masuk U masing-masing😅

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro