Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🍬 Epilog 🍬

FirstStep Building

Bunyi hentakan meja membuatkan ramai yang terkejut.

Seorang lelaki berbaju seragam dan mempunyai tag pada baju yang berkod 'SIRI01' mendekati lelaki yang hentak meja tadi.

"Tuan tak apa-apa?" Soal SIRI01 itu. Tuan Henley, mengeluh berat dengan riak wajah yang sangat kecewa. Henley terus campak sebuah kotak yang agak besar, lebih kurang besar anjing dewasa.

"Produk ni tak boleh pakai! Aku dapat banyak feedback negatif! Teruk betul!"

Henley bangun dari tempat duduknya lalu memijak kotak itu sepuas hatinya. Siri yang lain hanya diam memerhati dan memandang sesama sendiri.

"Kita kena buat sesuatu untuk kalahkan syarikat Wonsang tak guna tu!"

Henley menendang kotak itu dan nyaris terkena SIRI01, SIRI01 mengelak secara refleks.

"Takkan kita nak biarkan syarikat kita jatuh merudum dan syarikat Wonsang naik.. dah la dorang curi idea kita lepastu dorang dah buat dulu huh ni tak boleh jadi..." Ujar Henley. SIRI01 cuba mendekati Henley yang masih belum reda marahnya.

"Tuan.. kami akan tolong tuan.. kami akan cari idea yang lebih bernas, canggih dan dapat menarik perhatian customer" Kata SIRI01. Henley memandang SIRI01 dengan mata berbinar.

"Betul ni?"

SIRI01 mengangguk

"Betul!"

•••••

"Perhatian! Siri-siri yang lain sila datang di bilik mesyuarat! Kita ada benda nak bincang ni!"

Kesemua siri bergegas menuju ke bilik mesyuarat

Sampai aja di bilik mesyuarat, keadaan di dalamnya sudah menjadi kecoh macam ada tikus kat lantai dia punya kecoh tu.

"Diminta semua senyap!" Ujar SIRI01 tetapi siri lain tidak mengendahkannya.

SIRI01 mengeluh. Dalam hatinya berkata, pengen ku tukul kepala sorang-sorang ni kang

"DIAMMM!!!"

Barulah siri-siri tu diam, diam membisu seperti dah kena tembak dengan SIRI01.

"Dengar sini semua! Kita takda masa ni... kita kena buat produk baru! Produk game yang lagi canggih dari syarikat sebelah tu! Jadi aku nak cakap lah kat korang semua.. siapa yang ada idea untuk produk baru ni bagitau je aku.. kita kumpul semua idea kita dan masukkan kedalam produk baru kita ni.. jadi semua? Okay?"

Semua siri memandang sesama sendiri. Tak lama itu suasana jadi kecoh balik.

SIRI01 berasa stress sampai menarik rambutnya.

"Tolonglah semua bekerjasamaa!" Keluh SIRI01.

"SAYA ADA IDEA..."

"IDEA..."

"IDEA..."

Semua terdiam apabila terdengar suara garau seseorang.

"Hah SIRI23.. apa ideanya?" Tanya SIRI01, lega sebab ada juga yang bersuara.

SIRI23 memberi senyuman yang agak sinis

To be continued..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro