prologue
Ghost Marriage is a marriage in which one or both parties are deceased.
•••
"Ahh, indahnya pagi bertemankan cahaya suria!" Taehyung membuka luas langsir biliknya lalu diikat di kiri dan kanan pintu kaca untuk ke balkoni biliknya yang terletak berdekatan dengan katilnya.
Dia tersenyum gembira kerana hari ini adalah hari pertama dia masuk ke pejabat setelah hari pelantikan CEO syarikat turun-temurun keluarganya tempoh hari.
Dia terus mengambil tuala yang siap sedia digantung elok di atas penyidai oleh pembantu rumahnya di sebelah kamar mandi.
Dia mula menjejakkan kakinya ke dalam kamar mandi untuk mempersiapkan diri pada hari pertamanya di pejabat.
-
Taehyung berjalan masuk ke dalam bangunan syarikatnya dengan riak wajah beku. Semua staf di syarikat itu membuat barisan di sebelah kiri dan kanannya lalu ditundukkan tubuh mereka separa bagi menghormati CEO syarikat mereka yang baru itu.
Ya, inilah Kim Taehyung. Anak lelaki ketiga yang mewarisi seluruh harta keluarga Kim.
Kenapa dia dan bukannya abang-abangnya yang lain?
"Yang itu kenapa bergosip lagi? Sekarang waktu kerja, bukan? Sepatah lagi keluar dari mulut korang, aku pecat semua."
Tegas dan beku. Jujur dalam kerjanya dan sangat bijak dalam persaingan antara syarikat-syarikat pesaing.
Tiba di hadapan pejabatnya, pintu ditolak lalu kakinya mula menapak masuk ke dalam pejabat yang dahulunya dihuni oleh ayahnya.
Dia berjalan ke arah tempat duduknya lalu sut di tubuh dibuka sebelum dia menyangkutkan sut tersebut pada penyangkut di belakang kerusi pejabatnya.
Dan, hari Kim Taehyung sebagai CEO syarikat persiaran media terbesar di bumi Korea pun bermula.
-
Hari ini sudah mencecah sebulan dia sebagai CEO syarikat milik keluarganya itu. Taehyung masih lagi berada di atas katil, menyelubungi tubuhnya dengan selimut tebal. Nyenyak sahaja lelaki itu tidur memandangkan hari ini merupakan hari cuti baginya.
"Selamat hari lahir, Kim Taehyung."
Taehyung menggosok telinganya apabila terasa telinganya terdengar seseorang berbisik. Terasa gatal telinga juga terasa seperti ada angin sejuk menerpa telinganya.
"Kacaknya suami saya." Puji suara itu membuatkan Taehyung merungut kecil.
"Ish, jangan kacaulah. Shush sana hantu." Taehyung menepis-nepis uadar di sekelilingnya, menganggap bahawa suara itu hanyalah suara yang terbawa-bawa dari alam mimpinya.
Baru dia ingin menyerbu alam mimpi dengan lebih mendalam dan jelas, tiba-tiba, wajahnya terasa seperti ada yang menyentuhnya.
"Yah! Jangan kacau aku tidurlah- What the fuck?! Kau siapa?!" Taehyung terus terbangkit dari perbaringannya saat matanya terbuka luas dan terpandangan wajah seorang wanita di depan mukanya, berbaring di sebelahnya.
Ulang suara. Berbaring di sebelahnya!
Taehyung terus menarik-narik selimut yang membaluti tubuhnya sehhingga yang kelihatan hanyalah wajahnya memandangkan dia membaluti seluruh tubuhnya dengan selimut termasuk kepalanya dan membuat lubang di bahagian wajahnya.
Wanita itu tergelak kecil melihat gelagat Taehyung yang baginya sangat comel itu.
"Jangan gelak! Kau siapa?! Macam mana kau boleh ada dalam bilik aku?! Mak cik! Hua! Mak cik! Ada orang masuk bilik Taehyung!" Taehyung hampir menangis lalu dia dengan selimut di tubuhnya bangun dari katilnya dan terus berlari keluar dari biliknya.
Tubuhnya terlanggar dengan tubuh pembantu rumahnya.
"Ha, ha, ha. Mak cik. Tu, tu. Ada perempuan dalam bilik Taehyung. Macam mana ia boleh masuk bilik Taehyung?" Taehyung berdiri di belakang tubuh pembantu rumahnya lalu dia menggenggam tangan pembantu rumahnya erat, takut.
"Ha, ya. Kejap mak cik tengok." Pembantu rumahnya mula berjalan satu per satu langkah mendekati bilik Taehyung lalu dia menjengulkan kepalanya, melihat setiap sudut bilik majikannya itu.
"Apa yang Taehyung takut sangat ni? Tak ada siapa pun dalam bilik Taehyung tu." Jawab pembantu rumahnya membuatkan Taehyung terus menolak perlahan tubuh pembantu rumahnya lalu diperhatikan isi di dalam biliknya kembali.
"Alahai, Taehyung. Tak ada apalah. Terbawa dari mimpilah tu. Sudah, sudah. Pergi mandi, lepas tuun makan ye?" Pembantu rumahnya itu terus melangkah pergi meninggalkan Taehyung yang ternganga di situ.
"Ta, ta, tapi..."
"Okay, Taehyung. Kau berkhayal je tu. Pergi mandilah. Segarkan tubuh anda." Taehyung berkata kepada diri sendiri, memberi semangat walaupun di dalam hatinya masih ada sedikit rasa takut.
Dia menutup pintu biliknya kembali, dan saat dia meusingkan tubuhnya, pandangan matanya disapa kembali dengan wajah wanita tadi.
"Aaaaa-" Mulut Taehyung ditekup lembut oleh wanita itu lalu ditolak tubuh Taehyung bersandar pada pintu biliknya.
"Janganlah jerit. Terkejut saya tadi nampak awak menjerit sambil berlari keluar." Bisik wanita itu perlahan.
Tak lama kemudian, perempuan itu mula mengalihkan mulutnya pada wajah Taehyung itu. Taehyung kelihatan agak terkedu. Diam seribu bahasa, memandang perempuan itu tanpa riak.
"Hey, kenapa ni? Tak suka ke tengok isteri sendiri?" Soal perempuan itu mmebuatkan mata Taehyung terus terbuntang luas.
"A-apa kau merepek ni?! Sejak bila aku kahwin?! Halah, halah. Mama! Taehyung takut!" Taehyung mula lemah lutut di hadapan perempuan itu bersama selimutnya di tubuh ditarik ketat membaluti tubuhnya yang meremang bulu roma, seram sejuk.
Tubuhnya jatuh terduduk di lantai lalu dia bersandarkan tubuhnya pada pintu.
Sudahlah dia memang anti betul dengan manusia bernama perempuan. Tiba-tiba, bangun-bangun, ada isteri. Hua!
"Mama dengan papa awak tak bagitau ke? Kita dah lama kahwin. Tak silap saya dari kita masih berumur tiga tahun rasanya. Tapi, dengar kata, saya akan muncul depan awak pada hari lahir awak yang ke-25. Sebab tu saya baru muncul harini. Dan, saya excited sangat!"
"Ahh, kau tipu apa?! Kenapa mak cik kata tak ada siapa tadi dalam bilik aku?! Mana kau pergi hah?! Takut kantoi sebab kau tipu?!" Taehyung berkata dengan suara seperti budak sedang memberontak.
"Erm. Sebab awak je yang boleh nampak saya?" Jawab perempuan itu teragak-agak.
"A-apa maksud kau?" Soal Taehyung terkebil-kebil lalu pandangannya diangkat bagi memandang perempuan tidak dikenalinya yang sedang berdiri di hadapannya itu.
"Saya hantu dan kita berkahwin melalui ghost marriage."
"What the-" Taehyung terus rebah di hadapan perempuan itu usai mendengar jawapan tidak masuk akal daripada perempuan itu.
•••
Sorrylah. Prologue hambar gila nak mati. Huhu😭
Btw, this is my fifth fanfiction untuk tahun 2020. Idae harap sangat korang boleh terus support Idae sampailah ff ni habis. Hehe. Sayang korang😍💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro