epilogue
"Buktikan perasaan cinta korang di antara satu sama lain." Ujaran lelaki yang dikatakan roh yang terhasil selepas penggabungan roh antara Daehee dan Taehyung itu membuatkan mereka berdua terpaku.
"Maksud kau a-apa? Aku tak cintakan dia." Soal Taehyung teragak-agak. Lelaki iti tergelak kecil.
"Kau sudah ada perasaan tu, Taehyung. Kau cuma ego. Ego dengan diri kau dan fakta tentang Daehee hanyalah sekadar roh di mata kau." Jawab lelaki itu kepada Taehyung mmebuatkan Taehyung terkedu.
"T-tak mungkin. A-aku..."
"Taehyung." Panggian Daehee membuatkan Taehyung mengangkat wajahnya memandang Daehee di sebelahnya.
"Awak memang tak rasa apa-apa bila saya menghilang?"
Taehyung terkedu. Segala ingatannya selama seminggu Daehee menghilangkan diri mula ditayangkan semula di benak fikirannya.
-
"Kalaulah Daehee ada, mesti dia dengan kawan-kawan dia masakkan sarapan untuk aku. Kejutkan aku."
"Kalaulah Daehee ada, mesti dia marah aku asyik terperap dalam bilik, terbaring macam ni."
"Kalaulah Daehee ada, mesti dia akan sentiasa duduk sebelah aku, nak ikut aku ke mana saja."
"Aku...rindu dia."
-
"A-aku tak tahu." Taehyung berkata perlahan, masih teragak-agak dengan perasaannya sendiri.
"Kau takkan pernah tahu perasaan kau sebenar sehingga kau mengaku, Kim Taehyung."
Sampailah aku mengaku? Mengaku aku cintakan dia? Aku...cintakan dia.
Taehyung terkedu. Dia melekapkan tangan pada dadanya lalu dia menelan liurnya payah dan terus mengangkat pandangamnya memandang ke arah Daehee yang masih menatap wajahnya penuh pengharapan.
"Taehyung?" Panggilan Daehee membuatkan Taehyung terus tersedar dari lamunannya lalu ditatap wajah Daehee.
Tanpa dijangka, terus pinggang Daehee dilingkari dengan tangan kekar milik Taehyung dan sekali gus tubuh gadis itu ditarik melekap pada tubuh Taehyung. Bibir Daehee terus sahaja diragut oleh Taehyung, lembut.
Mata Daehee terbuntang namun tak lama kemudian, dia mula membalas ciuman tersebut manakala lelaki yang berdiri di hadapan mereka itu hanya tersenyum.
Tubuh Taehyung dan Daehee mula sedikit demi sedikit menghilang. Sebelum tubuh mereka sepenuhnya hilang dari dunia gelap tersebut, Taehyung meleraikan ciumannya lalu dia tersenyum dan berkata.
"I love you."
-
"Apa yang kau nak dari kami hah?!" Jerit Taehyung kuat lau terus sahaja dibalas kembali oleh Baeja penuh kemarahan.
"Aku nak nyawa korang!"
"Kami...ergh...tak berhutang nyawa dengan kau pun!" Taehyung meronta untuk dilepaskan sambil menjawab.
"I'm not talking about you, bastard. It's about this bitch!" Baeja berkata lalu dihalakan pisau di tangannya ke arah Daehee yang masih tidak menyedarkan diri itu.
"Apa yang dia dah buat dengan kau?!"
"Kau tak perlu tahu, Kim Taehyung. Yang kau perlu tahu, hati aku ni hanya penuh dengan dendam terhadap dia sejak aku mati lagi." Balas Baeja membuatkan tAehyung tergamam.
"K-kau dah mati?"
"Ouh! Terkejut?! Berkahwin dengan hantu tak terkejut pula?"
Taehyung terkedu. Siapa kata dia tak terkejut? Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa terkejutnya dia apabil mengetahui perihal Daehee.
Taehyung mengalihkan pandangannya ke arah Daehee lalu dia menalan liurnya payah sebelum dialihkan semula pandangannya ke arah Baeja.
"Please, jangan ganggu Daehee. Dia sudah menderita lama. Kau ambil je nyawa aku. Tolong, aku merayu jangan ganggu isteri aku." Rayu Taehyung kepada Barja membuatkan Barja tergelak penuh hilaian membuatkan bulu roma Taehyung menegak.
"Fuck off! Aku lebih menderita daripada dia!"
Baeja tanpa segan silu terus sahaja menarik kerusi Daehee lalu dia meletakkan pisau di tangannya pada leher Daehee.
"Please, Baeja."
Air mata Taehyung semakin lama semakin lebat menuruni tubir matanya. Perasaan takut mula menyelubungi dirinya.
Takut bahawa dia akan kehilangan satu-satunya isteri dan orang yang paling dia cintai.
"Erghhh!" Taehyung mula mengesan bahawa aura kehitaman sedikit demi sedikit keluar dari tubuh Baeja.
Baeja menjauhi Daehee lalu dia pejamkan matanya dan mendepakan tangannya, membiarkan aura-aura kehitaman tersebut keluar dengan banyak dari tubuhnya.
Tanpa mereka sedari, tubuh Daehee mula terapung ke udara. Taehyung terkedu saat dia perasan akan perkara tersebut. Matanya hanya tertacap paa tubuh Daehee yang kini sudah menjauh dari tanah.
"Argh!" Baeja terus membuka matanya luas lalu dia mula memanjangkan tangannya ke arah Daehee namun entah bagaimana, tangannya itu berjaya ditepis oleh sesuatu yang jelas sekali tidak kelihatan.
Mata Daehee perlahan-lahan terbuka dan dia memgerang kecil apabila tubuhnya terasa sangat lenguh dan lemah. Sakit di seluruh badannya dirasakan begitu realistik.
"Ryu Daehee!!"
Jeritan seseorang membuatkan fokus Daehee yang baru sahaja menyedarkan diri itu terarah ke si pemanggil itu.
"T-taehyung?"
Terkejut dia melihat dirinya kini terapung di udara malah Taehyung berada di bawah dalam keadaan yang persis sepertinya itu.
"Ergh! A-apa jadi ni?!" Soal Daehee, mula ketakutan dengan keadaan sekelilingnya.
"Kau takkan boleh larikan diri lagi, Ryu Daehee!"
"Hah?"
Terus Daehee mengalihkan pandangannya ke arah gerangan yang bersuara garau itu lalu matanya terbuntang luas saat tangan yang panjang mula ingin menerpa ke arahnya.
Namun, sekali lagi, tangan tersebut bagaikan ditepis lalu Baeja menyeringai kuat, sakit. Mata Baeja kembali menajam ke arah Daehee, penuh kemarahan.
"Ryu Daehee! Jaga k- Argh!!"
Baeja sekali lagi mahu menyerang namun tiba-tiba, tubuh Baeja yang kini sudah sepenuhnya bertukar kepada warna hitam itu terlekat di dinding bagaikan ada sesuatu yang mencengkam dan mengurung tubuh pada dinding tersebut.
"Argh! Apa benda ni?!"
Tubuh Daehee serta-merta jatuh ke tanah. Talinya juga kini sudah terlerai dengan sendiri. Taehyung juga begitu. Bagaikan ada seseorang yang membantu mereka namun tiada sesiapa yang kelihatan.
"Kim Taehyung!"
Suara seseorang mula bergema dan Taehyung dengan pantas cuba mencari kelibat si pemanggil. Namun, hampa. Tiada seseorang pun di situ.
"Arghh! Lepaskan aku hantu tak guna!!"
Daehee membuntangkan matanya apabila mendengarkan kata-kata Baeja.
"Bawa Daehee keluar!! Kami tak boleh bertahan la- Ergh! Bawa dia keluar sekarang!"
Taehyung tanpa berlengah terus mendapatkan Daehee yang terlunyai di lantai itu. Disebabkan impak dia koma selama 22 tahun, tubuhnya bagaikan tidak mampu berfungsi, semuanya terasa seperti lumpuh.
"Come, sayang." Taehyung terus mengangkat tubuh Daehee dengan sekali cuba lalu dia terus berlari keluar dari bangunan tersebut.
"Kau tak- Argh! Kau takkan terlepas, Ryu Daehee!"
Sempat lagi Taehyung berpaling ke arah Baeja yang sedang meronta-ronta itu lalu dia dengan panas terus meninggalkan ruangan tersebut. Daehee memandang ke arah Baeja dengan sayu, hatinya menangis kerana dia tahu siapa dan apakah yang akan berlaku kepada mereka.
Mereka sempat keluar dari bangunan tersebut dan disebabkan tubuh Taehyung yang agak lemah jadi mereka berdua terjatuh ke atas rumput yang berada di hadapan bangunan rumah flat terbiar itu.
"Tak. Tak. Taehyung. Diorang. Tae-"
"Arghhh!!"
Suara ngilaian tersebut mula bergema lalu tangisan Daehee mula pecah saat suasana mula hening.
"Taehyung!" Daehee terus sahaja memeluk tubuh Taehyung, erat. Tangisan masih lagi bergema di seluruh ruangan.
"Shush, shush. Kita dah selamat, sayang. Janganlah nangis." Taehyung cuba memujuk isterinya yang sedang menangis dengan teruk itu.
"Diorang dah takda, Taehyung. Kawan-kawan saya. Diorang..." Terus dahaja tubuh Daehee mula lemah lalu tangannya melingkari leher Taehyung itu terlerai, tidak menyedarkan diri.
Dan seperti cerita-cerita cliche yang lain, bunyi siren beberapa buah ambulans dan kereta polis mula memecahkan keheningan di kawasan terpencil tersebut.
"Daehee sayang! Taehyung!"
-
Sudah seminggu berlalu, Daehee masih terperap di hospital. Semuanya kerana dia perlu menjalani terapi bagi membplehkan dia menggunakan seluruh anggota badannya yang sudah lama tidak digunakan itu.
Barulah Daehee ketahui bahawa, Baeja itu sudah lama bunuh diri dan tubuhnya dikuasai oleh satu roh bernama Ryu Songhan. Ya, itu adalah anak Tuan Ryu bersama isteri keduanya namun, isteri keduanya meninggal dunia dan anak itu hanya sempat hidup beberapa minit sahaja di dunia sebelum turut mengikuti ibunya.
Rohnya penuh dengan dendam kerana kematian yang baginya tiada keadilan itu dicampur dengan dendam kesumat ibunya yang ditinggalkan oleh Tuan Ryu.
Disebabkan itu, dia menyalahkan Daehee kerana Daehee lahir di hari yang sama dengannya di mana Tuan Ryu lebih memilih untuk menemani isteri pertamanya berbanding isteri kedua.
"Sayang!" Taehyung menegur Daehee yang baru sahaja pulang dari pusat terapi itu dengan tangannya yang mengangkat sebuah tupperware berisi tteokbokki pedas yang diminta oleh Daehee.
"Eh, Tae- Argh!" Tubuh Daehee hampir menyembah bumi namun Taehyung yang sedang memegang bekas tteokbokki tersebut terus terbaling bekas itu dan mula betlari ke arah Daehee.
Akhirnya mereka berdua terjatuh ke lantai saat tangan Taehyung baru sahaja berada di belakang tubuh Daehee.
"Aduh! Sakit gila." Taehyung an Daehee serentak mengaduh sakit. Namun, tak lama rasa sakit itu bagaikan hilang apabila mata meteka bertembung lalu tawa mula terletus.
Taehyung membantu Daehee yanh masih terlantar di lantai itu lalu dia menatap wajah isterinya itu dengan tangannya yang lembut sahaja mengusap pipi milik Daehee itu.
"Kenapa awak senyum macam tu?"
"Sebab aku seronok. Seronok yang akhirnya aku boleh sentuh muka isteri aku yang cantik ni."
"Ada-ada jelah awak ni."
Taehyung mula mengangkat wajah Daehee yang tertunduk malu itu dengan tangannya yang mencengkam kemas rahang Daehee itu lalu wajah mereka mula didekatkan.
Dan, belum sempat bibir mereka bertembung, pintu wad yang berada betul-betul di hadapan mereka itu dibuka luas.
"Aduh!" Tubuh Taehyung pantas sahaja ditolak kuat oleh Daehee sehingga tubuh Taehyung kembali terbaring di lantai.
"Ya Tuhan! Nak bermanis pun agak-agaklah kamu berdua ni nak buat atas lantai? Lantai hospital pula tu!"
Ibu bapa Daehee dan ibu bapa Taehyung mula menjejakkan kaki masuk ke dalam wad tersebut bersama gelak tawa manakala Daehee sudah memaki hamun dirinya usai dia mencapai tongkatnya dan bangkit dari duduknya di atas lantai itu.
"Kim Taehyung! Kenapa ada tteobokki bersepah atas lantai ni?!"
Taehyung yang sedang menumbuk lantai wad itu terus mengangkat wajhanya lalu matanya terbunganv melihat tteobokkinya yang sempat dibalingnya tadi sudah tumpah di atas lantai.
Weyh. Aku penat masak kut...
"Tak!!"
||THE END||
Okay geng. I know korang tengah maki Idae bila baca the end dekat atas ni, tapi itulah pengakhiran cerita mengarut ni. Sorry au ending hambar gila namateyyy😂✊
I wanna say, thanks sebab sudi baca ff yang entah apa-apa ni. Really appreciate your love. And, last but not least, i love you guys so damn much. Have a nice day and semoga bertemu lagi di ff Idae tlyang lain. Muah😔💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro