Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

s a t u

"Erm." Taehyung mula meremgek kecil apabila matanya dibuka dan cahaya terus menerpa masuk ke dalam pandangan matanya membuka dia menutup kembali matanya itu, pedih.

Tubuh dibangunkan lalu dia menyandarkan tubuhnya pada kepala katilnya seraya mengurut perlahan kepalanya yang berdenyut.

Tiba-tiba, dia teringat tentang perkara tadi. Terus dipandang ke sekeliling biliknya sebelum keluhan lega terlepas daripada belahan bibirnya.

"Fuh. Aku ingat betul tadi. Rupanya mimpi." Taehyung mengurut dadanya perlahan sambil emmejamkan matanya, lega dengan realiti yang mengetuk mindanya itu.

"Mimpi apa?"

"Mimpi fasal aku dah ka- Kejap." Terus dibuka kembali matanya lalu dapat dia lihat perempuan tadi berdiri betul-betul di hadapannya di kaki katil.

"Argh!" Taehyung menjerit kuat. Perempuan itu terus menutup telinganya bersama riak wajah menyampah.

"Ouh, sabar Taehyung, sabar. Mesti mimpi lagi ni." Dia mula ingin baring semula untuk melelapkan matanya kembali namun tanpa sengaja, kepalanya terhantuk pada kepala katilnya.

Ppak!

"Argh! Bodoh sakit- What the fish?" Sakitnya bagai hilang serta-merta apabila baru dia tersedar jika dia merasa sakit terhantuk paa kepalanya, sudah mestinya ini bukanlah mimpi semata-mata.

Terus Taehyung terpandang kembali ke arah perempuan yang kekal setia berdiri di kaki katilnya itu dengan wajah tidak percaya.

"Dah habis meroyan ke, abang sayang?"

"Eiuw. Don't call me that. It's giving me chills." Taehyung menggosok kedua-dua belah lengannya, seram sejuk.

"Erm. Okay then. Lepas tu, nak saya panggil awak apa? Abang? Sayang?" Perempuan hantu itu sengaja mengusik Taehyung. Suka betul dia melihat reaksi comel Taehyung itu.

"Jangan- Ergh! Aku tak bersedia lagi nak jadi suami orang. Panggil nama jelah." Taehyung sungguh putus asa dengan perempuan ini.

"Okay, TaeTae." Terus dipejamkan mata Taehyung rapat, cuba bersabar dengan si hantu itu.

"Aku kata panggil nama, kan? Yang kau reka nama aku jadi TaeTae tu apahal? Tahu tak aku geli?" Lama-lama boleh terkena tekanan darah tinggi jika perempuan itu tidak berhenti mencabar kesabarannya sebegini.

"Halah, halah. Okay, fine. Taehyung." Perempuan itu berpeluk tubuh sambil mencebik kecil.

"Ha, pandai pun. Ingat tak tahu nama suami sendiri." Balas Taehyung, puas hati setelah dia berjaya membuatkan perempuan itu memanggilnya menggunakan nama sahaja.

"Erm. Tapi, kau ni sumpah lah isteri aku?" Dia betul-betul tidak percaya bahawa wujudnya istilah ghost marriage itu.

Siapalah yang wujudkan perakhwinan cara paling bangang dalam dunia ni? Dia tahu tak orang terkejut bangun-bangun terus ada bini seorang?

"Yelah. Kalau tak percaya, pergilah tanya mama dengan papa awak. Ataupun, mama dengan papa saya." Balas perempuan itu.

"Takda masa aku nak pergi siasat siapa mak bapak kau semata-mata nak tanya anak dia yang hantu seekor ni kahwin dengan manusia ke. Tch." Taehyung berkata dengan nada perlian.

"Ish. Tak perlu siasat. Awak kenal parents saya, Kim Taehyung. Saya keluarga Ryu. Rakan kongsi syarikat ayah awak. Ingat?" Tergamam Taehyung mendengarkan kata-kata perempuan itu.

Keluarga Ryu? So, this is Ryu Daehee?

"What the- Jadi, kau ni, Ryu Daehee? Anak tunggal perempuan keluarga Ryu yang meninggal dunia waktu umur tiga tahun dan kita sebaya?" Dengan tepat Taehyung memberikan fakta yang diketahui tentang rakan kongsi syarikat ayahnya iaitu keluarga Ryu.

"Pergh. Kuat betul ingatan awak, Taehyung. Exactly." Perempuan itu tergelak kecil.

"I can't believe these shits." Taehyung mengurut kepalanya perlahan, cuba menghadam satu per satu maklumat yang diterimanya itu.

Sumpah tak masuk akal gila! Apa benda ni?!

Tiba-tiba, telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk buatnya lalu dengan pantas dia melihat nama si pemanggil dan terpampanglah nama mamanya di skrin telefon pintarnya.

"Hello, ma. Ada apa?" Terus ditegur mamanya yang berada di hujung talian.

"Saja call. Nak telefon anak sendiri pun tak boleh ke?" Balas Puan Kim di hujung talian mendengarkan anaknya seperti tidak senang dia menelefon ketika ini.

Padahal, jikalau mahu diungkit, Taehyung bakal mengadu padanya bahawa si anak lelaki bongsunya itu merinduinya dan memberitahu supaya menelefonnya sehari sekali paling tidak pun.

Mama boylah katakan?

"Ish. Apa cakap macam tu, ma? Tak adalah. Jarang-jarang mama nak call Tae pagi. Selalu petang macam tu baru call." Jawab Taehyung pula, tersedar bahawa dia terbawa-bawa emosi pasal hantu yang mengau sebagai isterinya itu.

"Halah. Mama nak ucapkan happy birthday je kat kamu. Harini kita sambut besar-besaran eh birthday kamu? Pukul tujuh malam tepat, terus datang rumah mama dengan papa." Beritahu Puan Kim kepada anaknya itu.

Berkerut seribu dahi Taehying mendengarkan kata-kata si ibu.

"Uish. Ada apa sampai besar-besaran tu?" Soal Taehyung, terkejut kerana selama ini hanya majlis biasa-miasa sahaja yang diadakan.

Ni sampai besar-besaran, apahal pula?

"Tanya pula dia. Takkan tak dapat lagi hadiah kamu?" Soal mamanya dan sekali gus membuatkan Taehyung terus menalan liurnya payah.

Gulp.

"H-hadiah apa pula mama ni?" Soal Taehyung, sengaja buat-buat tak tahu. Walaupun dia sendiri tidak yakin bahawa sang ibu mengetahui ataupun tidak tentang isteri hantunya dan ghost marriage yang diberitahu oleh si hantu.

"Ish. Tak apalah. Malas mama nak terang melalui corong telefon. Malam ni kita sembang lain. Okay, baby boy?" Kata mamanya membuatkan Taehyung tersenyum suka mendengarkan mamanya memanggil nama panggilan kegemarannya.

"Yelah, yelah. Okay, mama. Love you. Muah." Taehyung mencium sjrin telefonnya sekali seraya mematikan panggilan telefon bersama mamanya itu.

"Apa pandang-pandang?" Soal Taehyung tidak puas hati mlihat Daehee memandangnya dengan pandangan jijik.

"Eee. Mama boy. Badan je tegap sado. Tapi, tengok-tengok, mama boy rupanya." Perli Daehee membuatkan Taehyung menjelingnya tajam.

"Biarlah! Eee, dah lah hantu. Ada hati nak kutuk orang. Dahlah! Nak mandi! Tepi sana!" Taehyung terus menendang selimutnya sehingga jatuh ke lantai sebelum dia berjalan bersama hentakan kaki pada lantai, masuk ke dalam kamar mandi.

Daehee tergelak kecil, terhibur melihat gelagat si suami. Tiba-tiba, pintu kamar mandi itu dibuka semula lalu Taehyung memandangkan tajam seraya mengambil tuala yang lupa untuk dimasukkan bersamanya sebentar tadi.

Dum!

Pintu terus dihempas kuat oleh Taehyung, menunjuk perasaan geramnya kepada Daehee.

"Eleh. Malulah tu." Daehee berkata sendirian sebelum dia mula melabuhkan punggungnya untuk untuk di birai katil milik lelaki itu.

•••

Amacam first chapter? Okay tak, geng? Hehe😜

Sabar dulu. Banyak lagi hiburan menanti anda dengan gelagat si Taehyung anak manja mama dan si Daehee hantu tak tahu malu😆

Do wait for it😍💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro