Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

˖⋆࿐໋₊ 18

+++

Cyaewon dan Taehyung masih berdiri di hadapan pintu bilik pesakit yang menempatkan Jungkook di dalam. Teragak-agak Taehyung ingin memulas tombol pintu itu kemudian terjah masuk dan terus mendakap Jungkook. Namun ego yang masih ada, Taehyung kembali statik berdiri. Nafasnya dihela kecil.

"Teruk ke keadaan dia?"

Cyaewon menoleh ke arah Taehyung. "Err awak masuklah tengok sendiri. Saya nampak macam jantung dengan hati dia berlubang tu---"

Mendengar sahaja ayat yang keluar dari bibir Cyaewon, Taehyung langsung merempuh pintu tersebut dengan kuat. Jungkook yang ingin melelapkan mata tersentak dengan kehadiran Taehyung yang sudah memandangnya dengan risau.

Belum sempat berkata apa-apa, bahagian tubuh Jungkook diraba-raba oleh Taehyung. Terkebil-kebil mata Jungkook melihat tindakan kawan baiknya ini.

"Taehyung... Kenapa?"

"Kau cedera kat mana? Jantung kau elok tak? Hati kau tak hancur kan seperti mana kau hancurkan hati aku? Hah Jungkook? Jawab aku!" Gelisah Taehyung dibuatnya.

"Taehyung aku okey, serius aku okey. Apa kau merepek ni? Aku terlantar kat sini sebab pengsan. Tu pun nasib Yoongi hyung bawa aku." Terang Jungkook ringkas. Sempat matanya menangkap kelibat Cyaewon yang mengintai di sebalik pintu.

"Tapi Cyaewon cakap...." Taehyung diam sekejap. Urat di tangannya timbul sambil mengetap giginya geram. Bongok lah pompuan tu!

Jungkook berdehem. "Jadi Cyaewon bagitahu kau pasal aku?"

"Tak." Taehyung duduk di atas kerusi bersebelahan katil. "Kitaorang terserempak kat bawah tadi."

Jungkook mengangguk faham. Kedua tangan disilang ke dada. Suasana sepi seketika. Dua-dua buntu tidak tahu memulakan perbualan. Seorang ego seorang lagi kekok.

"Taehyung."

"Jungkook."

"Kau dulu." Arah Taehyung.

"Kau dah bebas dan aku bersyukur sangat." Jungkook tersenyum.

"Terima kasih." ucap Taehyung. Jungkook menjungkit sebelah keningnya.

"Kau banyak tolong aku selama ni, Jungkook. Terima kasih." Kini senyuman kecil Taehyung terlihat. Sampai bila dia mahu beriak beku depan Jungkook? Bagilah muka manis sikit mana tahu cair.

"Aku nak mulakan hidup baru lepas ni." tutur Taehyung tanpa memandang Jungkook yang sudah beriak risau itu. Mulakan hidup baru? Maksud?

"Taehyung... Aku tak nak." geleng Jungkook sambil mengemam bibirnya.

Taehyung mengangkat kepala dengan kerutan halus di dahi. "Apa?"

"Aku tak nak kahwin dengan kau." Jungkook memejam matanya rapat. Harap tak mengamuk lah jantan ni.

Pak! Dahi Jungkook ditepuk sekilas. Terus terbuka kedua belah matanya. Taehyung yang sedang memeluk tubuh itu dipandang.

"Aku tak ganggu kau dah lepas ni. Kau jangan risau." Rendah sahaja ton suara Taehyung.

"Maksud kau?"

Taehyung mempamer senyum kecil. "Aku akan buang perasaan bodoh aku ni dari terus kejarkan cinta kau. Aku tahu makin aku kejar, makin kau jauh dari aku. Cinta antara sesama jenis..." Terletus tawa halus Taehyung.

"Memang bodoh." Sambungnya.

Jungkook terkedu. Betulkah apa yang dia dengar ni? Taehyung nak berubah ke jalan yang benar? Siapa yang mengubah diri kawannya ini?

Cyaewon?

"Lupakan kisah kita sebelum ni dan anggap lepas ni kita takkan kenal antara satu sama lain." Okey kali ini serius bunyi Taehyung.

"Kau nak buang aku?" Soal Jungkook sedikit kecewa. Ingatkan bila Taehyung nak berubah baik ni dia boleh wujudkan semula hubungan persahabatan mereka tetapi hampa.

"Kalau tu cara untuk aku nak berubah dan lupakan kau, ya aku buang kau Jeon Jungkook dari hidup aku." Langsung meluncur laju ayat itu dari bibir Taehyung. Keputusan yang muktamad dan Taehyung betul-betul tekad.

"Taehyung..." Cyaewon yang mendengar sejak tadi mendengar perbualan mereka itu langsung masuk ke dalam. Riak wajah Taehyung yang kosong itu ditatap seketika sebelum pandangannya beralih pada mata Jungkook yang sudah memerah itu.




+++



"Yoongay who?"

"Min Yoongi, Jay." Perbetul Haeyul.

"Nevermind tapi dia siapa? Berani peluk and kiss you? Kalau I dapat dia, I bunuh dia. Tak guna." Jay mengepal keras penumbuk sulungnya.

Haeyul diam sahaja tidak membalas. Bayangan wajah Yoongi masih bermain-main di dalam minda. Argh kenapa aku fikirkan dia? Buang masa!

"You dengar ke tak?"

"Huh?" Haeyul tersentak. Jay mengeluh berat. Rambutnya diramas kasar. "Kalau macam ni lah gaya, baik I balik."

"Okey." Balas Haeyul.

"Seriously Haeyul? You beria panggil I lepastu halau pula? Apa ni? You nampak lain. Kenapa? Si Yoongay tu ada ugut you? Bagitahu I." Jay meraih lembut tangan milik Haeyul namun segera ditepis olehnya. Lagi membuatkan Jay terpempan.

"Balik Jay. I minta maaf sebab susahkan you datang sini. I nak rehat, tidur. You pergi cari perempuan lain untuk layan you." Arah Haeyul sedikit tegas.

Jay tersenyum sinis. Betul-betul perempuan ni bertingkah pelik. "Lain kali kalau taknak layan, cakap. Menyusahkan betul!" Kepala Haeyul ditunjal kasar sebelum melangkah pergi dari situ.

Haeyul merengus kecil. Sempat dia hadiahkan jelingan kepada Jay sebentar tadi. Haeyul menuju ke katil lalu merebahkan tubuhnya. Terkebil-kebil memandang siling.

Baru sahaja ingin melelapkan mata, deringan telefonnya menganggu. Tangannya mencapai iPhone miliknya di atas meja bersebelahan katil. Haeyul berdecit. Nama Jay terpapar di situ. Mahu tidak mahu diangkat juga panggilan lelaki itu.

"You nak apa lagi?" Soalnya malas.

"Hello sayang? Kau okey kan? Aku nampak dia tunjal kepala kau tadi. Tapi jangan risau, aku dah pukul kepala dia sampai berdarah. Dah sambung tidur balik. Good night, sweetdreams."

Talian diputuskan. Mengigil satu tubuh Haeyul bila mendengar suara tersebut.

"M-min Yoongi."




+++



"Taehyung!" Panggilan Cyaewon diabaikan sejak tadi. Taehyung cepat-cepat melangkah pergi daripada berhadapan dengan gadis itu. Dia tidak mahu ada kaitan lagi dengan dua manusia itu.

Tapi Cyaewon sempat menahan lengannya. Automatik langkahnya terhenti.

"Lepas." arahnya dingin.

"Tak nak. Awak kena bincang dengan saya dulu."

"Gigolo lepasan macam aku ni jijik. Kau tak payah nak sentuh." Ditepis tangan Cyaewon dari menyentuhnya.

Cyaewon sedikit tergamam. Rasa bersalah pula gelarkan Taehyung macam tu.

"Kenapa awak nak buang Jungkook dari hidup awak? Sanggup awak hancurkan persahabatan dengan dia? Kesian lah kat Jungkook, Taehyung..." Rayu Cyaewon.

Taehyung mengetap giginya dengan geram. Persahabatan dengan Jungkook? HUH! 

"Kau suka kan? Sekarang aku dengan dia dah takde apa-apa. Kau boleh ambil dia."

Cyaewon menggeleng laju. "Apa awak cakap ni? Saya tak suka dia lah! Kalau ya pun nak berubah lurus janganlah sampai nak buang Jungkook tu. Awak boleh je kan ambil masa untuk tak jumpa dengan dia sementara awak pulihkan diri awak."

Taehyung tidak menjawab. Tapi dalam diam dia setuju juga dengan kata Cyaewon tu.

"Eh tapi betul ke awak nak berubah?" Cyaewon masih was-was.

"Bukan urusan kau."

"Kalau betul lah, awak ajaklah adik awak sekali. Muka dia dah cantik tapi sayang lesbian pula."

"Kau nak hina aku, hina aku seorang. Jangan libatkan adik aku." Rasa macam nak bagi penampar kat muka Cyaewon.

"Err..." Cyaewon menggaru kepalanya. Kekok.

"Dah habis kan? Sudah. Jangan tunjuk muka kau depan aku lagi termasuk Jungkook." Jari telunjuknya dinaik di hadapan wajah Cyaewon sebagai tanda amaran.

"Saya tolong awak." Jari telunjuk Taehyung digenggam. Terasa hangat bila kedua belah tapak tangan kecil Cyaewon menggenggam jarinya.

"Saya tolong awak, Taehyung." Sekali lagi Cyaewon berkata tetapi kali ini lebih ikhlas bunyinya.

Anak mata mereka bertaut lama. Taehyung rasakan sesuatu tetapi tidak tahu perasaan apa.

"Kau sanggup?" Giliran Taehyung menyoal.

Cyaewon mengangguk tanpa ragu. Ya, dia sanggup asalkan hubungan kawan rapat itu tidak musnah dengan sekelip mata. Lagipun dia perlu tunaikan janjinya terhadap Jungkook. Kalau bukan dia, siapa lagi yang nak bantu Taehyung?

"Goda aku." ujar Taehyung.

"Huh?"

"Goda aku sehabis mana yang kau boleh sampai aku jatuh dan tunduk pada kau, Cyaewon. Hadirkan perasaan cinta sebenar dalam diri aku dan jangan sesekali mengalah dengan aku."

Genggaman tangan Cyaewon dileraikan. Pandangan redup lelaki itu menatapnya lama.

"Aku betul-betul harapkan kau." Itulah ucapan terakhir Taehyung sebelum meninggalkan Cyaewon yang masih kaku berdiri di situ.




+++

Okey misi memikat Kim Taehyung bermula!









Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro