Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 12

Gazza merenung komputer di hadapan. Sudah lebih sepuluh kali dia membaca e-mel keputusan ujian penilaian Amna yang dihantar oleh Cikgu Bulan. Hatinya sebak. Lagu Suratan atau Kebetulan nyanyian Remy dan Martin yang berkumandang di udara menambahkan lagi kesayuan. Mengapakah selama ini dia tidak langsung menyedari kelemahan-kelemahan Amna? Mengapakah selama ini dia tidak nampak ciri-ciri disleksia yang Amna miliki?

Dia seorang doktor. Sepatutnya dia peka apabila ada sesuatu yang tidak kena kerana mereka tinggal di bawah satu bumbung. Nampak sangatlah dia terlalu mementingkan dirinya sehingga tidak langsung mengambil tahu akan perkembangan pelajaran Amna. Baginya, menjenguk Amna di bilik setiap kali pulang dari bekerja sudah cukup untuk menunjukkan keprihatinannya dan melunaskan tanggungjawabnya sebagai bapa saudara kepada anak kecil itu.

Assessment test result

Amna Nafisa binti Mohsin

Reading and comprehension

Reads well with correct pronounciation and intonation.

Short term memory – Unable to answer the comprehension questions and easily forget what she reads.

Mathematics/Numbers

Number recognition good.

Writes numbers correctly.

Able to do calculation but having problem with the questions.

Sentence constructions

Sequencing and placement of words is a problem for her in sentence construction.

Have a lot of ideas what to write but having problems to transfer her ideas into words/writing.

Difficulties in choosing the correct word to describe what she wants to say.

Writing/Tulisan

Incorrect pencil grip resulting in the incorrect formation of letter and inconsistency in letter size.

Spelling/Ejaan

Having problems with phonics blending, at times tends to omit and add letters into spelling.

Visualization

Good in visualization.

Listening Skills

Able to listen and respond to instructions given.

Remarks/Cadangan

Amna Nafisa is having problem related to dyslexia:

• No focus.

• Short term memory.

• Sequencing and placement of words in sentence construction.

It is highly recommended for her to attend the 3 month intensive program to enhance her performance in academic.

"I am sorry, Amna. I am so sorry, sayang," rintih Gazza berulang kali.

"Amna budak bijak. Amna anak pak ngah yang cerdik tetapi Amna dipandang bodoh kerana salah pak ngah yang tidak pernah melihat buku Amna. Pak ngah terlalu sibuk sehingga mengabaikan Amna. Amna dikutuk dan dihina oleh bukan sahaja orang luar tetapi nenek Amna sendiri. Kasihan Amna keseorangan selama ini."

Gazza mencapai telefon pintar. Nombor Pusat Perkembangan Kanak-kanak Disleksia cawangan Titiwangsa atau lebih senang dipanggil sekolah disleksia didail. Selepas hanya satu deringan, panggilannya berjawab.

"Helo. Boleh saya bercakap dengan Puan Bulan Ayu?"

"Ya, saya yang bercakap. Boleh saya tahu siapa di talian?"

"Saya Gazza. Saya yang datang semalam bersama anak saudara saya Amna Nafisa."

Gazza memperkenalkan diri.

"Oh ya, Encik Gazza! Encik dah terima keputusan penilaian Amna?" tanya Cikgu Bulan mengambil berat. Bimbang e-mel yang dihantar olehnya tidak sampai.

"Inilah yang saya nak bincangkan."

Gazza membetulkan duduk.

"Bila Amna boleh mula terapi?" sambungnya lagi.

"Seperti yang saya katakan semalam, kami menjalankan terapi mengikut penggal. Untuk penggal yang ini, hanya tinggal sebulan sahaja lagi akan tamat jadi saya sarankan supaya Encik Gazza tunggu sehingga penggal baru bermula."

Gazza mengeluh. Sebulan baginya terlalu lama. Kalau boleh dia mahu Amna dibantu hari ini juga.

"Tak boleh masuk sekarang ke, puan? Tentang bayaran saya tiada masalah."

"Boleh tetapi kasihan Amna nanti kerana masuk belajar di tengah-tengah penggal. Takut dia keliru. Encik Gazza sabar. Kita lakukan secara perlahan-lahan. Insya-Allah. Segala-galanya akan baik."

Gazza diam. Dia menimbang baik dan buruk nasihat Cikgu Bulan itu.

"Baiklah kalau begitu, puan. Terima kasih atas nasihat."

"Pihak kami akan menghubungi Encik Gazza dalam tempoh tiga minggu lagi."

"Baiklah. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Gazza memutuskan talian. Dia tersandar risau memikirkan tentang Amna. Waktu itu jugalah lagu Nafisa berkumandang di telinga.

Gazza duduk tegak. Lagu itu berkumandang tepat pada masanya. Tanpa berlengah-lengah lagi, dia membuat panggilan. Sekejap. Hanya beberapa saat. Lima minit kemudian dia mendapat panggilan balas. Gazza mencatat sesuatu di atas buku nota. Talian diputuskan. Dia tersenyum panjang.

NAFISA sedang tekun membaca novel yang bertajuk Nah, Ini Makan Dia! karya novelis terkenal Lara Amani sewaktu telefon pintarnya bertubi-tubi berbunyi. Dia mengambil penanda buku, menanda bahagian yang sedang dibaca dan meletakkan novel tersebut di sisi. Telefon pintar segera diambil. Pesanan WhatsApp dari nombor yang tidak dikenali dibaca.

Assalamualaikum.

Gazza here. Boleh kita jumpa esok?

Sebut saja di mana.

I'll be there.

"Haaa..."

Nafisa melompat duduk.

"Gazza? Doktor Gazza? Biar benar. Dia ajak aku jumpa. Mana dia dapat nombor aku? OMG!" jerit Nafisa seperti tidak percaya. Apa yang Gazza hendak? Kenapa mesti berjumpa sedangkan dua hari lagi dia ada follow-up dengan lelaki itu.

Waalaikumussalam. Boleh, apa salahnya? Kita jumpa di...

"Eh, takkan nak jumpa kut! Padam... Padam."

Nafisa geleng. Dia perlu jual mahal. Tak boleh terus setuju. Jemarinya laju memadam perkataan yang telah pun ditaip.

"Kenapa ya dia nak jumpa aku? Dia suka pada aku?" Nafisa semakin tidak tentu arah.

WhatsApp Gazza masuk lagi.

Saya nak minta pertolongan Fisa. Ianya tentang Amna.

Pipi Nafisa merah. Dia berasa malu.

"Sebab Amna rupa-rupanya. Hesy, aku ingatkan dia dah jatuh cinta dengan aku tadi. Apa daaa. Padan muka kau, Nafisa. Cepat sangat perasan," gelak Nafisa mentertawakan diri sendiri. Dia menekan-nekan papan kekunci.

Mana dapat nombor saya?

Hantarnya.

Rahsia.

Jawab Gazza.

Nafisa ketawa lagi terhibur dengan jawapan Gazza.

"Eleh, nak berahsia konon."

Jumpa di BLVD house. 11.00 a.m. Boleh tak?

I'm working. Malam boleh? I'll fetch you.

Nafisa ternganga.

"Dia nak ambil aku? Mana boleh. Nanti apa kata ayah dan ibu?"

Nafisa tidak mahu mencari nahas. Dia kenal sangat dengan sikap melindungi kedua-dua orang tuanya. Nanti banyak soalan yang harus Gazza jawab. Silap gaya akan memalukan dirinya sendiri.

Tak apa, doc. Saya datang sendiri.

What time?

8.00?

Okey.

Nafisa tidak membalas mesej terakhir Gazza. Tidak ada apa yang perlu dicakap lagi. Dia meletakkan telefon pintar, mengambil novel Lara Amani dan cuba membacanya semula tetapi gagal untuk fokus.

"Aduhai, doktor ni bikin gue panasaran," bentak Nafisa geram dalam dialek Indonesia.

Siapa yang tidak gelisah apabila ada doktor muda yang ajak berjumpa. Kacak atau tidak itu lain cerita, yang penting pakar bedah weh!

Nafisa bangun. Dia mahu ke bilik Nadira. Pertolongan Nadira diperlukan saat ini.

"Amboi, sakan berjoget!" sergah Nafisa sebaik masuk. Member baik punya menari. Siap merakamkannya lagi.

"Alah... Angah ni kacaulah. Yang bercakap buat apa? Tunggulah sampai baby habis," rungut Nadira kecewa. Penat-penat dia menari untuk rakaman peribadi, angahnya datang mencacatkan usaha yang telah dibuat.

Nadira mengambil telefon pintarnya dan menekan sesuatu. Selepas itu dia menghempaskan tubuhnya ke atas katil.

"Sorrylah. Angah tak perasan tadi," pohon Nafisa mendekati Nadira yang masam mencuka. Dipautnya bahu Nadira.

"Argh..."

"Sorrylah... Sorrylah," desak Nafisa sekali lagi cuba mencium Nadira tetapi Nadira pantas menolak pipi Nafisa.

"Adoi," jerit Nafisa kesakitan. Dia menjauhi Nadira.

"Sakitlah. Baby usik tempat yang kena laser tu," marahnya geram. Luka baru saja nak baik kut.

"Alamak! Sorry, angah! Baby tak sengaja tapi itulah. Siapa suruh angah mengada-ada nak cium baby. Gelilah."

Nafisa muncung. Minta maaf tetapi memulangkan paku buah keras.

"Sombong. Baik angah balik bilik angah. Ingat nak share sesuatu tapi no way. Tak hingin."

Nafisa bergegas ke biliknya diikuti oleh Nadira tanpa disedari.

"Sesuatu tu apa, ngah?"

Nafisa terkejut. Terlepas telefon pintar yang baru diambil daripada katil.

"Haip... Siapa suruh masuk sini?"

"Baby kan dah cakap sorry tadi. Tak payahlah nak panjang-panjang sampai halau baby. Cepatlah, ngah. Ceritalah apa rahsia angah."

Nafisa duduk. Dia buat-buat berfikir. Saja membiarkan Nadira ternanti-nanti.

"Disebabkan angah perlukan pertolongan baby, jadi angah terpaksalah cerita." Akhirnya Nafisa membuat keputusan.

"Pertolongan? Macam pelik aje."

"Doktor Gazza ajak angah keluar."

Kening Nafisa ternaik-naik menunjuk lagak di hadapan Nadira padahal nanti Nadira tahu juga Gazza mahu berjumpanya disebabkan oleh Amna.

"Biar betul? Bila dia beritahu?"

"Tadi. Dia WhatsApp."

"Kira datinglah ni."

Nadira sudah tersenyum lebar. Gembira mendengar perkhabaran ini. Dia sentiasa mengharapkan yang terbaik buat Nafisa.

Nafisa geleng.

"Taklah. Dia nak jumpa angah sebab Amna anak saudara dia yang disleksia tu."

"Choiii. Balik-balik sebab anak saudara. Boring betul."

Nadira geram. Dia punyalah seronok tetapi lain yang jadi.

"Baby ikut, eh?"

"Oh, itulah pertolongan yang angah nak dari baby?!"

Nafisa angguk.

"Boleh kenal-kenal dengan doktor."

"Tak naklah. Baby segan. Nanti baby melopong tak tahu nak cakap apa."

"Ala... Ikutlah. Angah segan nak pergi sorang. Lagi pun tak manis kami berdua-duaan."

"Amna mesti ada."

Nafisa terdiam. Ya tak ya juga. Amna pasti akan dibawa bersama.

"Tapi kalau dia tak bawa?"

"Borak ajelah macam biasa."

Nafisa menjuihkan bibir. Senangnya Nadira bercakap. Pada zaman sains dan teknologi ni bukannya boleh dibuat main. Karang ada saja yang menyampaikan kepada ayah dan ibu. Siap dengan bukti sekali.

"Kalau ibu dan ayah tahu angah berdua-duaan dengan lelaki kan susah angah nanti."

"Niat angah baik. Bukannya mahu menggatal dengan doktor tu. Buat apa nak takut tetapi katakanlah kantoi, baby akan sokong angah. Jangan risau," yakini Nadira sungguh-sungguh.

"Alhamdulillah. Terima kasih, baby," sorak Nafisa seronok. Dia bersyukur mendapat adik sebaik Nadira yang senantiasa memahami dirinya.

Nadira bangun.

"Baby percayakan angah. Dulu kan angah bercita-cita nak berkahwin dengan orang putih, jadi takkanlah angah akan jatuh cinta dengan Doktor Gazza dan melakukan sesuatu yang boleh memalukan keluarga."

"Ceh."

Nafisa pantas membaling patung beruang koala kepada Nadira dan sasarannya mengena.

"Adoi!" jerit Nadira terkejut. Patung beruang koala dipungutnya.

"Terima kasihlah hadiahkan baby patung koala comel ni. Daaa."

Nafisa tarik muka. Dengan Nadira memang dia selalu saja terkena. Tetapi nak buat macam mana. Nadira tetap adik kesayangan sampai bila-bila.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro