Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

˖⋆࿐໋₊ 1 1




«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»










Taehyung menatap gambarnya bersama Jungkook yang dijadikan wallpaper phone. Bibirnya berdecit sinis. Lantas dia menukar gambar tersebut dengan wallpaper hitam. Kemudian, telefon dilempar ke katil.

Sudah tiga hari, Jungkook langsung tidak memujuknya. Taehyung benggang, kenapa lelaki itu boleh berubah hati? Selama ini elok sahaja, tetapi sejak kemunculan Cyaewon semuanya berubah.

Taehyung mengeluh berat. Dadanya dipegang, hatinya hancur. "Kau dah lain, Kook. Kenapa kau buat aku macam ni?" Soalnya sendiri.

"Tch, ni semua perempuan tu punya pasal. Kalau kau tak hadir dalam hidup aku, semuanya takkan jadi macam ni lah." Dengusnya kasar. Jika masa boleh diundur, dia biarkan sahaja Cyaewon jadi mangsa Jay pada malam itu.

Tok tok tok!

Taehyung memandang pintu biliknya. Jelingan tajam dihadiahkan sebelum dia menuju lalu membuka pintu tersebut. Wajahnya berubah tersentak.

"Saya inspektor Hoseok. Awak Kim Taehyung ke?" Soal lelaki yang lengkap berpakaian seragam polis itu. Langsung tiada senyuman pun tercalit di wajahnya.

"Ya, saya." Balas Taehyung sedikit gugup.

"Saya dapati awak telah berkhidmat di kelab ini sebagai gigolo simpanan. Sila ikut kami ke Balai sekarang."

Belum sempat Taehyung membalas, tubuhnya terus dipusing oleh Hoseok lalu kedua pergelangan tangannya digari. Taehyung terus dibawa keluar oleh dua orang pembantu Inspektor Hoseok.

"Tak, Tuan dah salah faham ni. Saya tak pernah pun buat kerja macam tu. Tuan, tolong bagi saya jelaskan----" rayu Taehyung. Kini, mereka tiba di hadapan kereta polis yang terparkir elok.

"Jelaskan di Balai sahaja nanti. Sudah, bawa di masuk ke dalam."

"Baik, Tuan."

"Tak! Tuan, dengar! Saya mangsa keadaan, saya tak bersalah pun dalam hal ni! Tolonglah percaya cakap saya!" ujar Taehyung dengan nada tinggi. Naik berkaca matanya apabila teringatkan Taeryn.

Kalau dia ditangkap, apa akan jadi kepada adiknya? Dia tidak sanggup tinggalkan Taeryn keseorangan di luar sana.

"Bawa dia masuk ke dalam kereta sekarang." sekali lagi Hoseok arahkan. Segala rayuan Taehyung, dibiarkan sahaja. Sekarang tugasnya selesai, kelab ini sudah disaman. Pelanggan yang berkhidmat di tempat itu pun sudah ditangkap termasuk Taehyung.

Taehyung merentap kasar apabila salah satu pembantu Hoseok memegang lengannya. Sempat dia tersenyum sinis kepada Hoseok. Nampak gaya, rayuannya tidak didengari. Huh, inspektor muka kuda.

Taehyung terpaksa akur juga untuk masuk ke dalam kereta. Dia termenung di dalam, mengenangkan nasib yang bakal ditempuhi nanti.






«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»







Ting tong! Ting tong! Ting tong!

Cyaewon segera menuju ke pintu utama apabila mendengar bunyi loceng yang berkali-kali ditekan. Dahinya berkerut hairan sambil bibirnya merungut kecil. Siapalah yang main loceng rumah ni? Aih!

Buka sahaja, terpacul wajah Jungkook yang sayu. Penampilan lelaki itu kelihatan tidak terurus. Cyaewon tersenyum kekok.

"Err hai?"

Tanpa dijangka, tubuhnya terus dipeluk erat oleh Jungkook. Muka lelaki itu disembab ke bahu Cyaewon. Bahunya terhinjut-hinjut, esakan kecilnya kedengaran.

"J-jungkook? Awak okey tak ni?" Cyaewon menepuk belakang tubuh Jungkook; cuba menenangkannya.

"C-cyaewon ah.. H-hiks, a-aku dah terlambat nak selamatkan Taehyung. Hiks---" Ujar Jungkook diselangi dengan tangisan.

"Apa yang dah jadi kat Taehyung?"

"Dia dah ditangkap oleh pihak polis. Hiks a-aku tak tahu nak buat apa sekarang ni. Bukti untuk bebaskan dia, aku tak jumpa lagi."

Cyaewon tersentak. Tiba-tiba hatinya turut berasa sebak. "Jungkook, sabar eh. Saya pasti akan ada cara lain untuk bebaskan dia. Saya ada untuk awak, dah jangan nangis." Perlahan sahaja tutur kata Cyaewon memujuk.

Jungkook melepaskan pelukan, wajahnya yang basah dengan air mata menatap wajah Cyaewon.

"Kau janji, akan selalu ada bila aku perlukan kau?" Soal nya sayu.

Cyaewon mengangguk. "Ya, saya janji."

"Gumawo." Jungkook mengukir senyuman dalam tangisan.

Tittt- tittt-

Telefon milik Jungkook berbunyi, lantas dia mengangkat panggilan daripada Yoongi. Hidungnya digosok perlahan sebelum memulakan perbualan.

"Uhm, nak apa?" Soalnya dengan nada serak.

"Kook? Datang ke police station sekrang." Ujar Yoongi di hujung talian.

"Kenapa? Hyung kena tahan ke?" Jungkook mula beriak gelisah.

"Datang jelah. Nanti aku send location."

Pip. Yoongi terus mematikan talian tanpa sempat Jungkook membalas. Cyaewon yang memandang, terus bertanya ingin tahu.

"Siapa tu?"

"Yoongi hyung. Cyaewon jom teman aku sekarang, aku rasa benda ni penting." Lantas Jungkook memegang pergelangan Cyaewon namun cepat gadis itu menepis lembut.

"Eh tapi saya tak bersiap lagi. Muka pun tak makeup!"

"Bagi aku, kau dah cukup cantik. Dah, jom."

"Arr ya, ya!"





«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»






Taehyung keluar dari bangunan Balai polis dengan seorang lelaki yang sedikit rendah darinya. Dari segi penampilan, nampak macam biasa-biasa je. Tapi Taehyung bersyukur kerana telah dibebaskan dengan bantuan lelaki ini.

Setibanya mereka di luar, Taehyung menghulur tangan untuk berjabat.

"Aku tak kenal kau tapi terima kasih sebab bantu aku. Boleh aku tahu, siapa nama kau?" Taehyung mengukir senyuman petaknya. Tidak dapat digambarkan perasaannya ketika ini, bahagia ya dia sangat bahagia!

Huluran tadi disambut dengan gaya swag. "Aku detective Min Yoongi. Kau patut berterima kasih kat Jungkook sebab kalau bukan dia, aku takkan fight kes kau ni habis-habisan. Aku kenal kau, Kim Taehyung." Yoongi membalas senyuman gummy nya.

Taehyung terkedu. Nama Jungkook yang meniti di bibir Yoongi membuatkan hatinya kembali sakit. Tetapi bila mengenangkan jasa baik ex nya tu, Taehyung bersyukur juga lah. Namun ego tu tetap ada ya.

"Ouh, okey. Terima kasih lagi sekali, Yoongi. Aku janji akan bayar kau sebab kau dah usaha cari bukti yang kukuh untuk bebaskan aku. Bagi aku masa, ya?" Taehyung tersengih seraya menggosok belakang tengkuknya.

"Sama-sama. Pft, tak payah bayar lah. Aku buat semua ni ikhlas. Sekarang kau dah bebas, kau boleh jalankan kehidupan kau kat luar sana. Tentang orang yang mengugut keluarga kau tu, jangan risau sebab mereka semua dah ditangkap. Apa-apa hal, kau boleh telefon aku." Yoongi terus menyerahkan telefon milik Taehyung yang sejak tadi berada di sisi pinggangnya.

Taehyung mengangguk kecil. Skrin telefonnya yang hidup itu dipandang. Tertera nombor kenalan Min Yoongi di situ. Dalam hatinya sudah merungut kecil. Memandai je lelaki ni buka phone aku, fuh nasib baik dia tak selongkar hak peribadi aku. Dahlah gambar abs Jungkook tu aku belum delete.

"Yoongi, kalau aku perlukan bantuan, kau akan bantu aku tak?" Taehyung menyoal secara tiba-tiba. Yoongi mengangkat sebelah keningnya kemudian dia angguk kecil.

"Sure. Apa dia?"

"Sumbat appa aku ke dalam lokap." lancar sahaja Taehyung membalas dengan selamba.

Yoongi tergelak kecil. Bahu Taehyung ditepuk-tepuk beberapa kali. "Swag gak kau ni kan. Kita jadi kawan,nak?" Lain pula yang dibalas oleh Yoongi.

Taehyung mengerut dahi. "Aku serius." tuturnya senada. Mungkin Yoongi anggap perkara ini bergurau tetapi Taehyung betul-betul maksudkannya. Disebabkan Tuan Kim lah,kehidupan keluarga mereka porak-peranda. Sebagai balasan,ada baiknya orang tua itu meringkuk di dalam penjara.

"Kau dah fikir masak-masak? Tu appa kau kot,sampai hati ke nak biar dia kat dalam tu?" Yoongi cuba meminta kepastian. Manalah tahu lelaki di hadapannya ini berubah hati dan fikiran.

"Masak-masak apa kau ni? Aku bercakap soal jenayah, bukan soal masakan. Dungu" Taehyung berkata geram.

"Bahasa tu jangan nak biadap eh. Aku lebih tua daripada kau. Maksud aku, kau yakin dengan keputusan kau ni? Aku tak nak kau menyesal di kemudian hari. Bagi aku, setiap kesalahan layak diberikan peluang."

Taehyung terdiam. Fikirannya melayang kepada Jungkook pula. Patut ke dia maafkan lelaki itu dan bagi peluang yang kedua? Lama dia menyepi, akhirnya mereka dikejutkan dengan satu suara yang biasa didengari.

"Taehyung!" Kelihatan Jungkook berlari anak menuju ke arahnya dengan wajah yang teruja. Tangan didepakan,bersedia untuk memeluk Taehyung.

Namun Taehyung cepat berganjak ke tepi membuatkan Jungkook tergamam. Wajah tidak ada perasaan ditayang. Pandangan dialih ke tempat lain.

"Taehyung,aku gembira kau dah keluar dari tempat tu. Aku rindukan kau,sahabat." Jungkook menutur perlahan. Nada suaranya kedengaran bergetar seperti menahan tangis.

Taehyung diam. Sahabat? Jadi selama ni dia anggap aku sahabat je? Makin sakit hati dibuatnya.

"Syukurlah awak dah bebas,Taehyung. Jungkook risau sangat kat awak." Muncul pula kelibat Cyaewon dari kereta Jungkook. Gadis itu mengukir senyuman kepadanya tetapi dibalas jelingan oleh Taehyung.

Yoongi yang perasan riak muka Taehyung itu berdehem kecil. Dia dapat rasakan ada hubungan cinta tiga segi yang berlaku sekarang.

"Oh ya,Yoongi hyung." Taehyung memanggil Yoongi. Kali ini,terselit panggilan hormat di hujung ayatnya.

"Tolong sumbat sekali dua manusia ni dalam penjara." Sambung Taehyung tanpa sedikitpun melihat Jungkook dan Cyaewon yang sudah terkebil-kebil begitu juga dengan Yoongi.

"Kesalahan pengkhianat ni berat jadi kalau boleh bagi hukuman gantung sampai mati." Sejurus dengan itu, Taehyung terus berjalan meninggalkan mereka bertiga. Tidak dihiraukan panggilan daripada Jungkook, Taehyung hanya pekakkan telinga.

Dia masih belum bersedia berhadapan dengan Jungkook. Setelah apa yang lelaki tu lakukan, Taehyung akan memaafkan begitu sahaja? Tidak. Hatinya masih terluka. Dia ingin tenangkan fikiran buat masa sekarang.





«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»






Hiks rasa geli pula taip ff ni, sorrylah kalau hubungan vkook ni buatkan korg loya--- tapi lek", hubungan pelangi ini tidak akan bertahan lama HAHAHAHA ♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro