Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

˖⋆࿐໋₊ 0 6


«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»




"Uhuk uhuk!" Cyaewon terbatuk-batuk setelah mendengar kata-kata Jungkook tadi. Lantas hujung bibirnya dilap dengan tisu sebelum pandangannya kembali tertumpu pada Jungkook yang berada di hadapan.

"Awak cuba ulang lagi sekali." pinta Cyaewon.

Jungkook meraup rambutnya kebelakang sebelum mengeluh kecil. "Kenapa? Kau masih ingat yang aku ni ada perasaan yang sama dengan Taehyung? Oh please.... Tak." Katanya dengan yakin.

"Habis tu? Kenapa awak tumbuk dia semalam? Bukan ke awak cemburu bila tengok dia dengan perempuan lain?" Soal Cyaewon dengan wajah polos.

Jungkook terlopong. "Kau ni biul lah. Buat apa aku nak cemburu? Aku tumbuk dia bersebab. Dia dah janji takkan sesekali sentuh sebarang perempuan semasa dia ada kat sana. Tapi bila aku tengok kejadian tu, srs aku kecewa." Terangnya lagi.

Cyaewon semakin blur. Otaknya cuba memproses dengan apa yang berlaku. Tetapi masih tidak dapat, sekali lagi dia menyoal.

"Maksudnya? Jap kalau dia dah janji macam tu kenapa dia masih duduk sana? Kenapa awak tak keluarkan je dia dari situ? Apa guna dia jadi gaygolo --- maksud saya, err tapi dia dah sentuh pun kan perempuan lain? Tak suci lagilah----eh." Tersekat-sekat percakapan Cyaewon dibuatnya.

Jungkook tergelak kecil melihat tingkah laku Cyaewon yang tidak tentu arah itu. "Apa? Gaygolo? Lawaklah kau ni hahahah!"

Cyaewon tersengih kecil. "Awak jangan terasa pula. Tu nickname dia je." ujarnya perlahan.

"Ya aku faham maksud kau. Lagipun kau belum tahu cerita yang sebenar, kan? Meh aku cerita." Jungkook menyedut air minumannya sebelum membuka kisah Taehyung kepada Cyaewon.

"Dulu,zaman masa aku dan Taehyung tengah belajar kat sekolah, kitaorang memang rapat macam isi dengan kuku. Kalau ada masalah, masing-masing luahkan sesama sendiri. Susah senang aku dengan dia je. Sampailah satu hari, dia tetiba luahkan perasaan cinta kat aku. Masa tu aku ingat dia joke joke je tak sangka pula dia serius."

"Start sana, hubungan aku dengan dia renggang sikit. Bukan apa, aku rasa tak selesa bila berduaan dengan dia dan aku masih terkejut dengan luahan hati dia tu. Pelik, Taehyung ramai peminat perempuan tapi aku juga yang dia pilih. Mungkin aku lagi cantik dari diaorang."

Cyaewon membuat muka -_-|| . Jungkook ni sempat lagi puji diri sendiri.

"Habis je kitaorang belajar, aku dikejutkan dengan berita yang omma dia mati disebabkan kemalangan jalan raya. Aku tahu Taehyung memang perlukan seseorang untuk kuatkan semangat dia dan aku buat keputusan untuk rapat balik dengan dia. Even aku tak selesa, aku tetap juga stay dengan dia. Hari demi hari, aku dah biasa. Dia layan aku cam kekasih dia tapi aku buat tak tahu je."

Jungkook kembali menyedut air minumannya tinggal separuh. Selepas itu, dia kembali sambung cerita tadi.

"Tak habis dengan kematian omma dia, aku dapat berita lagi yang appa dia ada banyak hutang dengan orang. Keluarga Taehyung yang dulunya kaya terus jatuh miskin disebabkan nama appa dia tercalar teruk. Tak boleh nak buat apa, kereta, pejabat kena tarik semua kecuali rumah sebab itu satu-satunya peninggalan omma Taehyung."

"Masa tu Taehyung rasa down habis. Hampir-hampir dia nak bunuh diri tapi nasib baik aku jadi hero selamatkan dia dari gantung diri kat kipas. Aku pujuk dia perlahan-lahan dan ya dia rasa okey dan dia kata kat aku yang dia makin sayang dengan aku. Aku rasa nak terkucil time tu tapi aku tetap buat biasa."

Cyaewon mengangguk faham. Begitu tekun dia mendengar cerita mengenai lelaki bernama Taehyung itu. Sedikit-sebanyak lahir perasaan kesian di dalam hatinya. Tidak sangka pula Taehyung pernah melalui pengalaman perit macam ni.

"Habis tu, apa kena mengena Taehyung duduk kat tempat tu?"

Jungkook tersenyum nipis. Nafasnya dihela berat sebelum menjawab pertanyaan Cyaewon.

"Semua ni sebab orang yang menagih hutang appa dia tu. Disebabkan hutang yang tak terkira banyaknya, orang tu nak adik Taehyung untuk dijadikan sebagai tebusan dan dipaksa untuk jadi urm kau tahu maksud aku kan? Disebabkan itu, Taehyung sanggup berganti tempat dan terpaksa menyerah diri untuk buat kerja terkutuk tu. Aku dah larang dia jangan ikut tapi dia pergi juga. Kalau tak nyawa appa dan adik dia terancam. Baru aku sedar betapa besarnya pengorbanan Taehyung demi keluarga dia. Dia sanggup buat semua ni, Cyaewon.. Dan aku memang tak sanggup nak tengok keadaan dia macam tu. Sebab tu aku tengah bekerja keras nak keluarkan Taehyung dari sana. Aku nak cari siapa yang ugut dia selama ni." Panjang lebar Jungkook berkata.

Cyaewon terdiam buat beberapa saat. Sejujurnya dia terkejut bila mendengar cerita pahit ini. Sungguh menghayat hati dan sebaknya semakin terasa. Cyaewon dapat lihat mata Jungkook yang sudah berkaca menahan tangisan.

Tanpa teragak-agak, Cyaewon menepuk lembut bahu milik Jungkook; cuba untuk menyalurkan semangat kepadanya.

"Saya faham perasaan awak, harap awak tabah." Ujar Cyaewon kepada Jungkook.

Jungkook cuba tersenyum untuk menutupi rasa sedihnya. "Ada sebab kenapa aku ajak kau berbincang pasal benda ni."

Cyaewon masih setia mendengar. "Sebab? Apa dia?"

"Aku tekad nak buat laporan polis. Aku nak bebaskan Taehyung. Kau sokong aku kan, Cyaewon?" Jungkook memandangnya dengan penuh berharap.

"Tapi... Kita belum ada bukti. Awak dah tahu siapa yang buat semua ni?"

Jungkook memejamkan matanya seketika sebelum penumbuknya dihempas kuat pada meja bagi melepaskan geram. Cyaewon tersentak dengan kelakuan drastik itu. Lama Jungkook berdiam, akhirnya dia kembali bersuara.

"Aku akan minta bantuan kawan aku untuk siasat perkara ni."

"Siapa?" Cyaewon mengangkat kedua belah keningnya.

"Min yoongi."




«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»




Taeryn memasuki ke dalam rumahnya. Tanpa sempat dia melangkah ke bilik, ada satu tangan hinggap di pipinya dengan kasar.

PANG!

Pipinya terteleng ke sebelah kiri akibat tamparan yang kuat itu. Wajah Tuan Kim yang bengis sedang merenung tajam ke arahnya.

"Mana kau pergi HAH?! Semalaman tak balik-balik!" Jerkahnya tinggi.

Taeryn memegang pipinya dengan pandangan yang berkaca. Dipandang wajah Tuan Kim dengan dingin tanpa secalit senyuman pun.

"Sejak bila appa kisah tentang Ryn? Selama ni Ryn pergi mana pun, appa langsung tak tanya." Balasnya dengan sinis.

"Anak tak GUNA! Aku taknak dengar apa-apa sekarang ni aku nak DUIT! Bagi aku duit sekarang!" Kini rambut Taeryn dijadikan mangsa tarikan Tuan Kim.

"A-appa hiks sakit! Ryn takde duit, hiks jebal lepaskan Ryn!" Rayunya dengan esakan yang menjadi-jadi.

"ARGHH bodoh! Tugas kau sepatutnya bagi aku duit, anak jenis apa kau ni?! Hidup hanya menyusahkan aku!" Tubuh Taeryn ditolaknya kasar sehingga kedua lutut gadis itu terhentak kuat di permukaan lantai.

"Argh! Hiks sa-sakit...." Taeryn menangis sambil menahan kesakitan yang terasa.

"Disebabkan kau melawan cakap dan tak bagi aku duit, terimalah balasannya." Tuan Kim mula membuka tali pinggang miliknya. Taeryn mula kecut perut dengan tindakan gerun lelaki itu.

Belum sempat dia melarikan diri, belakang tubuhnya sudah dijadikan sasaran libasan tali pinggang oleh Tuan Kim.

ZZAP!

"Arhhhh!! Hikss a-appa sakit! Tolong jangan buat Taeryn macam ni hiks!"

ZZAPPP!

ZZAP!

ZAAPPP!

Baju putih milik Taehyung yang dipakai oleh Taeryn itu sudah mengeluarkan cecair merah di bahagian belakang badannya. Libasan demi libasan diterima sehingga membuatkan Taeryn tidak berdaya untuk meraung lagi. Jika dia menjerit, siapa yang hendak menolong? Tiada. Hanya satu nama sahaja yang terlintas di fikirannya ketika ini.



«────── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ──────»

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro