Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 14

"Angah."

Kuat suara Puan Hatieza memanggil. Nafisa tersentak. Bayangan wajah Gazza hilang di depan mata. Cepat-cepat dia bangun dan keluar ke ruang tamu.

"Ya, bu," sahutnya sebaik sampai.

"Kata nak pergi hospital. Kenapa tak bersiap lagi ni?"

Puan Hatieza mengurut dada melihat penampilan Nafisa yang hanya berseluar pendek.

"Appointment pukul sepuluhlah, bu. Masih awal lagi ni."

Yang sebenarnya Nafisa ketakutan. Laporan ujian biopsi akan keluar pada hari ini, jadi dia risau jika keputusannya tidak seperti yang diharapkan.

"Sekarang dah pukul lapan setengah. Sempat ke? Pagi-pagi ni jalan sesak. Angah siap cepat. Bergerak awal."

"Sempat. Ibu janganlah risau."

Pandai Nafisa menasihati Puan Hatieza supaya jangan risau sedangkan hatinya sendiri bergelora.

"Angah keluar pukul berapa? Mak Cik Anita akan datang jemput ibu pukul sembilan nanti. Kami nak ke Ampang. Kita keluar sekalilah. Boleh ibu temankan angah ke hospital."

Alamak! Habis. Ibu tak boleh pergi sekali.

"Angah nak keluar sekarang. Angah siap ya, bu," kata Nafisa bergegas ke bilik. Dia perlu pantas bertindak. Tidak mahu ibunya menemani. Puan Hatieza hanya mampu menggeleng. Tak terkata dia dengan keletah anak keduanya ini.

Tepat pukul sembilan setengah pagi, Nafisa sudah pun terpacak di hadapan kaunter jururawat unit multidisiplin memberikan failnya kepada Jihan. Hari ini dia berjodoh lagi dengan wanita itu.

Kali ini dia tidak perlu menunggu lama. Namanya dipanggil hanya setelah lima minit menunggu. Tak sempat pun tekanan darah dan berat badannya diambil.

"Doktor nak cepat," beritahu Jihan tanpa susah-susah Nafisa membuka mulut bertanya.

Masuk saja ke bilik Gazza, lagu Dealova nyanyian Once mengisi halwa telinga.

Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh,

Aku ingin kau tahu bahwa kuselalu memujamu,

Tanpamu sepinya waktu merantai hati,

Oh bayangmu seakan-akan...

Kau seperti nyanyian dalam hatiku,

Yang memanggil rinduku padamu...

Seperti udara yang ku hela kau selalu ada.

"Assalamualaikum, Fisa. Sihat?" sapa Gazza acuh tak acuh.

Nafisa rasa hendak muntah. Baru semalam berjumpa. Soalan itu langsung tidak relevan. Pandai Gazza berlakon di hadapan Jihan.

"Waalaikumussalam. Alhamdulillah. Sihat," jawab Nafisa mengikut rentak Gazza.

"Macam mana luka? Sakit lagi? Mari saya tengok."

Gazza masih dengan lagak doktornya. Langsung tidak seperti di BLVD house semalam. Kagum Nafisa melihat Gazza. Duduk saja di atas kerusi doktor itu tingkah lakunya berubah.

Nafisa menyingkap selendang yang dipakai dan Gazza menarik kerusi berodanya datang dekat. Bau haruman Emozione Dolce Fiore by Salvatore Ferragamo memenuhi rongga hidung. Gazza terpikat. Bau itu benar-benar menenangkan.

"Wangi," bisik Gazza memuji.

"Haaa..."

"Okey. Good. Kesan luka dah baik."

Gazza tolak kerusi ke belakang sambil senyum.

"Parut masih ada," keluh Nafisa risau parut itu menjejaskan penampilannya.

"Nanti lama-lama hilanglah," pujuk Gazza leka menekan tetikus.

"Result baik. Tiada kanser seperti yang Fisa bimbangkan."

Wajah Nafisa serta-merta berubah.

"Betul ke, doktor?" tanyanya minta kepastian. Risau juga jika telinga salah dengar.

"Sebelum ni pun saya tengok memang tiada ciri-ciri kanser. Mole yang tiba-tiba muncul, membesar terlalu cepat dan berwarna terlalu gelap itu ya, awak kena jaga-jaga sikit."

Nafisa terangguk-angguk.

"Okey, Fisa. Ada apa-apa soalan lagi?"

Nafisa menggeleng. Gazza kelihatan sibuk jadi dia tidak mahu mengganggu.

"Tak ada."

"Alright."

Dari lenggok bahasa Gazza, Nafisa tahu yang Gazza mahu perjumpaan mereka berakhir.

"Saya minta diri dulu, doktor."

Katanya lalu bangun dan melangkah pergi.

"Fisa, sekejap," panggil Gazza menahan.

Nafisa menoleh begitu juga Jihan yang sudah pun melangkahkan kaki keluar bilik.

"Saya ada printkan salinan ujian biopsi. Ada dalam ni."

Sampul surat berlogo hospital diunjuk oleh Gazza. Nafisa menyambutnya.

"La... Doktor printkan buat apa? Itu kerja saya. Memang saya nak bagi Cik Nafisa satu salinan nanti," kata Jihan serba salah.

"Tak apa, Jihan. Kerja senang saja."

Nafisa tidak berkata apa-apa lagi hanya menganggukkan kepalanya sebagai ucapan terima kasih. Selepas itu dia keluar membuntuti langkah Jihan.

SAMPAI saja di rumah, Nafisa membuka komputer riba. Niatnya mahu melayari Facebook tetapi belum pun sempat niat diteruskan, telefon pintarnya berbunyi. Nama Encik Nuruddin tertera.

"Hello, ayah. Assalamulaikum," ucap Nafisa ceria memulakan perbualan mereka.

"Macam mana keputusan ujian biopsi?" Tanya Encik Nuruddin gelabah. Salam pun tidak dijawabnya.

"Alhamdulillah, ayah. Tiada apa-apa yang perlu dirisaukan," balas Nafisa ceria.

"Ayah tunggu kejap, ya? Angah bacakan result yang angah dapat."

Nafisa bangun, mengambil envelope yang diberi oleh Gazza sewaktu di hospital tadi lalu membukanya. Tiada kertas A4 di dalam hanya terdapat kertas kecil empat segi berwarna kuning terselit di situ. Dia meneliti apa yang tertulis.

Teman. Lovehunters.

~Gazza~

"OMG. Dia inilah!" jerit Nafisa tergelak.

"Pandai menipu. Salinan ujian makmal konon."

"OMG? Siapa OMG?

Nafisa tersentak. Baru dia perasan Encik Nuruddin berada di hujung talian.

"Tak ada apa. Ayah, sekejap lagi angah call ayah balik. Angah ada hal. Bye."

Belum sempat Encik Nuruddin menjawab, Nafisa pantas memutuskan talian. Dia merenung kertas kuning di tangan.

"Lovehunters," fikir Nafisa cuba memahami maksud Gazza.

Buntu dengan petunjuk yang diberi, Nafisa membuat keputusan untuk melayari Internet. Mungkin ada sesuatu di situ. Dia menaip perkataan Lovehunters dan menekan butang enter. Hasil carian yang terpapar amat mengejutkan.

"Kumpulan muzik rupanya," sengih Nafisa baru tahu. Serius selama ini dia langsung tidak pernah menyedari akan kewujudan kumpulan muzik itu.

"Teman ni apa pula?"

Nafisa membaca sehingga ke hujung skrin dan akhirnya dia senyum lebar.

"Tajuk lagu."

Nafisa tunduk malu. Wajah Gazza terbayang di depan mata.

"Awak ni, kan. Kenapalah sweet sangat? Bernota-nota bagai sedangkan masa jumpa tadi kemain serius."

Pipi Nafisa semakin merah.

Sejak mula pertemuan itu,

hati melonjak terkenangkanmu,

tiap detik kumengharapkan,

panggilan rindumu sayang...

Apa kau rasa yang kurasakan,

mungkin ini satu permulaan,

biarlah mawar terus bersemi,

mekar harum mewangi.

Takku menduga,

cinta yang kucari selama ini,

dikaburi wajah-wajah yang tiada,

ertinya sayang...

Hadir di sisi,

Tanpa harap belas dan perhatian,

namun kau pasti hadir di situ,

saatku perlukan.

Jangan hirau cerca dan hinaan,

kita teman yang tak sehaluan,

bukti kasih dan keikhlasan,

mengikat hatimu hatiku,

kau teman...

Nafisa terpanar!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro