Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🍬 episode 2 🍬

Heurin High School

Keadaan sangat tenang disekolah.

Ya sangat tenang..

Sangat tenang..

Sehinggalah..

"Weh semalam homework apa eh? Aku tak ingat doh sbb aku sibuk buat homework minggu lepas"

"Weh makan tu elok elok laaa kau tu perempuan ish ish ish"

"Weh jangan lupa balik ni belanja aku makan"

"Weh!"

"Weh!"

"Wehhhhh!!"

Memperkenalkan Kim Taeha si mulut becok memang suka betul bercakap sampaikan orang pun panggil dia Taeha Bebel.

Namun Taeha tidak kesah tentang semua itu sebab dia sukakannya. Bercakap banyak ni boleh mengurangkan stress dia.

"Wooo!" Taeha bersorak tanpa sebab (act nak feeling acah2 heroin cerita korea ehehe)

"Hai semuaa~~" Sapa Taeha pada kawan kawannya.

"Haii Taehaa~~" Balas mereka semua

"Bahagianya diaaa~~" Ujar Sorong, salah satu kawan Taeha.

"Mestilah ehek!" Dengan gembiranya Taeha menjawab.

"Tapi cuma satu je kau ni..." ujar Suha, kawan Taeha juga

"Hah? Satu? Apa dia?"

"Kau ni single"

Taeha terdiam, termenung jauh apabila mendengar kawan dia cakap macam tu.

"Kau ni Suha tak baik lah relationship shaming!" Marah Luri (pelik2 nama kawan Taeha ni)

Taeha hanya termenung sambil memuncung.

"Dah dari korang asyik nak shaming shaming orang baik korang semua tengok ni!" Semua mata tertumpu pada iphone milik Sorong termasuklah si Taeha yang termenung tadi.

"Game MyLife?"

"Dari FirstStep company baii"

"Company tu bukan nak bankrup ke?"

Semua sudah mula membawang. Taeha yang mulut bising harini senyap pula sambil itu dia masih lagi merenung iklan yang berada di iphone milik Sorong.

Bagaikan iklan itu telah menarik perhatiannya.

•••••

"Eomma Taeha balik!" Ujar Taeha yang baru sahaja pulang dari sekolah.

"Haa pergi makan kat dapur eomma ada masak special untuk Taeha" Mata Taeha terbuntang setelah mendengar eommanya masak sesuatu yang special untuknya, selalu makan tahu toge sambal je.. naik muak pulak dia.

Taeha membuka tudung salji dan sedia untuk dimakan, siap bawak periuk nasi letak atas meja makan.

Tapi apakan daya masakan "special" eommanya itu sama jugak seperti masakan selalu, tahu toge sambal.. tapi ada yang special.. nak tau apa yang special?

Ada daun bawang atas dia..

"Wooo special sangatt..." Perli Taeha. Taeha yang rasa murung untuk makan terus membuka iphonenya dan membiarkan makanan itu terdedah dihadapannya.

Tiba-tiba Taeha teringat sesuatu.. dia teringat iklan yang Sorong tunjuk tadi. Ia sangat menarik perhatian Taeha.

"Nak join ke tak? Terhad 10 orang je.."

Setelah 1 saat berfikir tanpa ragu ragu Taeha terus membuka website itu dan terus mendaftar.

•••••

Titt titt!

Terdengar bunyi alarm dari jam penggera membuatkan seorang gadis terjaga dari tidur. Tangannya meraba-raba untuk menekan punat jam bagi bunyi jam itu berhenti tetapi tak jumpa, mata pun tak bukak nak cari gimana.

Dan akhirnya, dia membaling jam itu. Sudah arwah kau wahai jam, arwah dulu bising orangnya.

Gadis itu mengubah posisi duduk, matanya masih lagi tak boleh bukak, taktaulah semalam buat apa sampai tidur lambat.

Baru je dia nak tengok jam tengok tengok jam dah hancur kat tepi.

Gadis itu mengeluh

"Kena beli baru lagi..."

Akibat tak puas hati gadis itu membuka phone miliknya untuk melihat waktu.

"7.... 7 setengah?! Alamak aku dah lambat!!" Gadis itu bergegas menuju ke bilik air.

Selepas membersihkan diri gadis itu bersiap memakai baju seragam sekolah. Gadis itu melekatkan nametagnya yang bertulis Park Jihyeon di bahagian dada kiri. Jihyeon membuka phone untuk melihat jam lagi..

7.50 a.m.

Jihyeon terus kelam kabut bersiap lalu mengambik beg lusuhnya.

Tengah berlari Jihyeon tersepak sesuatu

"Aduh! Apanii??" Jihyeon mengambil benda yang dia tersepak tadi.

"Dumbel? Sejak bila pulak aku main dumbel ni?" Kata Jihyeon sambil membelek-belek dumbel bewarna ungu muda.

Tetapi masa sudahpun memanggil, Jihyeon campak dumbel ketepi lalu dia berlari keluar dari rumah dengan tergesa gesa.

Jireum High School

"Marilah kita start belajar perkara yang sangat penting dalam subjek sains memandangkan exam nak dekat kan? Harini saya nak buat test sekali"

Kedengaran keluhan oleh pelajar disebabkan terdengar perkataan "test"

"Tapi sebelum itu saya nak tanda kehadiran kamu semua"

"Kwon Suyong?"

"Saya"

"Ji Haneul"

"Saya.."

"Eun Reuman"

"Saya.."

"Kang Yura"

Yura hanya mengangkat tangan dengan muka gangster dia.

"Seol Yulie"

"Hmm.." Yulie pun sama macam Yura

"Yeoh Jidam"

"Ye.."

"Park Jihyeon"

Tiada jawapan

"Park Jihyeon...."

Masih tiada jawapan

"JIHYEON!!"

"YE SAYA CIKGU CHAESONGEYO SAYA LAMBAT!!" Ujar Jihyeon yang baru sahaja sampai dikelas. Semua mata memandang Jihyeon yang termengah-mengah itu lagi-lagi si tiga orang samseng iaitu Yura, Yulie dan Jidam.

"Nasib baik saya tak tanda lagi kehadiran kamu.. dah pergi duduk!" Arah cikgu sains mereka. Jihyeon bergegas menuju ke tempat duduknya.

Jidam tersenyum sinis melihat Jihyeon kemudian dia beralih memandang Yulie dan membuat isyarat "sedia?" Dekat Yulie. Yulie membuat isyarat thumbs up menandakan dia sudah sedia.

Jihyeon sudah sampai ketempatnya.. tiba-tiba

Piakk.. (hmm bunyi apa tu?)

Jihyeon terdiam, rasa macam terpijak sesuatu.. dia melihat tapak kasutnya.

'Apani? Taik ke?' Soal Jihyeon dalam hati. Jihyeon berasa tidak puas hati dan terus memberi renungan tajam pada 3 gadis samseng itu. Dia dah tahu dah siapa punya angkara ni..

3 samseng tu dah start gelakkan Jihyeon

"Jihyeon... kenapa masih berdiri lagi?" Soal cikgu mereka.

"Maaf saem.. saya nak pergi tandas" kata Jihyeon lalu Jihyeon terus bergegas menuju ke tandas.

Jihyeon membasuh kasutnya yang mempunyai cecair solid bewarna coklat.

"Taik ke ni? Tak bau pun?" Monolog Jihyeon. Jihyeon beranikan diri untuk membau tapak kasut itu..

"Ceh.. peanut butter... takguna 3 orang hotties tu.." Akibat stress, Jihyeon membaling kasutnya. Malang betul nasib harini.

Untuk meredakan stress Jihyeon, Jihyeon membuka phonenya.

Tiba-tiba dia terjumpa satu iklan.

"MyLife?" Mata Jihyeon berbinar membaca satu persatu perkataan dekat iklan tu.

"Game ini... dapat mengubah... nasib... anda..?" Jihyeon termenung sekejap... nasib macam mana tu?

Dan akhirnya tanpa ragu Jihyeon terus mendaftar game tersebut.

Jihyeon kembali ke kelas tetapi apa yang dia dapat adalah jelingan dari semua orang.

"Park Jihyeon!" Ujar cikgu

"Ya cikgu?"

"Ni lantai kotor ni... kamu buat kann???" Jihyeon menunduk kebawah, terdapat kesan tapak kasut bewarna coklat. Jihyeon ternganga.

•••••

Selepas mendapat azab di kelas sains tadi Jihyeon terus menuju ke kantin. Rasa lapar pulak sebab pagi tadi tak sempat sarapan.

Jihyeon rasa dia ditarik oleh seseorang kemudian badannya terhentak di dinding. Terdapat tiga orang sedang berdiri dihadapannya.

"Memandangkan harini kau banyak buat hal kat kelas.. aku nak bagi lagi teruk lagi.." ujar Jidam.

"Harini kau tolong cuci kasut aku! Kasut aku pun terkena benda coklat ni.." Kata Yura sambil menunjukkan kasutnya.

"Jangan lupa jawab question untuk aku tau.. yelahh.. budak miskin selalunya pandai.." kata Yulie pula. Mereka bertiga ketawa tanpa merasa kesian langsung terhadap Jihyeon.

Jihyeon geram, dia mengganggam penumbuk. Tapi dalam masa yang sama dia berharap..

"Dunia aku akan berubah.."

•••••

Ting tong~~

"Eh siapatu?"

"Eh ada penghantaranlah!"

"Sejak bila aku beli barang online ni? Besar pulak tu"

"Eh dalam dia ada game"

"Ada control player, dia punya box pastu... eh ada vr la!"

"Macam best je.."

"Eh jap ada surat"

TAHNIAH ANDA DIPILIH UNTUK MENYERTAI PERMAINAN VIDEO BARU KAMI IAITU MYLIFE. PIHAK FIRSTSTEP BERTERIMA KASIH KEPADA KAMU KERANA SUDI MENYERTAI PERMAINAN INI.

DI SINI KAMI AKAN TUNJUK CARA CARA UNTUK MEMASANG GAME ITU.

MULA-MULA CUCUK WAYAR BOX DEKAT PLUG

TEKAN ON

PASTIKAN CONTROL PLAYER ITU SUDAH BERADA DI TANGAN ANDA

LALU ANDA MEMAKAI CERMIN MATA VR

SELAMAT BERMAIN!

To be continued

Jadi... okay tak? Hehehe dan erin mintak maaf juga kalau intro korang tak best T.T apapun Erin akan update episode yang lain kalau Erin ada masa huhu okay guys jumpa lagii

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro