s e m b i l a n
Taehyung berjalan bersama pemilik itu menuju ke senuah bilik yang kelihatan agak jauh daripada bilik-bilik yang lain.
Special betul budak ni. Dapat bilik pun special.
Penjaga yang berada di pintu itu mula membukakan pintu tersebut kepada pemilik itu dan Taehyung.
Saat kaki Taehyung melangkah ke dalam bilik itu, dia mengerutkan dahinya apabila dia dapat lihat Daehee sedang berdiri di sebelah katil yang berada di dalam bilik tersebut.
"Daehee?"
Daehee terus berpaling memandang ke arah Taehyung yang emmanggilnya dengan matanya yang berkaca.
"T-taehyung." Daehee terkedu melihat Taehyung yang bagaikan terpaku melihat dia berada di dalam bilik itu. Kedua-duanya bagaikan memandang sesama sendiri tanpa berkelip.
"Inilah anak mereka. Kemalangan semasa berumur tiga tahun dan hampir meninggal dunia. Mereka meletakkan dia di sini dan bukannya di hospital katanya atas sebab-sebab tertentu."
Taehyung menelan liurnya lalu dia mula berjalan ke hadapan katil anak pasangan Ryu itu. Hampir terjatuh dia ke lantai melihat gerangan yang terbaring di atas katil itu.
"T-tak mungkin."
-
"Taehyung! Yah!" Panggil Daehee saat melihat Taehyung turun dari alam perit keretanya yang terparkir di halaman sebuah rumah agam.
"Yah, Kim Taehyung! Awak nak buat apa dekat sini?! Saya boleh terangkan!" Daehee memunculkan diri di hadapan Taehyung lalu Taehyung menepis dirinya yang hanyalah seketul hantu itu dengan emosi.
"Diam!"
Taehyung berjalan masuk ke dalam rumah agam tersebut yang merupakan rumah kepada orang tuanya sambil menghiraukan panggilan daripada Daehee.
Sumpah. Dia rasa tertipu sekarang. Apa? Berkahwin dengan hantu? Alih-alih, orangnya masih hidup? Bodoh!
"Eh, Taehyung? Kenapa da-" Puan Kim baru saja ingin menegur anaknya namun anaknya itu terus melemparkan sebuah fail tepat di atas meja kopi di hadapan Puan Kim itu.
"Taehyung nak tahu pasal benda ni. Sekarang!"
Seumur hidup Puan Kim, tidak pernah lagi dia melihat anaknya itu meninggikan suara malah bersikap agak tidak sopan di hadapannya. Ini boleh dikatakan kali pertama.
Puan Kim menggapai fail yang dilempatkan oleh Taehyung di atas meja kopi yang berada di tengah-tengah sofa. Kini, bagaikan tahu Taehyung ingin datang, keluarga Ryu juga ada bersama.
"Explain this to me. What the hell is this, mama?"
Dingin. Itu sahaja ynag mampu diungkapkan daripada cara Taehyung mengutarakan kata-katanya itu kepada mamanya.
"Taehyung. Janganlah berkasar sangat dengan mama awak. Saya tahu diorang ada sebab."
Daehee masih lagi mencuba untuk memujuk Taehyung supaya bersabar namun Taehyung terus menjerkahnya.
"Shut up you ghostie!"
Daehee tergamam mendengarkan kata-kata Taehyung itu. Penuh dengan maksud tersirat malah penuh dengan pelbagai jenis emosi.
Dia...terkilan.
Terus dia melangkah satu per satu ke belakang bagi memberi ruang kepada Taehyung.
"T-taehyung. Mama bukan nak tipu kamu tapi kami terpaksa."
Terketar-ketar tangan Puan Kim saat melihat rekod tentang pesakit bernama Ryu Daehee dari Hannam Home Care itu. Wajah anaknya dipandang penuh sayu.
"Stop making excuses, ma. So, you said I'm married. And even marry to a ghost. Sekarang, hantu tu sebenarnya hidup. Apa benda yang terjadi ni?!" Taehyung meninggi suaranya, penuh amarah.
Wajahnya memerah kerana terlalu marah. Matanya juga berkaca memandang tepat ke arah wajah mamanya itu.
"Kim Taehyung. Behave." Tuan Kim menegur cara Taehyung bercakap dengan mamanya itu. Namun, Kim Taehyung yang berada di hadapam mereka ini bukanlah mama boy yang mereka kenal sebelum ini.
Ini bukan Kim Taehyung yang sebenar.
"Kenapa semua orang sanggup tipu Tae macam ni? Tae kecewa dengan semua orang." Luah Taejyung seraya setitis air mata mula menitis keluar dari tubir matanya.
"Taehyung..." Puan Kim mula ingin menggapai tangan anaknya namun terus sahaja direntap kasar oleh Taehyung.
"Maaf, ma. Maaf. Tapi, Tae tak mampu nak teruskan semua ni lagi. Tae minta diri dulu." Taehyung bedkata lalu pantas sahaja dia berjalan keluar dari rumah orang tuannya itu.
Puan Kim baru sahaja ingin mengejar anak tunggalnya itu namun terus ditahan oleh Tuan Kim bersama gelengan di kepala.
"Biarkan dia. Dia terlalu terkejut tu. Esok-esok kita bincang lain dengan dia."
Puan Kim terus menyandatkan kepalanya pada bahu suaminya bersama esakan kecil. Tuan Kim terus sahaja mengusap belakang kepala isterinya itu.
Keluarga Ryu pula hanya diam, tidak mampu untuk mencelah pergaduhan anak beranak yang berpunca daripada mereka itu.
Daehee pula hanya melihat mereka dari jauh sebelum dia menghilangkan diri pergi dari situ dengan hati yang pedih serta kecewa.
-
Taehyung menekan pedal minyaknya dengan kuat, penuh beremosi. Air mata yang jatuh tidak lagi diendahkan olehnya. Yang dia tahu sekarang, dia kecewa.
"Argh!"
Dia menjerut kuat saat dia memberhentikan keretanya di bahu jalan tanpa isyarat lalu dia menghentakkan stereng keretanya penuh kegeraman.
Hatinya sakit apabila mengetahui dia ditipu. Sudah hampir setengah tahun dan dia baru tahu bahawa isteri hantunya itu sebenar masih hidup.
Entah kenapa, dia terlalu marah dengan semua ini walaupun dia tahu mereka melakukannya pasti bersebab. Dia terlalu dikawal dengan emosi yang dikandung badan. Dia tidak mampu bertahan.
Saat matanya memandang wajah Daehee yang terlantar di atas katil rumah penjagaan itu petang tadi, hatinya menjerit. Mulutnya bagaikan dikunci malah matanya juga bagaikan digam untuk terus melihat penuh kekecewaan.
Now, he knows, what is the real meaning of this phrase which sais, beautiful lies is always going to be the most painful truth.
•••
Ingat nak buat KimTae accident tapi cam kejam n terlalu cliche. So, kita buat dia nangis je ye nyah?😂
Ha pi baca ada lagi satu chapter untuk korang harini. Hehe😜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro