˖⋆࿐໋₊ 1 0
«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»
"
Maksud aku, sukakan kau sebagai jantina perempuan."
Cyaewon masih tergamam. Dilihat wajah Jungkook yang sudah beralih arah; berpura-pura menaip di atas keyboard laptop nya. Jelas telinga lelaki itu memerah namun Cyaewon terlalu dungu untuk perasan apa yang dirasai oleh Jungkook.
"Arr okey. Saya faham." Balas Cyaewon dengan meneguk sekali lagi air suam di tangannya. Kemudian, anak matanya memerhati Jungkook yang sudah menuju ke bilik air berdekatan.
"Awak nak pergi mana?"
Langkah Jungkook terhenti. Wajah kerek ditayang kepada Cyaewon yang terkebil-kebil memandangnya.
"Nak membuang air kecil."
Cyaewon berkerut hairan.
"Tak cukup jelas lagi ke? Meh aku terangkan. Memula buka zip seluar, pastu---"
"YAHH pergilah sana! Saya bukan suruh awak jelaskan pun!" Jerit Cyaewon seraya memalingkan wajahnya ke sisi. Kedua belah pipi mula kemerahan, menahan malu.
Jungkook ketawa mengekek sebelum melangkah masuk. Kadang-kala, dia lihat Cyaewon tu comel pula bila malu atau menggelabah. Haih, jangan jatuh cinta kat dia sudahlah.
«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»
Taehyung menunggu panggilannya disambut oleh Taeryn. Tetapi masih sama, tidak diangkat. Rambutnya diramas perlahan.
"Tch ssaeng.. Angkatlah, kau buat aku risau lah." Ujarnya sendiri. Sekali lagi dia mencuba, namun tetap hasilnya sama. Akhirnya, Taehyung putus asa.
Keluhan kecil terbit daripada bibir. Dari semalaman dia menelefon, satu panggilan pun langsung tidak dijawab. Hatinya bertambah khawatir. Entah macam manalah keadaan Taeryn di sana.
"Husnuzon. Ya, mungkin adik aku tengah belajar macam mana nak tackle awek kat kelas dia ataupun aku syak dia dah sangkut kat Cyaewon tu. Aih budak zaman sekarang." Taehyung menggeleng kepala.
Tubuhnya dibaring ke atas katil. Matanya dipejam rapat buat seketika. Wajah Jungkook menghiasi segenap mindanya. Bibir Taehyung mengukir senyum manis.
"Kau kacak, Jeon Jungkook." Tanpa sedar mulutnya memuji rupa paras yang menawan itu.
Tidak lama kemudian, muncul pula wajah Cyaewon di mindanya. Kelihatan gadis itu mengenyit mata kepada dirinya. Pantas Taehyung mencelik mata dengan spontan memegang sebelah dadanya. Jantung yang berdegup aneh.
"Kenapa perempuan tu muncul?" Taehyung menekup mulutnya yang melopong kecil. Tidak dapat dibayangkan kalau Cyaewon berdiri di samping Jungkook.
"Tak, tak. Jungkook aku punya. Siapa rampas dia, langkah mayat aku dulu." Taehyung bangun dengan posisi duduk bersila. Telefon yang berada di tangan, terus membuka kenalan miliknya.
Kenalan bernama cekwon ditekan terus membuat panggilan video. Wajah poker nya ditayang sebelum panggilan diangkat.
"Kau kat mana sekarang?" soalnya tanpa bersapa. Sesekali matanya melihat sekitar ruang yang memaparkan tempat di mana Cyaewon berada sekarang. Macam familiar je tempat ni.
"Sejak bila awak pandai videocall saya ni hah?" Cyaewon menyoal di sebelah sana.
Taehyung menggulingkan anak matanya ke atas. "Aku on call ni pun sebab nak bagi amaran kat kau, biar kau hadam benda ni baik-baik." Balasnya separa dingin.
Cyaewon membuat muka; mengejek cara percakapan lelaki itu. "Enyenyenye---ish dahlah. Cepat cakap, amaran apa yang penting sangat tu?"
"Aku-----"
"Siapa tu? Boyfriend kau eh?" kedengaran satu suara lelaki. Taehyung terdiam.
"Arhh kenapa awak lilit tuala kat pinggang?! Mana baju awak?" Jerit Cyaewon kepada seseorang. Dapat Taehyung lihat wajah Cyaewon membahang ketika ini.
"Pft rilex lah. Macamlah kau tak pernah nampak. Btw, cer tengok sikit muka boy kau, mana tahu aku boleh kenal-kenal."
"Tak----"
Pantas telefon Cyaewon bertukar tangan. Maka terpapanglah wajah Jungkook di skrin telefon Taehyung. Masing-masing menunjukkan riak terkejut.
Melihatkan tubuh Jungkook tanpa berpakaian itu cukup membuktikan segalanya. Taehyung tersenyum sinis. Lidahnya menolak ruang pipi kanan dari dalam sambil kepala diangguk-angguk.
"Taehyung... Aku---"
"Kita break." Panggilan video terus dimatikan.
«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»
"Kita break." Taehyung terus mematikan panggilan.
"Ouh okay." Balas Jungkook selamba. Telefon pintar Cyaewon dikembali dengan riak kosong. Jungkook berjalan mengambil tempat di meja yang menempatkan laptop miliknya.
Cyaewon tergamam. Boleh pula lelaki ni berlagak selamba setelah diputuskan oleh kekasihnya? Haip, ingat. Jungkook masih straight orangnya, tu sebab dia tidak kisah.
"Awak tak rasa bersalah ke?"
Jungkook menggeleng kecil. Matanya fokus memandang dada screen laptop. "Tak langsung sebab aku dengan dia takde apa-apa hubungan."
"Tapi kesianlah kat dia." Tutur Cyaewon perlahan namun masih didengari Jungkook.
"Dah tu? Kau pujuk lah dia."
"Eii taknaklah. Tak pasal-pasal nanti dia serang saya. Sebab awaklah, dia dah salah faham. Mungkin Taehyung ingat kita ni ada affair." Cyaewon bermain dengan jemarinya. Terbit rasa bersalah pula hati ini bila mendengar suara kecewa Taehyung tadi.
"Biarkan je. Makin aku layan dia, makin menjadi-jadi. Aku rasa berhenti lah setakat ni, aku taknak dia berterusan anggap yang aku ni kekasih dia. Aku taknak bagi harapan, faham tak?" Jungkook menjeling sekilas Cyaewon yang masih dihurung rasa bersalah itu.
"Haih, suka hati kau lah Cyaewon." Jungkook kembali fokus. Air yang menitis dari rambutnya dibiarkan, begitu juga dengan tubuh yang masih belum dikenakan pakaian.
Cyaewon sekadar menunduk merenung lantai. Bukan apa, dia malu nak pandang Jungkook sekarang ni. Dahlah lelaki tu selamba sahaja duduk membuat kerja dalam keadaan abs berketul-ketul, muscle yang tegap, urat jantan yang terserlah----ah boleh pengsan!
«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»
Keesokkannya, Jimin berjalan menuju ke kelas. Pandangannya meliar mencari kelibat Taeryn yang masih belum sampai. Hatinya diserang perasaan risau dan resah.
Sudahlah kelmarin dia tidak melihat pun keadaan Taeryn di rumah agam itu. Ya, Jimin hanya memekakkan telinga tanpa menghiraukan jeritannya. Dia terus balik ke rumah dengan muka yang tiada perasaan.
Tetapi pada pagi ini, entah kenapa dia ingin mengetahui keadaan gadis itu.
Adakah dia baik-baik sahaja?
Kring!!! Bunyi loceng menandakan waktu pembelajaran akan bermula sebentar lagi. Guru subjek pertama sudah masuk ke kelas. Kesemua pelajar berdiri lalu menunduk hormat kepadanya sebelum pelajar kembali duduk.
"Sebelum kita mulakan sesi pembelajaran, dukacita cikgu ingin memaklumkan bahawa kawan sekelas kamu iaitu Kim Taeryn telah berhenti sekolah atas alasan tertentu." ujar guru tersebut dengan tenang.
Para pelajar mula berbisik sesama sendiri. Kebanyakannya suka mendengar berita mengejut ini. Tetapi tidak bagi Jimin. Dia lebih termenung memandang tempat duduk Taeryn yang berada di hadapannya.
Perasaannya bercampur baur. Fikirannya mula tertanya-tanya tentang sebab apa gadis itu berhenti sekolah? Adakah hal ini ada kena mengena dengan kejadian kelmarin?
«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro