Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🍬 Episode 1 🍬

Gojeok University

"Eommaaa!"

"Hah apadia Youngmi?! Boleh tak jangan jerit?! Telinga eomma masih elok lagi"

Gadis bernama Youngmi itu hanya tersengih mendengar bebelan eommanya di dalam talian.

"Hah apadia ni Youngmi" Soal eommanya.

"Eomma.. nak duit! Hehe..." terdengar keluhan dari eommanya, takda duit je call mak takda duit je call mak call mak je takda duit

"Berapa nak? Eomma suruh appa bank in nanti"

"Agak-agak dalam... 2 minggu punya belanja? Eomma jebalyoo Youngmi janji Youngmi takkan habiskan duit eomma lagi Youngmi janji Youngmi akan jimat duit Youngmi" Kata Youngmi sampai tangan pun angkat macam nak berikrar.

"Eomma taulah perangai kamu tuu.. tak boleh nak janji sangat.. yelah kami bank in duit nnti.." Youngmi melompat dengan gembira sekali. Semua orang dekat situ hanya memerhati Youngmi yang dah macam beruk tu.

•••••

"So.. jagiyaa malam ni sibuk ke?" Soal seorang gadis berambut blonde kepada teman lelakinya.

"Malam ni saya ada kelas vocal.. mianhe jagiyaa~~" Gadis itu hanya memuncung, asyik sibuk je si boyfriend ni..

"Jagiya... saya janji next time saya akan bawak awak tengok wayang! Saya janji! Kita tengok Frozen sama-sama nak? Ke nak tengok Ejen Ali? Kartun malaysia tu? Saya janjii!" Kata teman lelakinya. Gadis bernama Park Aera itu tersenyum dan bersorak kecil.

"Yeayy betul ni Kevin?" Soal Aera dengan matanya berbinar-binar

Kevin mengangguk lalu membuat isyarat okay sepeti dibawah.

Aera berasa seronok sekali.. walaupun tak dapat date malam ni malam lain pun boleh.. untung Kevin, dapat girfriend jenis yang bersyukur ni.. jadilah seperti Aera (tiber)

"Malam ni awak rehat eh.. tenangkan fikiran saya tau awak baru lepas dari azab assignment yang terlampau banyak tu.." Kata Kevin, Aera hanya mwngangguk dengan semangat sekali.

•••••

Di rumah sewa

"Youngmi! Aku bosanlah.. jom buat sesuatu nak?" Ujar Aera yang tiba-tiba muncul dekat bilik Youngmi.

"Nak buat apa? Taknak keluar jalan-jalan" Kata Youngmi

"Alaaa asal pulak? Bukan kau paling semangat ke nak jalan-jalan?"

"Aku nak jimat duit mulai sekarang.. Aku taknak menghabiskan duit hasil titik peluh eomma dan appa aku.. aku takut nanti aku tak dapat nak banggakan dorang habislah huhuhu"

"Pfttt!" Aera tak dapat menahan gelak lagi. Tah apa yang kawan dia merapu.

Tak lama kemudian...

"Urmm nyum nyum!"

"Sedap tak nasi goreng kimchi tu?" Soal Aera pada Youngmi, Youngmi mengangguk. Akhirnya mereka keluar juga setelah dipujuk oleh Aera.

Aera mengambil Iphone miliknya, nak cek manatau Kevin mesej dia, tapi takda pun mesej dari Kevin, mungkin dia sibuk dengan kelas vocal dia.

Tengah sibuk scroll telifon, ada satu iklan yang menarik perhatian Aera..

Anda berasa stress?
Terlalu banyak beban?
Merasa bosan hidup?
Ataupun anda berasa bosan asyik bermain game lawan seperti Mobile Legend dan Pubg?

Marilah sertai kami di dalam game MyLife!

Kami akan menerima maximum sebanyak 10 orang sahaja..

Jadi tunggu apa lagi? Marilah sertai kami!

"Chuii!! Chuiii!! Chuii!!" Aera menggoyang-goyangkan tangan Youngmi yang sedang sibuk makan.

"Apooo??" Soal Youngmi dengan mulut yang penuh dengan nasi goreng kimchi dia tu.

"Jom masuk ni! Macam best je.. kita kena daftar cepat maximum 10 orang je ni!" Kata Aera dengan excited sambil menunjuk iklan yang berada di dalam iphonenya.

Terbuntang mata Youngmi membacanya, nasi goreng yang sudah berada di atas sudu tinggal masa nak suap kedalam mulut itu dia abaikan.

"Macam best.. tapi.. kena bayar tak? Aku dah janji ni nak jimat duit" Kata Youngmi

"Don't worry la Chuii.. free of charge je" Kata Aera itu membuat Youngmi berfikir sejenak.

"Jomm!! Jap aku buka phone aku!" Youngmi menggapai iphone miliknya.

"Apa nama website tu?" Soal Youngmi

"Www.Firststep.com.my" Jawab Aera. Youngmi terus membuka website itu dan tanpa berkata apa mereka berdua terus daftar.

•••••

Seulin University

"Jadi topik kamu pada harini adalah.. kita akan belajar tentang nebeula.. minta semua salin supaya kamu semua dapat hafal" Arah Madam Yeon kepada semua pelajarnya.

Hwan Eonbyeol, pelajar semester 2 yang paling pandai dan mendapat 4flat semasa semester 1 ini cukup peka dengan apa yang pensyarahnya suruh buat. Eonbyeol sudahpun menyediakan buku nota dan alat tulis diatas meja sebelum madam Yeon memberitahu lagi. Eonbyeol sudah bersedia untuk menyalin nota yang diberi oleh madam Yeon.

*Eonbyeol P.O.V*

Tengah semangat tulis nota, tiba-tiba pen habis dakwat.

Haduhh.. pen lain tinggal kat rumah pulak.. Aku memandang kekiri dan kekanan.

"Sara.. kau ada pen lebih tak?" Soalku dengan muka tak tau malu, Sara membelek alat tulis di dalam penselboxnya.

"Mian Eon.. lupa nak bawak pen lebih" kata Sara. Hmm

"Eoo takpelah.." Aku kembali melilau kepalaku kekiri dan kekanan.

"Psst! Psst!" Aku terdengar bunyi seperti seseorang memanggilku secara senyap. Bunyinya dari belakang.

Hmm halamak kalau kirang nak tau belakang aku tu adalah musuh tradisi turun temurun (haha takdelah) Nam Joohyuk, seorang selebriti yang agak terkenal menuntut di university sama dengan aku dan juga bekas kekasih aku.

Aku hanya jeling Joohyuk dari belakang. Joohyuk menyengetkan kepalanya sambil tersenyum sinis.

"I ada pen lebih" Katanya lalu mengenyit mata padaku. Aku dengan geram aku bangun dari tempat duduk. Ingin aku guling si Joohyuk ni satu kolej tapi apakan daya.. tolong jangan rosakkan dekan aku untuk sem ni Eon..

"Ye Eonbyeol? Ada apa berdiri ni?" Alamak.. Madam Yeon tegur akulah... hmm acane ni?

"Maaf madam! Saya nak ke tandas"

"Baik silakan!"

Aku terus berlari menuju ke tandas.

Termengah jugaklah asyik lari je.

"Kau nak tau tak?"

"Tau apa?"

"Aku dengar ada game terbaru tau tajuk dia MyLife.. keluaran FirstStep"

Aku terdengar dua orang gadis (takkan jantan dalam tandas perempuan kan?) sedang bersembang satu sama lain dan topik dia agak menarik perhatian

"Serious laa?? Bukan ke game FirstStep tak best?"

"Kalini aku tengok macam best.. pastu dia nak terhad 10 pemain je dulu.. siapa cepat dia dapatlah"

Terhad 10 pemain je? Baik aku try.. manatau dapat boyfriend baru (tiber). Aku terus mengeluarkan iphone aku lalu menaip FirstStep.

Hah inidiaa! Baik aku daftar cepat!

Yeayy masih ada kosong!

Okay kalini aku boleh pergi kelas dengan aman, aku pun dah lupa pasal pen..

To be continued..

Episode 1 is donee! Episode 2 pulak.. sorry kalau intro tak berapa nak kukuh dan tak menepati cita rasa korang 😭

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro