d u a b e l a s
Taehyung dengan pantas dibawa ke hospital oleh ambulans yang telah awal lagi dihubungi oleh Tuan Kim.
Selepas sahaja mendapat panggilan daripada keluarga Ryu berkenaan dengan Daehee yang tiba-tiba menjadi kritikal, terus sahaja mereka bergegas ke runah anak lelaki tunggal mereka itu.
"Mereka akan bertemu sebagai manusia dan roh tepat pada umur si sumai mencecah 25 tahun."
"Dan, ingat, apa-apa terjadi kepada tubuh si isteri, semuanya akan dirasai oleh si suami."
"Kerana roh mereka sudah terikat untuk bersama-sama melalui kebahagiaan dan keperitan bersama."
Ayat-ayat tersebut masih segar di ingatan kedua pasangan keluarga ini membuatkan mereka gelabah sesama sendiri mencari anak masing-masing yang mungkin sama-sama bakal terkorban jika mereka terlambat.
"Tolong, Taehyung. Demi Daehee, dan juga diri kamu sendiri. Mama minta sangat, tolong bertahan."
-
Mata dicelikkan lalu si dia memandang ke sekeliling ruangan yang kelihatan gelap gelita itu.
Tanah bagaikan tiada untuk dia berpijak, terasa dirinya kini diawang-awangan. Wajahnya mula keredahan apabila rasa takut mula menguasai diri.
"Ryu Daehee?"
Panggilan seseorang itu membuatkan si dia iaitu Daehee berpaling memandang gerangan yang memanggilnya itu.
"Taehyung!"
Terus tubuh lelaki itu diterpa oleh Daehee dan gadis itu memeluk tubub siaminya itu erat bersama air mata yang berjejeran jatuh membasahi wajah.
Tubuh mereka berdua bagaikan terpusing kecil di udara. Taehyung membalas pelukan Daehee erat, melepaskan rasa rindu yang terbuku di dada.
"Aku...rindu kau."
Makin galak Daehee menangis mendengarkan kata-kata Taehyung itu romantis sahaja disuarakan di tepi telinganya.
"Saya rindukan awak juga." Balas Daehee lalu pelukan semakin dieratkan. Taehyung mengusap belakang kepala milik Daehee sebelum pelukan tak lama kemudian, dileraikan.
"Alahai. Kenapa nangis-nangis ni? Kan aku dah ada dengan kau ni? Hm?" Taehyung mengesat air mata yang membasahi wajah Daehee menggunakan ibu jarinya.
"Nangislah. Awak tahu saya takut?" Balas Daehee membuatkan Taehyung tersenyum nipis.
"Okay, okay. Dah, dah. Jangan takut dah. Aku ada dengan kau. And, aku janji aku takkan tinggalkan kau lagi." Taehyung berkata lalu Daehee memandang wajah Taehyung lama sebelum tangamnya dikeluarkan dan ditayangkan jari kelingking ke arah suaminya itu.
"Em, janji?"
"Iya, janji." Taehyung menyambung jari kelingkingnya dengan jari kelingking Daehee membuatkan kedua-dua mereka tersenyum.
"Taehyung." Panggil Daehee lalu diangkat pandangannya ke wajah Taehyung dari terus memandang jari mereka yang bersatu.
"Em?"
"Kita dekat mana?" Soal Daehee lalu kedua-dua mereka meleraikan penyatuan jari kelingking mereka itu dan terus memandang ke sekeliling yang sememangnya gelap gelita.
"Aku pun tak tahu. Aku buka mata je terus nampak kau." Jawab Taehyung, masih lagi melihat ke arah sekelilingnya.
"Selamat datang, Kim Taehyung dan Ryu Daehee." Teguran seseorang membuatkan Taehyung dan Daehee terus mengalihkan pandangan ke atah suara tersebut.
Satu susuk tubuh bergerak mendekati mereka dan terus berhenti di hadapan mereka berdua.
"Awak siapa?" Soal Daehee dengan berani kepada gerangan tersebut.
"Aku, gabungan roh antara korang berdua."
-
"Daehee. Bangun, sayang. Ya Tuhan. Jangan tinggalkan mama lagi, Daehee. Tolonglah bertahan, demi Taehyung dan juga diri kamu sendiri. Tolong sayang." Puan Ryu mula meratapi anaknya yang kini dibawa ke hospital berdekatan di Busan itu.
Ambulans yang dinaiki itu membelah laju jalan raya untuk ke hospital sambil diberi laluan oleh pengguna-pengguna jalan raya yang lain.
"Pesakit koma selama 22 tahun dan kini mengalami sesak nafas yang tidak dapat dikenal pasti puncanya!" Beritahu staf kesalamatan kepada doktor yang datang ke ambulans untuk mengambil Daehee yang merupakan pesakit yang dikatakan.
"Baiklah! Bawa dia ke wad kecemasan, sekarang!"
-
"Ghost marriage. Perkahwinan yang melibatkan roh di antara kedua-dua belah pihak. Melalui perkahwinan di alam roh ini, kedua-dua roh ini akan bergabung membentuk satu iaitu aku." Lelaki yang tidak dikenali itu mula menerangkan satu per satu tentang pembentukan dirinya daripada perkahwinan di alam roh antara Taehyung dan Daehee itu.
"Tapi-" Taehyung baru sahaja ingin mencelah namun terus dipotong oleh lelaki tersebut.
"Jangan mencelah."
"Ouh okay."
"Banyak kebaikan Ghost Marriage ini dan yang paling utama bagi pihak korang berdua ialah, menyelamatkan sang isteri. Seperti yang korang berdua tahu, Daehee sudah hampir 22 tahun koma tidak menyedarkan diri dan sepatutnya disahkan meninggal dunia pada 22 tahun yang lalu. Namun, disebabkan penggunaan cara Ghost Marriage di mana kedua-dua pihak telah bersetuju, roh korang berdua bergabung dan dengan itulah, jasad kepada Daehee masih mampu bernafas."
Terang lelaki itu satu per satu dengan panjang lebaf kepada Taehyung dan Daehee membuatkan mereka berdua tergamam. Taehyung mula meramas rambutnya.
"I can't believe these shits."
"Aku faham korang sukar untuk mempercayai kata-kata aku. Tapi, korang dah tak banyak masa sekarang ni." Kata lelaki itu lagi mula menarik kembali perhatian di antara kedua-dua roh tersebut.
"A-apa maksud awak kami dah tak mempunyai banyak masa?" Soal Daehee, pelik.
"Disebabkan serangan yang tidak diketahui puncanya, jasad Daehee kini dalam keadaan kritikal. Jadi, jasad Taehyung sekarang juga di ambang yang sama dengan Daehee. Kerana korang berkongsi roh." Balas lelaki itu dan sekali lagi membuatkan Taehyung dan Daehee terpempan.
Sungguh, perkara yang baru diketahui oleh mereka itu tidak boleh diterima logik dek akal. Semuanya terlalu mustahil malah bagaikan hanya sebuah rekaan.
"D-dah tu? Apa yang kami boleh buat untuk selamatkan jasad kami?" Soal Daehee lagi kepada lelaki itu.
"Buktikan perasaan cinta korang di antara satu sama lain."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro