Give Love:04💓
Aku meletakkan beg sekolah aku di atas meja belajar lalu menghempaskan badanku di atas tilam empukku.
Aku mengeluh berat.
Ting!
Aku menoleh ke arah telefon aku yang berada di sebelah aku.
Aku mengesot ke tepi sedikit bagi mencapai telefon aku.
Aku melihat skrin telefon aku.
'hy0_jung_ tag you'
Apahal budak ni tiba-tiba tag aku ni?
Ini mesti tak lain tak bukan nak kenakan aku.
Tak pe. Mari kita tengok dulu.
Aku bukan aplikasi Inst*gram.
Hyun_J
171,169 likes
•••
Hyun_J Aku akan pastikan dia jadi milik aku seorang❤
Lihat semua 4,941 komen
Sunw00.0 Uwuuu...siapakan gerangan orang ituuuu
Juye_on Woahhhh! Tak pernah-pernah aku tengok Hyunjae macam ni.
Jean.Jover30 ❤❤❤❤
1804.my My princeeeee❤❤❤
Y0ung_h00n_ Good Luck My Friend!
Hy0_jung_ @hyunj00__ sila muncul.
•••
Jadi dia tag aku dekat sinilah.
Dia memang nak kena esok!
Tapikan...kenapa Hyunjae terlalu berusaha sangat nak dapatkan aku?
Tiada benda menarik pun pada diri aku.
Wajah aku tidaklah secantik muka-mula ulzzang diluar sana.
Aku tak suka buat orang macam ni sebab aku faham perasaan dia.
Aku pun pernah macam dia. Luahkan pada crush dan ditolak. Sebab tu aku tidak mahu tolaknya dan juga tidak mahu terimanya.
Huh...😥
•••
Langkahku terhenti sebaik sahaja aku berada di depan kelas aku.
Aku merenung kelas aku yang bersepah itu.
Aku mengeluh berat.
Aku letakkan beg sekolah aku di tempat aku lalu mengambil penyapu di belakang kelas.
Aku mulakan sesi mengemas kelas seorang diri.
Mentang-mentanglah hari ni giliran aku bertugas, diorang suka-suka hati je bersepahkan kelas.
HUH!😤
•••
Aku mencekak pinggang dan melihat hasil aku kemas kelas itu.
Semuanya bersih dan meja disusun rapi.
Tapi.
Benda ni tak akan bertahan lama selepas ahli-ahli Zoo tu datang.😒
Uhhh😧
Aku melabuhkan punggung aku di kerusi aku.
Aku termenung seketika.
Tok! Tok! Tok!
Bahu aku terhincut dek terkejut mendengar pintu kelas aku diketuk.
Awalnya diorang da--- ouh...Hyunjae rupanya...
Aku memandangnya lemah.
Panat katakan.
Senyumannya tidak pernah lekang di wajahnya apabila bertemu dengan aku.
Tangannya juga jarang sekali berada di luar kocek seluarnya.
"Seorang je ke?" Soalnya yang masih berada di pintu kelas aku.
Aku melihat sekeliling aku.
"Seorang je lah" jawabku.
"Boleh saya masuk?" Soalnya lagi.
"Masuk je lah"
Dia berjalan ke arah aku.
Aku cuba hindarkannya dan menumpukan pada buku latihan matametik aku. Budak pandai nak katakan...ehek.
Semasa aku cuba memberi tumpuan pada buku aku, Hyunjae menarik kerusi ke arah sebelah aku.
Aku kuatkan diri aku untuk terus fokus pada buku aku tapi...
Mana mungkin aku berjaya kalau dia merenung aku di sebelah.
Bolehkah korang beri tumpuan korang pada buku korang kalau ada lelaki kacak sedang merenung korang di sebelah korang?! Siap senyum lagi tu!
Tidak bukan...
Macam tu lah aku!
Memang tak bolehlah nak elak dari pandang dia.
Aku memandangnya yang merenung mata aku.
Jantung aku?
Memang berdugup bagai nak gila lah!
Aku memandangnya sekilas dan kembali memandang buku aku.
Ingat aku akan 100% pandang buku aku?!
Memang taklah. Wajah aku memang menghadap ke arah buku, tapi mata hitam aku aku menjeling memandangnya.
Yah! Hyunjoo! Kau kena lawan!
Aku mengerakkan sedikit kerusi aku ke tepi bagi jauhkan diri dari dia.
Aku membiarkan rambut panjang aku jatuh menutup separuh wajah aku. Tak adalah aku nampak dia walaupun aku cuba jeling dia.
Sekarang aku rasa sedikit selesa untuk baca buku aku.
Suasana yang sunyi membuatkan aku rasa pelik dan asing. Macam masa dihentikan.
Bunyi kenderaan yang lalu lalang di depan sekolah tiba-tiba rasa tidak kedengaran. Macam ada yang tidak kena sebalik suasana ini.
Disebabkan rasa ingin tahu menyelubungi diri aku, aku menyelak rambut aku ke belakang cuba melihat Hyunjae masih berada di sini atau ti--
Oh!
Nafasku terhenti seketika apabila wajah Hyunjae berada betul-betul dekat dengan aku.
Aku cuba belakangkan sedikit kepala aku agar wajah kami tidak bersentuhan terutamanya pada bibir aku yang berharga ini.
Tapi..
Walaupun aku kebelakangkan kepala aku, Hyunjae tetap dekatkan wajahnya dengan aku.
Aku apa lagi! Kebelakangkan lagi wajah aku. Takkan nak tunggu bibir kami bersentuhan baru nak jarakkan muka.
Disebabkan aku terlalu khusyuk kebelakangkan kepala aku, aku tidak perasan bahawa belakang badan aku tiada tempat penyanda kerusi kerana aku duduk sengek sebab nak jauhkan diri dari Hyunjae tadi.
Akhirnya aku terjatuh kebelakang dan!
Hyunjae sempat menahan belakang aku dengan tangannya yang panjang.
Disebabkam Hyunjae menahan belakang aku dengan tangannya, jadinya wajah kami kembali dekat.
Wajah kami kali ni lebih dekat daripada sebelum ini.
Rambut depan Hyunjae terjurai di dahi aku.
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro