l a p a n
Hai, everything!
•••
"Encik Taehyung kan?" Tegur seseorang kepada Taehyung yang sedang duduk di tempat menunggu. Terus Taehyung emngangkat wajahnya memandang ke arah seorang wanita separuh abad yang berdiri di sebelahnya.
"Ah, ya, saya." Taehyung terus berdiri lalu membongkokkan sedikit tubuhnya bagi menyapa dengan hormat kepada wanita itu.
"Saya pemilik rumah penjagaan ni. Marilah kita berbual di alam pejabat saya." Ajak wanita itu lalu Taehyung hanya akur.
"Ouh, baiklah."
Mereka kini tiba di pekbaat milik wanita yang merupakan pemilik rumah penjagaan tersebut. Taehyung duduk berhadapan dengan pemilik itu di atas sofa yang tersedia dan mereka kini hanay dipisahkan dengan meja kopi di tengah-tengah.
"Ada apa Encik Taehyung datang ke mari?" Soal pemilik itu kepada Taehyung.
"Ni." Taehyung terus menghulurkan fail tentang projek pembinaan taman perumahan rumah banglo satu tingkat di tanah tersebut lalu disambut oleh pemilik tersebut seraya dibuka fail tersebut.
"Jadi, Encik Taehyung ingin berbincang soal ini dengan saya?" Soal pemilik itu kembali sejurus pandangannya diangkat ekmbali memandang ke arah Taehyung di hadapannya.
"Ya, saya terpaksa datang sini sebagai CEO. Saya minta maaf jika saya katakan ini. Tapi, ini tanah syarikat saya. Jadi, saya memohin sangat, puan boleh tutup rumah penjagaan ini bagi memudahkan kerja kami." Terang Taehyung secara rinhkas kepada pemilik itu.
"Maaf, Encik Taehyung. Tapi, saya betul-betul tak boleh tutup rumah penjagaan ni." Balas pemilik itu lalu dia meletakkan fail yang sudah bertutuo itu kembali ke atas meja kopi di hadapan mereka itu.
"Tapi kenapa? Kami akan tanggung semua. Pembukaan rumah penjagaan yang sama di tempat lain. Semuanya akan diuruskan oleh pihak kami." Taehyung mula sesi perundingannya bersama pemilik rukah penjagaan tersebut.
"Tak, Encik Taehyung. Hal ini bukan saya yang membuat keputusan. Ada yang lebih berkuasa untuk rumah penjagaan ni." Jawab pemilik itu membuatkan dahi Taehyung berlapis.
Dah dia pemilik? Siapa pula yang lagi berkuasa daripada pemilik itu sendiri?
"Maksud puan?"
-
Daehee berjalan di sekitar runah penjagaan itu. Setiap bilik di kunjungi. Setiap bilik dihuni oleh pesakit dan orang tua.
Sungguh memang mereka dijaga dengan rapi. Kemas sahaja keadaan rumah penjagaan ini dengan segala kelengkapan yang mungkin yidak kelihatan mewah namun cukup memadai.
Langkahnya tiba-tiba terhenti apabila dia ternampak seseorang yang rasanya amat dikenali.
Baeja? Apa minah ni buat dekat sini?
Daehee terus menyorok. Kenapa dia menyorok? Kerana, dia rasakan perempuan itu mampu melihatnya. Pandangannya yang sebelum ini dilemparkan ke arahnya bagaikan menunjukkan satu emosi yang tidak mampu Daehee ungkapkan maksudnya.
Baeja kelihatan sedang bercakap dengan staf yang sedang duduk di kaunter pertanyaan rumah penjagaan tersebut.
Baeja mengangguk perlahan lalu staf di kaunter pertanyaan itu menghulurkan satu kad kepadanya sebelum Baeja berjalan masuk ke dalam lorong yang dipenuhi bilik-bilik pesakit dan orang tua itu.
Daehee dengan pantas terus mengikuti langkah Baeja dengan berhati-hati. Takut juga jika wanita itu mula sedar akan keahdirannya. Entah apa yang mampu wanita itu lakukan.
Baeja berhenti di sebuah bilik yang berada agak jauh dari bilik-bilik yang lain. Baeja menayangkan kad yang dia terima daripada staf di kaunter pertanyaan sebentar tadi kepada penjaga yang menjaga pintu bilik tersebut lalu penjaga itu mila membuka pintu bilik tersebut.
Rasa tertanya-tanya yang membuak di jiwa, namun Daehee hanya menunggu sehingga Baeja keluar kembali dari bilik tersebut.
-
"Jadi, puan hendak bagitau saya, ada pasangan suami isteri meletakkan anak mereka yang koma di sini dan tidak mahu didedahkan kepada pihak awam? Dan mereka yang memberi sponsor kepada hospital ini dan mengarahkan puan untuk tidak mematuhi arahan kami?"
Taehyung cuba mengulang kembali apa yang diterangkan oleh peilik tersebut dengan wajah tidak percaya.
"Dikatakan begitulah. Saya tak mampu nak membantah kerana mereka adalah penyumbang terbesar untuk rumah penjagaan ini. Pengaruh mereka juga boleh tahan kuat." Jawab pemilik itu kepada Taehyung lalu Taehyung mula mengeluh.
"Bagi nama mereka kepada saya. Biar saya berurusan dengan mereka secara bersemuka." Pemilik itu mendiamkan diri sebentar sebelum dua bersuara.
"Maaf. Tapi, saya tidak boleh mendedahkan identiti mereka kepada Encik Taehyung."
"Biar saya teka. Adakah mereka datang daripada keluarga Ryu?"
Disebabkan tadi, Taehyung ternampak kelibat kereta milik Tuan Ryu keluar dari lorong untuk ke Hannam Home Care ni, terus dia menebak.
Pemilik rumah penjagaan itu keliahtan tergamam dengan tekaan Taehyung.
Shit. Jadi, tekaan aku betul? Tapi, siapa anak mereka? Bukankah Daehee satu-satu anak mereka?
"Dah agak dah. Sekarang, puan bagitau saya, siapa yang mereka letakkan di sini."
"Maaf, Encik Taehyung. Ta-"
PPAP!
Satu hentakan mula bergema di seluruh ruangan pejabat milik pemilik rumah penjagaan itu. Taehyung dengan genggaman di tangan memandang ke arah pemilik itu.
"Saya nak tahu siapa anak mereka yang mereka letakkan di rumah penjagaan ni. Atau, puan tidak kisah jika saya ambil tindakan yang lebih kasar? Robihkan rumah penjagaan tanpa izin puan? No problem? Tiada pampasan. Jadi?"
"M-mari ikut saya."
Pemilik itu mula menelan liur sebelum mengajak Taehyung mengikutinya.
-
Baeja kini sudah keluar dari bilik tersebut lalu dia berjalan menuju ke arah kaunter tadi. Kad yang didapatinya tadi diberikan semula kepada staf di kaunter pertanyaan itu.
Daehee tanpa berlengah terus memasuki bilik yang dimasuki oleh Baeja sebentar tadi.
Saat, kakinya mula mendekati katil yang berada di alam bilik tersebut, kakinya itu mula lemah apabila melihat sekujur tubuh sedang terbaring di atas katil di dalam bilik itu, terpempan.
"Daehee?"
•••
Ha plot twist tak? Lol. Btw, ff ni Idae akan habiskan secepat yang mungkin😙
And, ff ni mungkin tamat dalam empat ke lima chapter lagi macam tu. Hehe. Hope korang mampu tunggu sampailah ff ni habis😉💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro