t i g a b e l a s
Done triple updates😍
And, take noted that chapter ni ialah chapter terakhir sebelum epilogue. Okie?😜
•••
"Mereka akan bertahan, Ryu. Jangan risau. Aku tahu mereka kuat." Pujuk Puan Kim kepada Puan Ryu.
"T-tapi, Kim. Dah seminggu Taehyung dengan Daehee tak sedarkan diri. Aku bukan apa tapi aku risau dengan kemungkinan yang akan berlaku." Puan Ryu berkata dan terus dipeluk oleh Puan Kim, erat.
"Kita doa saja yang baik-baik. Jangan risau, okay?"
"Hm."
-
"Erm, cik? Cik buat apa dekat sini?" Soal salah seorang jururawat kepada seorang wanita yang dari tadi rasanya sedang berdiri di hadapan wad yang menampatkan Daehee dan Taehyung itu.
"Ouh. Tak ada apalah. Saja je. Ingatkan nak melawat kawan. Tapi, ada ada lain pula yang melawat. Next time jelah." Jawab wanita itu lalu dia terus beredar, meninggalkan jururawat itu dalam kebingungan.
"Ouh, erm, baiklah, cik."
Jururawat yang bertugas menjaga Daehee dan Taehyung itu mula memandang ke arah wanita yang sudah berjalan pergi meninggalkan wad yang menempatkan Daehee dan Taehyung itu.
Terasa pelik kerana selama seminggu ini, wanita itu tidak pernah lagi datang melawat pesakitnya itu. Dia mula menggeleng lalu terus membuka pintu wad milik Daehee dan Taehyung untuk menjalankan tugasnya sebagai jururawat mereka sebelum doktor yang bertugas tiba.
-
"Mereka berdua stabil dan langsung tidak menunjukkan sebarang serangan yang dijangka sering berlaku kepada pesakit-pesakit yang lain. Kita tunggu lagi sehingga mereka sedar." Ujar doktor yang bertugas sebaik sahaja melakukan pemeriksaan terhadap Daehee serta Taehyung.
"Doktor rasa...erm...bila diorang berdua akan mula sedarkan diri?" Soal Puan Ryu kepada doktor itu dan doktor itu terus menjawab.
"Mungkin dalam dua ke tiga hari lagi? Itu hanya anggaran saya. Kita tak tahu kuasa Tuhan."
"Ouh, baiklah, doktor. Terima kasih." Puan Kim pula berkata dan doktor itu hanya mengangguk perlahan bersama senyuman.
"Baiklah. Saya minta diri dulu."
-
Skret...
Pintu wad yang menempatkan Daehee dan Taehyung mula dibuka oleh dua pasangan orang tua kepada mereka berdua itu.
Namun, semua orang mula terpempan apabila melihat katil yang sepatutnya dibaringi oleh kedua-dua anak mereka kini kosong.
"D-doktor. Doktor!" Tuan Ryu mulaemanggil doktor dengan kelam kabut.
"Mana anak saya?! Mana anak kami berdua?!" Puan Ryu merintih bersama Puan Kim. Suami mereka mula menggapai tubuh mereka yang sudah tersungkur ke tanah.
"T-tadi mereka ada..." Jururawat yang bertugas mula ingin mengatakan sesuatu namun agak terpempan apabila melihat memang benar bahawa wad itu kosong, tidak berpenghuni.
"Mana anak saya, doktor..." Puan Ryu terus rebah sepenuhnya ke lantai.
"Ryu!"
-
"Di sini, tiada yang merekodkan bahawa anak tuan berdua keluar dari wad mereka. Malah, tiada langsung menunjukkan bahawa ada pelawat yang masuk sebelum tuan dan isteri tuan berdua."
Terang pengawal keselamatan sambil menerangkan isi yang mereka dapat perhatikan berdasarkan rakaman CCTV yang dapat menangkap aktiviti keluar masuk wad yang menempatkan Daehee dan Taehyung itu.
"Dah tu? Macam mana anak kami boleh hilang?" Tuan Kim berkaya lalu dia mula menguak rambutnya ke belakang, stress serta buntu dengan apa yang terjadi ketika ini.
"Pihak kami akan cuba mencari pesakit yang terlibat. Tuan berdua jangan risau."
-
Skkks. Skkks. Skkks.
Bunyi seperti sedang mengasah pisau itu bergema di seluruh ruangan. Seorang wanita sedang duduk di atas sebuah kerusi dengan silangan di kaki sambil mengasah pisau yang berada di tangannya.
Senyuman sinis yang tertacap di bibirnya masih tidak lentur malah makin lama makin melebar. Sekali sekala dia memandang ke arah hadapannya dan kembali tergelak kecil, gembira.
"Patutlah kau ni liat betul nak mati. Rupanya ada peneman sehidup semati."
Skkks. Skkks. Skkks.
Asahan berhenti lalu wanita itu mula meleraikan silangan pada kakinya dan mula bangkit dari duduknya bersama pisau di tangannya.
Kakinya mulaelangkah satu per satu ke arah dua manusia yang tidak menyedarkan diri di hadapannya itu. Terikat di atas kerusi kayu, masih di dalam lena mereka berdua.
"Tak nak bangun ke? Aku dah tak sabar ni nak tengok saat-saat akhir korang di muka bumi ni."
Ppang!
Wanita itu menampar wajah salah seorang daripada mereka yang merupakan seorang wanita. Dan, seorang lagi adalah seorang lelaki.
Wanita itu mula ketawa besar persis orang kurang siuman lalu dia mencekakkan wajah wanita yang tidak menyedarkan diri itu dan dipandang tajam ke wajah wanita itu.
"Disebabkan kau, kebahagiaan aku musnah! Kelahiran kau di bumi memusnahkan kebahagiaan aku!"
Wajah wanita yang tidak menyedarkan diri itu dilepaskan dengan kasar sedikit kepalanya terteleng.
Wanita yang memegang pisau itu bingkas berdiri dengan tegak lalu rambutnya yang hampir menutupi separuh daripada wajahnya mula diraup kebelakang.
"Erm."
Mata wanita itu mula terarah kepada sang lelaki yang mula berura-ura ingin menaikkan kelopak matanya bagi memberikan laluan kepada,pandangan matanya.
"Eh? Dah bangun dah seekor arnab? Harimau dah tak sabar nak terkam ni. Suruhlah arnab lagi seekor bangun."
"A-aku kat mana?" Lelaki itu mula bersuara lalu dia menutup dan mencelikkan matanya beberapa kali bagi membiasa penglihatan matanya dengan suasana sekeliling.
"Dong Baeja?"
"Ouh. Hai, bos!"
"Apa kau nak buat ni ha?!" Jerkaha Taehyung lalu dia mula meronta meminta untuk dilepaskan namhn matanya terus tertacap pada susuk tubuh di sebelahnya yang masih tidak menyedarkan diri.
"D-daehee? Yah, Ryu Daehee!" Taehyung menjerut memanggil nama Daehee namun wanita itu masih tidak menyedarkan diri.
Ketawa daripada Baeja mula bergema di seluruh runagan tersebut. Taehyung yang kini sudah berpeluh terus mengangkat pandangannya tajam ke arah Baeja yang sedang ketawa besar itu.
"Apa kau nak dari kami hah?!"
"Aku nak nyawa korang."
•••
Aaaaa. Lepas ni epilogue. Tatotttt😩✊
Ha, Baeja ni kenapa lah. Laki bini tu dah nak mulakan hidup baru, ada pula orang lain mengganggu. Kacau line je en? Hm😌
Okaylah. Nantikan epilogue bila-bila jelah Idae nak update😂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro