Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 7

Nafisa membaca seberapa banyak ayat suci al-Quran yang dia tahu. Menyesal pula dia setuju dengan cadangan Gazza. Entah kuasa apalah yang doktor itu gunakan sehingga dia hanya menurut. Ayahnya juga turut terpukau dengan doktor muda itu. Mulanya bukan main lagi bertanya itu dan ini tetapi selepas itu laju memberikan keizinan.

"Okey, Fisa. Saya nak bagi ubat bius."

Gazza duduk di sisi Nafisa yang sudah pun berbaring.

"Tak sakit kan, doktor?" tanya Nafisa sekali lagi walaupun sudah banyak kali soalan itu diajukan.

"Sikit saja. Kena gigit semut lagi sakit."

Dan seperti juga Nafisa, berulang kali juga Gazza mengulangi jawapan yang sama.

"Okey. Sehingga kiraan lima, ya?"

Nafisa angguk faham.

"Bismillahirahmanirahim. Satu, dua..."

"Ouch." Nafisa kesakitan. Dia geram. Tadi kata sikit saja tetapi mengapa sakit sangat ni?

"Tiga..."

Senyap.

"Empat dan limanya mana, doktor?" soal Nafisa sudah tidak dapat lagi menahan kesakitan.

"Sikit lagi... Sikit lagi," pujuk Gazza tersenyum geli hati dengan gelagat Nafisa. Tidak tahan sakit rupanya gadis cantik ini.

"Lima. Okey, ubat bius selamat masuk."

Gazza bangun.

"Kata tak sakit."

Nafisa sudah muncung. Bengang kerana ditipu.

Gazza duduk semula di sisi Nafisa. Dia menyentuh bahagian yang telah dibius.

"Rasa tak?"

"Mestilah rasa sakit. Tak macam kena gigit semut pun."

Gazza ketawa. Ingat lagi rupanya Nafisa dengan contoh yang diberi tadi.

"Saya bukan maksudkan yang itu. Saya maksudkan tempat bius ni. Bila saya buat macam ni ada rasa apa-apa tak?"

Gazza mengulangi semula perbuatannya tadi.

Nafisa rasa sentuhan Gazza itu. Dia mula panik.

"Rasa. Kenapa saya rasa tangan doktor? Kan dah bius."

Gazza senyum lagi. Dalam beberapa minit ini sudah banyak kali dia tersenyum geli hati.

"Don't worry. No sharp pain. Kita mulakan, ya? Bismillahirahmanirahim."

Serentak dengan itu ada bau daging terbakar muncul. Nafisa makin cuak. Dia memejamkan mata.

"Sikit lagi. Sabar, ya?" pujuk Gazza mengemaskinikan kerjanya.

"Okey," sambut Nafisa perlahan.

"Dah siap. Alhamdulillah," sesaat kemudian Nafisa dengar ayat itu muncul dari mulut Gazza. Dia menarik nafas lega.

"Tengok ni."

Nafisa tidak memberikan sebarang reaksi.

"Yuhuuu... Cik Sayyida Nafisa. Tak nak ucap selamat tinggal kepada tahi lalat awak ni?"

Nafisa membuka sebelah mata.

"Bye," ucapnya pendek.

Gazza ketawa. Dia sudah jumpa macam-macam perangai tetapi perangai yang ini amat mencuit hati dan comel.

"Kita tampal sikit ya luka ni?"

Nafisa senyap. Dia terasa pipinya ditampal sesuatu.

"Okey, siap. Plaster ni kalis air. Boleh mandi, ya? Jangan takut pula sampai tak mandi. Busuk nanti. Sian boyfriend awak. Terpaksa tutup hidung sewaktu berdating."

"Boyfriend? I wish I had one."

Jawapan Nafisa membuatkan hati Gazza berbunga-bunga riang. Berita baik ni. Boleh cuba nasib.

"Dah tak ada apa-apa lagi kan, doktor?"

Gazza tersentak. Dia bingkas bangun.

"Tak ada apa-apa lagi," katanya laju lantas berlalu keluar.

Nafisa tidak memerhatikan ke mana Gazza pergi. Dia lebih fokus untuk membetulkan inner necknya yang sudah senget. Inner neck itu langsung tidak dibuka demi menjaga aurat.

"Kita jumpa seminggu lagi." Tiba-tiba Gazza muncul. Nafisa terkejut. Terlepas selendang yang dipegangnya.

"Tak habis takut lagi ke, Fisa?" Gazza senyum panjang melihat reaksi terkejut Nafisa.

Nafisa bongkok mengambil selendang yang jatuh. Selepas itu disarungkannya di kepala.

"Lepas ni saya nak buat apa, doktor?" soal Nafisa tidak faham prosedur seterusnya. Langsung dia tidak menjawab pertanyaan Gazza tadi.

"Lepas ni Jihan akan uruskan."

"Baik, doktor," angguk Nafisa faham. Dia masih sibuk membetulkan selendangnya tanpa bantuan cermin.

"Saya minta diri dulu," kata Gazza mengharapkan agar Nafisa memandang ke arahnya tetapi Nafisa masih lagi khusyuk membelit selendang ke kepala.

"Assalamualaikum," ucap Gazza berat hati mahu meninggalkan Nafisa tetapi apakan daya. Masih banyak tugas yang menantinya. Semoga pertemuan yang seterusnya akan menjadi lebih baik.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro