Give Love: 11💓
Aku menyumbat earphone aku di telinga lalu letakkan kepala di atas meja.
Lagu Goodbye milik boygroup The Boyz menyapa telinga aku.
Memang agak sedih maksud lagu itu apabila dihayatinya.
Aku melayan emosi aku dengan lagu itu.
Aku terdengar seseorang masuk ke dalam kelas aku.
Aku mengangkat kepala aku melihat gerangan orang itu.
Hyunjae.
Cukuplah aku bertembung mata dengannya 1 saat. Aku kembali letakkan kepala aku di atas meja.
Aku dapat dengar kerusi di tarik ke arah sebelah aku.
Aku tahu.
Aku tahu Hyunjae yang duduk di sebelah aku.
Aku tidak mahu memandangnya.
"Hyunjoo-ah." Panggil Hyunjae lembut.
Aku buat-buat tidak dengar panggilannya.
"Kenapa awak pergi tanpa beritahu kami? Kami risau tengok awak tiba-tiba hilang" soal Hyunjae risau.
Aku masih mendiamkan diri.
Tak bagitahu diorang konon😒. Aku dah panggil diorang, tapi diorang tak dengar pun! Mentang-mentang ada yeoja cantik bersama dengan diorang. Sampai aku panggil pun tak dengar!😤
"Hyunjoo, awak okey tak ni?" Soal Hyunjae risau.
Aku tak okey!😤
"Hyunjoo, saya ada buat salah ke?"
Fikir-fikirlah sendiri apa salah kau!😝
"Hyunjoo, awak merajuk dengan saya ke?" Soal Hyunjae lagi yang tidak berputus asa.
Ingat aku akan buka mulut? Tak akan! Aku tak nak bercakap dengan dia!😑
•••
🌘🏠🛏
Ting!
Aku mengambil telefon aku yang berada di meja belajar lalu melihat nama yang terpapar di skrin telefon aku.
'Hyunjae'
Aku meletakkan balik telefon aku tanpa baca chat yang dihantar olehnya.
Baru sahaja aku ingin baring di atas katil aku, telefon aku tidak henti-henti berbunyi.
Ting!
Ting!
Ting!
Ting!
Ting!
Ting!
Ting!
Ting!
Aku kembali mengail tlefon aku.
Hyunjae spam masej.
Aku membukat chatnya.
•••
Hyunjoo
Awak okey tak?
Kalau awak tak okey, bagitahulah saya..
Kami ada buat salah dengan awak ke?
Atau saya ada buat salah dengan awak?
Bagitahulah saya apa salah saya.
Awak..
Saya rindu nak dengar suara awak..
Awak...
•••
Aku tutup telefon aku lalu letak tepi.
Malas aku nak layan.
"Hyunjoo! Hyunjoo!" Panggil Ommaku di luar bilik aku.
Dengar sahaja suara Ommaku, aku terus buat-buat tidur.
Aku tiada mood nak bercakap. Aku mahu bersendirian sekarang ini.
Aku dapat dengar pintu bilik aku di buka oleh Ommaku.
Omma berjalan menghampiri aku.
"Hyunjoo.. Chingu kamu ada datang tu" beritahu Omma sambil mengoyangkan tanganku perlahan.
Aku tidak beri apa-apa riaksi.
Macamlah aku tak tahu siapa yang datang...😑
"Hyunjoo, kamu dah tidur ke?" Soal Omma.
Aku hanya mendiamkan diri.
"Tak apalah..." Omma keluar dari bilik aku.
Sebaik sahaja aku mendengar pintu bilik aku ditutup, aku terus buka mata aku.
"Omma tahu kamu tak tidur lagi" tegur Ommaku yang masih berada di dalam bilik aku.
Aku memandang Ommaku terkejut. Aku ingat Omma aku dah keluar dari bilik aku.
#ommaakubijak👍
Aku mengeluh lalu betulkan kedudukan aku.
"Korang bergaduh ke?" Soal Omma.
Aku mengelengkan kepala aku.
"Habis tu? Kenapa korang tiba-tiba jadi macam ni? Ke...sebab cemburu?"
"Mana ada! Kami cuma kawan je lah" bantahku.
Ommaku tersenyum kecil.
"Dah pergilah turun. Chingu kamu ada tunggu kamu dekat luar tu. Kesian dia tunggu seorang-seorang dekat luar. Dah lah sekarang cuaca semakin sejuk" kata Omma sambil berjalan keluar dari bilik aku.
Aku mengeluh berat.
•••
Aku turun dan berjumpa dengan Hyunjae di luar rumah aku.
"Hyunj--"
"Kita cakap dekat lain" mintaku.
Dia menganggukan kepalanya.
"Kajja"
Aku bawanya ke taman permaianan yang berdekatan dengan kawasan perumahan aku.
Aku duduk di buaian manakala Hyunjae pula duduk di buaian bersebelahan dengan aku.
Kami mendiamkan diri seketika.
Hanya bunyi buaian sahaja yang dikedengaran pada ketika itu.
"Hyunjoo" Akhirnya, Hyunjae mulakan perbualan.
Aku memandangnya sekilas.
"Awak dah makan?" Soalnya.
Aku menganggukan kepala aku.
"Omma dengan Appa awak sihat?" Soal Hyunjae lagi.
Sekali lagi aku menganggukan kepala aku.
Hyunjae mengeluh berat.
"Awak...marahkan saya?" Soal Hyunjae tidak putus asa.
Aku hanya mendiamkan diri.
Sekali lagi Hyunjae mengeluh.
Dia bangun lalu berdiri di depan aku.
Kedua-dua tangannya memegang rantai buaian itu lalu dia mencangkung di depan aku.
Dia mendongak wajahnya memandang aku.
Dia merenung wajah aku lama.
"Saya nak minta maaf" ucap Hyunjae rasa bersalah.
"Maaf?"
"Saya nak minta maaf untuk segala-galanya"
Aku mengeluh kecil.
Rasa bersalah timbul dalam diri aku. Kenapa aku bersikap begini. Ianya cuma hal kecil sahaja.
Kau tak pernah bersikap macam ni, Hyunjoo.
"Tak. Awak tak perlu minta maaf. Awak tak ada salah apa-apa pun" ujarku.
Hyunjae tersenyum kecil begitu juga dengan aku.
"Hyunjoo, awak cemburu eh?" Soal Hyunjae dengan senyuman nakal.
"Ma-Mana ada..." bantahku.
"Iyee... awak cemburu dengan Yujin kan.."
"Taklah. Mana ada saya cemburu"
Aku bangun cuba larikan diri dari Hyunjae yang asyik mengusik aku.
Hyunjae sempat menghalang laluan aku.
"Hyunjoo-ah. Awak tak perlu cemburulah dengan Yujin tu. Saya kan dah cakap, perempuan cantik yang saya nampak dekat sekolah kita hanyalah awak" kata Hyunjae sambil menyilangkan tangannya.
Senyuman manisnya tidak pernah pudar dari wajahnya.
Aku tersenyum malu.
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro