Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

s a t u

Tik. Tok. Tik. Tok. Tik. Tok.

Jam di dinding terus berbunyi, menghasilkan bunyi fantasi. Masa kian bergerak, selari dengan nafas yang dihela serasi.

Mata dipejam, cuba mencari ketenangan di malam Ahad. Suhu ruang tamu yang sejuk memudahkan dia tertidur, langsung tidak terganggu dengan pencemaran bunyi televisi.

"OHHH MAY GAWWWWDDDDD,"

Klik. Mata pantas dibuka. Alpa, dia terlupa yang dia sedang menjaga adik lelakinya sekarang. Jam di dinding dilihat semula, ingin mengira berapa jam lagi ibu bapanya bakal pulang.

"Haih." Keluhan berat dilepaskan. Penat sebenarnya menjadi anak kepada sebuah pasangan elit. Ibunya merupakan doktor pakar kanak-kanak di ibu kota, manakala ayahnya pula merupakan menteri pembangunan.

Iya, secara teknikalnya, dia dan adik lelakinya merupakan anak kepada seorang menteri.

Mulutnya melepaskan nguapan kecil. Mata dikalihkan kepada sang adik, "Yim, kenapa jerit Yim?" Sudah bosan ini, lebih baik dia mengajak adik dia berborak. Tidaklah kelam saja hidupnya malam ini. Dapatlah rasa bernyawa sikit daripada melayan kantuknya yang tidak punah-punah.

"The Wingsss!" Jerit Qayyim.

"Hah?"

"Theeeee Wiiingsss!" Jeritnya lagi sambil tangan dihala pada skrin televisyen.

Qayyum yang masih blur, mengalihkan muka dari wajah si adik kepada skrin televisyen di hadapan- ah, cerita ni rupanya.

"Nama cerita ni The Wings?"

"Yeap!" Ceria si Qayyim.

Badannya kembali disandarkan pada sofa kulit, mula mencari posisi yang selesa. Sambil mata ralit melihat helikopter bermata besar dan berhidung kecil, dia bertanya, "Nak makan?"

"Nak, but after The Wings."

Matanya dijeling pada si adik. Lorh, setia betul dekat cerita ini. Apa ini obsesi terbaru adik dia ke apa? Cerita ini dah ada dari sebelum dia lahir kot.

"Eloklah kau tengok tv je kerja, biar esok juling mata. Engkau tu, ingat sikit exam nak dekat, jangan nak tengok tv je sampai malam buta last last esok membuta." Hah, aku ada kuasa abang sulung lah. Abang sulung memang semua tak boleh tengok adik mereka bahagia. Kalau aku nak tidur tapi adik aku tak nak tidur, kita paksa je lah ork?

"Okay. Enough with your nonsense. This television is complete with a hundred percent blue light filter and it won't make me myopic nor blind. I'm not stupid, okay?" Qayyim menjeling. Suka hati dialah nak tengok The Wings! Helikopter warna biru tu cantik apa?

"Lah? Lepastu, esok kau nak membuta? Aku kejut macam nak gila pun bukan kau bangun pun. Lepas tu bising cakap kenapa tak kejut padahal sendiri tak bangun." Ah, berang lah dia adik dia melawan! Menjatuhkan maruah sulung dia!

"Pft- abang bukan memang dah gila ke?"

Ting. Mata dikerling tajam. Dia pantang jika adiknya seorang ini mula kurang ajar. Baginya, ini bukan sekadar gaduh adik beradik tapi ini sudah biadab. Tambahan lagi dengan umur adiknya yang baru berusia 6 tahun itu.

"Mana kau belajar perkataan gila ni Dik?" Mata ditajamkan.

"Ehem. Gila as crazy in mind. Not gila as cursing, okay? Abang ini sungguh tidak rilek." Qayyim berkata selamba.

Makin bengang Qayyum dibuatnya. Apa semua orang punya adik perangai macam ini ke? Ke adik dia sahaja yang berperangai serupa monyet berbaju? Dan kenapa—

Zzzzt

Mom  is calling..

Telefon pintarnya menghasilkan getaran, memaparkan gambar profil sang doktor yang dirindui saban hari. Jari pantas menekan butang 'accept', lalu telefon ditekap kepada telinga.

"Helo?"

"Helo, Abang! Abang, ibu tak dapat balik ya hari ini, ada emergency cases. Tolong suruh adik tidur awal, nanti-"

"Doktor Shafina, pesakit dalam keadaan kritikal! Bahu kirinya digilis lori, kekurangan darah yang menyebabkan pesakit pengsan! Rusuk kiri pesakit tertusuk dengan besi!" Suara wanita lain didengari, disertakan sekali dengan bunyi huru-hara. Bunyi sistem, alarm kecemasan, derap serta langkah kaki manusia berpusu-pusu turut terdengar. Ditambah lagi dengan buyi roda yang digeser laju menghampiri punca bunyi.

"Allah. Berapa umur pesakit?" Itu suara ibunya. Suara ibunya kurang didengari dek bunyi lain yang dia sendiri tidak pasti dari mana. Tetapi gegendangnya masih tangkas menangkap suara ratu hati.

"Pesakit berumur 6 tahun, punca kemalangan merupakan langgar lari. Besar kemungkinan pemandu lori tersebut merupakan robot pertengahan umur, atau robot lama model X-01 yang mula dijual sekitar tahun 3025."

Kedengaran bunyi derap kaki yang dekat dengan telefon— ah, mungkin ini tapak kaki Ibu.

Dalam keadaan panik begitu, Qayyum hanya mampu tersenyum pedih sambil melihat adiknya. Jari lekas menekan butang 'end call' di hujung telefon, mematikan panggilan bersama Ibunya.

Biarlah, Ibunya bekerja untuk mereka juga. Bukan Ibunya pergi berjimba di kelab malam dengan entah siapa-siapa.

"Ibu ke?" Qayyim, yang tadinya setia kepada awek helikopter berwarna biru, sedang memperhatikan dia. Iya, pastilah Qayyim juga merasa perasaan sama dengan dia.

"Ya. Ibu suruh kau tidur awal. Dia kata selagi kau tak nak tidur awal, dia malas balik rumah hadap muka kau." Separa fakta diberitahu. Separuh lagi- ah tidak mengapalah ini kan tipu sunat. Kan untuk kebaikan Qayyim.

Buat beberapa detik, kesunyian melanda mereka berdua. Hanya bunyi halus pendingin hawa dan televisyen sahaja yang didengari.

"Abang." Si adik memecah kesunyian.

Qayyum yang dari tadi sedia memerhati hanya mendiamkan diri, memberi isyarat bahawa dia sedang mendengar. Wajah adiknya ditilik, terpapar wajah muram yang cuba disorokkan.

Keluhan kecil dilepas Qayyum.

Ahmad Qayyim Fathan, sang adik yang baru memasuki umur 6 tahun. Merupakan bukti cinta di antara seorang menteri dan seorang doktor pakar kanak-kanak. Sangat matang dari umurnya, otaknya tangkas menangkap kata-kata, apatah lagi beribu perasaan yang laju saja hadir dalam dirinya.

'Glass child.'

Iya, tampak sesuai pada adiknya.

"Kenapa Ayah dengan Ibu jarang ada kat rumah eh?" Suara si kecil kedengaran semula.

"Hah?" Terkejut bukan kepalang si Abang. Selama enam tahun mereka hidup berdua, ini merupakan kali pertama adik dia membahaskan soal kesibukan Ibu Bapa mereka. Ah, pasti perasaan baru sudah mula timbul dalam sanubari Qayyim; perasaan kurang enak atau dahaga kasih sayang.

"Erm, Ibu dan Ayah kan sibuk. Mereka bekerja demi kita, Adik. Kalau mereka tak bekerja, siapa yang akan suap makan minum kita?" Qayyum cuba menjelaskan, bahasanya terus dilenturkan. Dia masih kurang cakna sebanyak mana dia perlu menerangkan kepada Qayyim. Walaupun dia mengakui kecekapan otak Qayyim dalam memahami satu perkara, tidak bermakna yang dia boleh bersuka ria menghunus bicara.

"Iya? Kalau macam tu, lebih baik Ibu Ayah berhenti saja dan bekerja biasa-biasa. Apa guna kaya kalau keluarga menjadi binasa." Qayyum terpaku seketika. Tidak menyangka yang adiknya mampu bermain kata. Otaknya ligat membina ayat, tetapi ayat yang dibina tidak secakna ayat adiknya.

Kesepian di antara mereka dipecahkan lagi dengan suara kecil si adik, "Hmmmph! Tak apalah, abang. Adik okey saja dengan keadaan keluarga kita. Cuma kadang-kadang terfikir yang keluarga lain semua tampak bahagia. Itu, Mikael tu, setiap hari ibunya hantar hingga ke depan sekolah. Si Yusra pula, ibunya menghantar dia hingga ke seberang tasik, lalu ayahnya pula menghantarnya dari tasik ke sekolah. Jika tidak kesampaian, ibu dan ayahnya akan bergilir-gilir menghantarnya hingga ke depan sekolah. Padahal ibu dan ayahnya sudah tiga tahun bercerai!" Qayyim mula meluah suara hatinya. Aneh. Berapa lama agaknya Qayyim menyimpan suara ini hingga dapat membezakan keluarga mereka dengan keluarga lain.

Qayyum bungkam. Matanya memerhatikan Qayyim yang mulai bangun, terus memasuki kamarnya tanpa bicara. Mata si Adik tampak bercahaya, barangkali asbab mencakna pedih realita. Siaran televisyen yang memaparkan helikopter bermata besar dan berhidung kecil tadi sudah tidak menarik perhatiannya. Nafsunya untuk makan tadi juga telah hilang dimamah hati yang muram.

Pada saat seperti ini, hati Qayyum dilanda gempita. Dari tadi dia hanya diam, tidak mampu mengungkap aksara. Kerana dia sendiri juga masih cuba menerima pekerjaan ibu dan ayahnya. Siapalah dia, ingin menceriakan hati adiknya sedangkan hatinya sendiri pun masih berduka.

Namun saat itu dia sedar satu perkara; bahawa perasaan yang timbul pada hati adiknya bukan sekadar kurang enak atau dahaga kasih sayang saja,

Namun perasaan cemburu juga turut menimpa.

The sudden confidence
to publish this;
241023
1011pm

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro