s e p u l u h
Done triple updates😍💜
•••
Sudah seminggu berlalu sejak peristiwa Taehyung dibongkarkan dengan rahsia terbesar yang disimpan kemas oleh orang tuanya dan orang tua Daehee.
Daehee juga tidak pulang ke rumah Taehyung selama seminggu tu. Lelaki itu hanya mengabaikan ketidahadiran sang hantu di rumahnya.
Tok. Tok. Tok.
"Tuan Taehyung. Mak cik ada bawakan bubur untuk kamu. Kamu kata kamu tak lalu makan kan?"
Taehyung hanya diam tidak membalas. Dia terlalu penat. Selama seminggu ini juga, dia bagaikan seorang budak lelaki 5 tahun kehilangan ibunya. Menangis siang dan malam tanpa henti.
"Mak cik letakkan dalam peti sejuk ye? Nanti nak makan, panggil mak cik untuk mak cik panaskan bubur tu."
Pembantu rumahnya itu hanya mengeluh lalu dia mula meninggalkan bilik Taehyung itu. Taehyung memejamkan matanya kembali lalu air mata sekali lagi tumpah.
Dia rasa keseorangan. Dia rindukan Daehee.
-
Daehee duduk di atas jambatan yang merentasi Sungai Han itu. Angin yang tidak mampu dia rasai itu bertiup lembut.
Mukanya bengkak kerana banyak menangis. Dia kecewa apabila selama seminggu ini, Taehyung langsung tidak mencarinya.
Dia rindukan lelaki itu. Rindukan saat apabila lelaki itu mencarinya seharian dulu. Rindukan senyuman lelaki itu. Rindukan segalanya tentang lelaki itu.
Ya, dia mengaku, dia sudah jatuh cinta dengan lelaki itu.
Siapa sahaja mampu bertahan hanya sebagai kawan mahupun sebagai peneman hidup jika lelaki itu bagaikan memberi satu aura yang menenangkan kepada sesiapa sahaja yang rapat dengannya. Malah, dengan wajahnya yang dingin juga mampu mencairkan hati berjuta wanita.
"Ryu Daehee."
"Ryu Daehee."
Panggilan ke atas nama Daehee itu mula menyapa lembut pada gengendang telinga milik Daehee menyebabkan bulu roma Daehee tiba-tiba menegak.
Dia mula memandang ke sekeliling lalu apabila dia memandang ke kirinya, satu benda hitam terus menerpa ke arahnya lalu dia bagikan dicekik dan dinaikkan ke udara.
"Uhuk, uhuk!" Sakit di tekak kian terasa. Tetapi, dia hantu? Kenapa rasa sakit ini bagaikan terlalu realistik?
"Kau rampas kebahagian keluarga aku. Kau patut mampus je dari dulu." Ujar lembaga hitam itu namun Daehee masih meronta di atas angin bersama lembaga tersebut.
"Ergh! L-lepas..."
-
Binyi deringan telefon milik Puan Ryu menyebabkan Tuan Ryu yang sedang membaca surat khabar di kerusi urut juga terkalih ke arah isterinya.
Terus sahaja panggilan tersebut diangkat oleh Puan Ryu lalu telefon pintarnya dilekapkan di telinga.
"P-puan Ryu! Ada kecemasan. Anak puan-"
Hampir jatuh tersungkur Puan Ryu mendengarkan kata-kata penjaga kepada anaknya di Honnam Hime Care itu namun tubuhnya sempat dipapah oleh Tuan Ryu.
"Kenapa ni?" Soal Tuan Ryu kepada isterinya yang tampak memang sangat lemah ketika ini.
"K-kita kena pergi Busan, bang. A-anak kita...."
-
Taehyung terus duduk bwrsila di atas katilnya apabila tubuhnya terasa panas dan tekaknya terasa sempit. Sesak nafas dibuatnya.
Dia mula terbatuk-batuk dengan kuat sehingga pembantu rumahnya terus menerpa masuk ke dalam biliknya untuk melihat akan keadaannya.
"Tuan Taehyung. Kenapa ni?" Soal pembantu rumah itu kepada Taehyujg lalu dia terus melabuhkan pinggung di sebelah Taehyung.
"S-sakit, mak cik. Sakit..." Taehyung cuba berkata namun nafasnya bagaikan tersangkut, menyekatnya daripada berkata-kata.
"Taehyung! Kim Taehyung!" Itulah kali terakhir yang didengari oleh Taehyung iaitu suara mamanya lalu dia rebah di dalam dakapan pembantu rumahnya.
-
"Kau patut mati. Aku dah lama buru tubuh kau. Dan, nampaknya aku berjaya." Ujar lembaga hitam itu lagi kepada Daehee.
"Ergh! L-lepaslah! S-sakit! S-siapa... Urgh!"
Mereka masih berada di udara, dalam keadaan yang sama di mana lembaga hitam itu meletakkan sebelah tangannya pada leher Daehee membuatkan gadis itu tidak mampu bernafas dengan stabil.
"Kau akan tahu aku siapa lepas kau mati, Ryu Daehee. Selanat tinggal, Ryu Daehee. Jumpa di neraka."
Tubuh Daehee terus dilepaskan masuk ke dalam Sungai Han. Daehee tidak menyedarkan diri di saat rohnya itu ringan sahaja turun ke dasar Sungai Han itu.
"T-taehyung..."
•••
Saja buat pendek sebab scene last tu memang sesuai untik jadi ending chapter ni. Hehe😬
Amacam geng? Tiga chapter staright ni, ada teori yang ingin disampaikan kah? Ha kalau ada, drop it here😉
Nak tahu apa yang sebenarnya berlaku? Tunggu next update pulalah😜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro