Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

e n a m

Taehyung memasuki pejabat miliknya dengan wajah yang kosong, penat. Tiba-tiba sahaja, dia terus ditegur oleh Daehee yang sedang duduk bersilang kaki sambil memeluk tubuh di atas sofanya.

"Kenapa awak terima dia? Kan saya dah cakap saya rasa tak sedap hati?" Soal Daehee tanpa berdalih.

"Kau kenapa? This is regarding works, Ryu Daehee. I should be professional." Taehyung menjawab sambil tangannya mula menanggalkan kembali sut yang tersarung di tubuh lalu disangkut di penyidai.

"Tapi-"

"Daehee. Sudahlah tu. Mainan perasaan je tu. Tolong jangan cari gaduh? Aku penat." Taehyung terus memoting kata-kata Daehee yang baru ingin membantah.

"Hmph!"

Sekali lagi, Daehee menghilangkan dirinya lalu dia munculkan diri di lobi syarikat tempat Taehyung beketja itu.

Dengan wajah yang monyok, dia berjalan perlahan lalu duduk di salah satu tempat duduk yang berada di lobi itu.

"Hey? Kenapa monyok je ni?"

Daehee mengangkat wajahnya dan dapat dia lihat rakan baik hantunya yang merupakan seorang pelajar berdiri di hadapannya.

"Hm. Meluat. Geram. Marah. Sedih." Jawab Daehee dan makin mencebikkan mulutnya. Tubub dipeluk dengan hati yang sebal.

"Uish. Gaduh dengan suami ke, kak?" Usik pelajar tersebut membuatkan Daehee merengus kasar.

"Hmph! Ish, geram betul! Serius kalau boleh sentuh dia macam malam tu, memang dah cekik-cekik dah dia tu. Geramnya!" Daehee berkata sambil membuat gaya ingin mencekik-cekik sang suami.

Meletus gelakan si pelajar itu melihat gelagat Daehee yang dirasakan comel itu.

"Alahai, kak. Biasalah tu. Dia stress kut kerja." Jawab pelajar itu, cuba untuk menenangkan rasa marah yang membara di jiwa Daehee.

"Tch. Mana ada, Jina. Dia okay je tau. Sampailah perempuan jahanam tu- Eeee!" Daehee mengepal penumbuknya lalu ditunbuk-tumbuk angin kerana terlalu geram.

"Aish, sabar, kak. Sabar."

-

"Bos. Miss Baeja datang untuk berikan dokumen yang bos minta." Setiausaha Taehyung mula memberitahu Taehyung melalui telefon pejabat tentang kehadiran Baeja, si peketja yang baru diterima tadi.

"Bagi dia masuk." Arah Taehyung lalu diletakkan kembali telefon itu ke tempat asalanya.

Baeja memasuki pejabat milik Taehyung itu. Sambil berjalan ke arah meja Taehyung, sempat dia meliarkan pandangan matanya ke seluruh pejabat milik Taehyung itu.

Senyuman mula terukir lalu dia terus menghulurkan dokumen tersebut kepada Taehyung.

"Ni, tuan. Dokumen yang tuan minta saya hantarkan waktu temu duga tadi." Baeja menghulurkan dokumen itu kepada Taehyung lalu Taehyung menyambutnya tanpa memandang ke arah wanita itu sekilas pun.

"Thanks. Kau boleh keluar."

Kata-kata berbaur arahan daripada Taehyung itu diabaikan malah Barja hanya berdiri sambil memerhatikan Taehyung melakukan kerjanya.

Sehinggalah Taehyung mengangkat wajanya lalu dia memandang Baeja dengan kening kirinya yang diangkat sekejap.

"Kau kenapa? Nak cakap apa-apa lagi ke dekat aku?" Soal Taehyung kepada Baeja membuatkan Baeja menggigit bibir bawahnya.

"Erm. Tak ada apa, tuan. Saya keluar dulu."

Taehyung hanya memandang susuk tubuh Baeja yang kini sudah hilang di sebalik pintu. Taehyung tanpa mengesyaki apa-apa terus menyambung kerjanya yang tergendala.

-

"Aku dah balik." Taehyung berkata saat pintu utama rumahnya dibuka olehnya.

Kening kirinya diangkat sekejap lalu dia mula memerhati segenap ruangan di dalam rumahnya itu, cuba mencari kelibat sang hantu namun hampa.

"Tch. Kerja merajuk. Dia ingat dia siapa nak kawal keputusan aku? Merajuklah sampai aku mampus."

Taehyung terus mendaki ke biliknya lalu pintu biliknya dibuka dan sekali lagi, hatinya bagaikan mengharapkan kehadiram sang hantu.

Dan, sekali lagi, hampa.

"Tch. Apa dia ingat aku nak cari dia? Tak adanya."

Taehyung terus mbuka sut yang tersarung di tubuhnya lalu butang kemejanya satu per satu ditanggalkan sebelum tuala diambil untuk melilitkannya pada pinggang.

Terus dia masuk ke dalam kamar mandi saat seluarmya dilondehkan dan baju serta seluarnya itu dimasukkan ke dalam bakul baju kotor yang berada tak jauh daripadanya yang sedang berdiri di kaki katil.

Tanpa dia sedar, Daehee berada di balkoni biliknya, duduk di atas tembok rendah balkoni tersebut sambil menggoyang-goyangkan kaki di udara.

"Ceyh. Ingat orang tak tahu dia mencari je kita ni ha. Takda masa aku nak merajuk sampai tak balik rumah."

Daehee berkata saat dia mendengar kata-kata Taehyung dari dalam bilik mereka itu lalu dia sambung melihat langit yang ipenuhi bintang itu.

Taehyung baru sahaja selesai mandi, lalu dengan tuala yang masih dililitkan di pinggang dan tuala kecil yang sedang mengibas rambutnya yang basah, dia melangkah keluar dari kamar mandi.

"Mak kau terbang!"

Saat Taehyung mengalihkan tubuhnya untuk memgambil baju tidur yang tersedia di atas katilnya usai menutup pintu bilik air, tubuh Daehee yang baru masuk ke dalam bilik dari ruangan balkoni bilik itu kelihatan menyebabkan dia terkejut.

"Awak kenapa?"

Daehee menjeling Taehyung lalu tanpa menghiraukan wajah Taehyung yang masih terkejut itu, dia terus berjalan naik ke atas katil.

"Pakai baju tu cepat. Lepas tu, tutup lampu. Saya mengantuk." Ujar Daehee lalu dia berbaring dalam posisi mengiring.

"Ouh, erm. Okay." Balas Taehyung lalu dia membetulkan tuala di pjnggang sebelum baju tidur yang berada di atas katil itu mula dipakainya.

Kini, keadaan di dalam bilik sudah gelap dan Taehyung mula mengerlingkan pandangnnya ke arah Daehee yang baring mengiring dengan belakang tubuhnya dihadapkan ke arah Taehyung.

Taehyung mengemam bibirnya lalu dibasahkan sedikit bibir dan tak alma kemudian, dia mula bersuara.

"Daehee. Kau dah tidur ke?"

"Hm." Itu sahaja yang Taehyung dengar daripada Daehee dan lelaki itu hanya menelan liurnya. Entah kenapa dia pula yang gugup.

"Kau...merajuk lagi ke?" Soal Taehyung memberanikan diri, masih baring mengiring memandang belakang tubuh sang hantu.

"Hm." Sekali lagi Daehee membalas sebegitu. Taehyung kemudiannya mula bersuara kembali, cuba menerangkan tentang soal tadi di dalam temu duga itu.

"Sorrylah tapi aku rasa sebab aku nak reject tu agak tak munasabah. Dia berbakat dan memang sesuai nak jadi arkitek syarikat aku."

"Hm."

"Yah, Daehee. Pandanglah aku bila au cakap dengan kau. Jangan kurang ajar dengan suami." Taehyung berkata, mula putus asa apabila Daehee macam nak tak nak je bercakap dengannya malah tidak memusingkan tubuhnya untuk memandang wajah sang suami.

Laju sahaja Daehee memusingkan tubuh lalu tubuhnya didejatkan dengan tubuh Taehyung bersama sengihan.

"Suami?" Tersengih-sengih Daehee saat mendengar Taehyung menggelarkan dirinya sebagai suami Daehee.

"Tch. Yelah. Kita kan dah kahwin. Walaupun agak tak masuk akal tapi aku akan cuba menerima kau seadaanya." Jawab Taehyung, mendecit kecil.

"Hehe. Thanks, awak." Daehee terus memeluk tubuh Taehyung dan sekali lagi membuatkan Taehyung terkedu.

Ha, ni lagi sekali? Aku boleh pegang dia? Tapi, kenapa?

•••

Maaf geng semalam tak update. Agagagagaga. Terlepas tak rindu korang dekat Taehyung dengan Daehee. Huehue😂

Siapa Baeja eh? Hm . Any idea?😏

Okaylah. Do wait for the next update😗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro